Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

konvoi ke GAZA diserang ISRAEL....


Terkini, Konvoi Freedom Flotilla Di Serang, 2 Aktivis Meninggal Dunia, Lebih 30 cedera

May 31, 2010

31 Mei – Mavi Marmara, Laut Tengah(10.30pg waktu Malaysia) – Konvoi Freedom Flotilla di serang, menurut laporan televisyen di Turki, 2 orang aktivis meninggal dunia, hampir dari 30 orang cedera.

Laporan dari live streaming IHH bahawa 2 orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel. Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Penyerangan yang dilakukan Israel ini dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan



celaka kamu ISRAEL,......
jahanam kamu YAHUDI,,,,,,
Orang datang bukan untuk berperang.......
celaka yahudi,celaka yahudi,celaka yahudi................

ada rakyat malaysia dalam kapal tersebut......krew rangkaian astro.

Sabtu, 29 Mei 2010

makin senang buat projek......

kita dikecuhkan dengan kisah-kisah pembuangan bayi.........

kini sudah ada tempat untuk bayi-bayi luar nikah ditempatkan .....

makin senanglah nak mengandung....... kerana tempat jaga baby sudah tersedia......

masukkan dalam kotak khas.... isi data maklumat...dan maklumat RAHSIA.


sibuk kisah BUANG bayi......

tak sibuk kisah orang BUAT BAYI....

Jumaat, 28 Mei 2010

selamat pengantin baru... moga selamat dunia dan akhirat

Hari ini bermulalah episod menghadiri jemputan majlis-majlis perkahwinan. Isteri sudah menulisnya satu persatu di papan kenyataan.....

Rancangan perjalanan ke majlis-majlis tersebut pun sudah beres. Hadiah - hadiah pun sudah siap berbalut.... semangat sungguh isteri aku niii.....

Ada juga jemputan dari rakan anak-anak yang akan menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah.... cuma bila pula giliran aku untuk menerima menantu!!!!!

Untuk itu semua aku ingin berpesan bahawa manusia ini dijadikan Allah dari empat unsur iaitu tanah,air,api dan angin.

Aku menulis ini mengenai wanita yang bersifat seperti tanah.
Tanah yang baik sudah tentu mempunyai pelbagai pemandangan yang indah. Ia bersih,tenang dan selamat untuk digunakan.Tanah yang baik adalah tanah yang subur,lembut dan gebu dan bentuknya seperti hamparan. tanah inilah yang sesuai untuk bercucuk tanam.

Wanita yang bersifat seperti tanah itu
* merendah diri di hadapan suami, hormat,patuh dan taat.
*tidak cerewet,tidak meninggikan suara atau mengherdik suaminya.
*tenang dan mangamankan jiwa suami
*sanggup menanggung kesusahan hamil, melahir, membesar dan mendidik anak menjadi manusia berguna
*sedia untuk mendedah keindahan zahir batinnya hanya untuk suami yang empunya tanah.
*bersih dan kemas,wangi,manis wajahnya dan lemah lembut , gebu kulitnya kerana sentiasa menjaga kecantikan untuk suaminya.

Selamat menamatkan zaman bujang moga anda semua bakal menjadi suami dan isteri yang terbaik. Gunakanlah kebijaksanaan dalam memilih sifat alam yang baik agar ia menjadi petua berguna dalam melayari kehidupan berumahtangga ini.

Rabu, 26 Mei 2010

alat kelamin adalah amanah...

Banyak faktor yang saling mengait yang menyebabkan aktiviti perlakuan seks bebas melanda masyarakat kita kini.

Mas kahwin yang mahal mungkin salah satu faktornya....
Kesian juga melihat anak muda yang ingin berkahwin terpaksa membuat pinjaman untuk urusan perkahwinan mereka.

sampai beranak cucu mungkin pinjaman belum sempat terlangsai.

Islam didatangkan untuk menjaga lima maslahat utama iaitu:
1.agama
2.nyawa
3,akal
4.keturunan
5.harta..

Semua itu adalah keperluan asas dalam hidup.Aspek pemeliharaan keturunan sangat penting. Peraturan Islam sangat memeliharanya dengan mengizinkan pergaulan serta percampuran antara lelaki dan permpuan melalui perkahwinan yang sah.

Sebaliknya mereka yang berzina dihukum dengan keras oleh agama.

Manusia lupa bahawa alat kelamin itu sebenarnya adalah AMANAH. Ia bukan untuk suka-suka yang membabi buta. Justeru itu ia perlu dipelihara berlandaskan syariat.

Sahabat Abdullah bin Amr Al as berkata:

"Amanah adalah alat kelamin manusia. Sekiranya manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya".

Wahai anak-anak remaja ku semua. Jauhilah perkara-perkara buruk yang akan menurunkan martabat kita serendah martabat haiwan.

Selasa, 25 Mei 2010

seks halal ganjarannya pahala.....


Seks yang halal mengikut Islam adalah seks yang berasaskan perkahwinan yang sah. Musim cuti sekolah tiba lagi sudah pastilah tuan/puan semua mempunyai banyak kad - kad jemputan seperti di atas.

Daripada berdua-duaan tanpa ikatan yang sah lebih baik bersegera mengerjakan perkara yang sangat mulia ini.

Nabi besar kita bersabda ketika ditanya oleh para sahabat:

"Wahai Muhammad, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal maka dia akan diganjarkan pahala? Jawab nabi, "Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu kamu secara haram maka kamu berdosa? Justeru itu jika kamu melakukan secara halal maka kamu akan memperoleh pahala. (muslim)

tahniah pada semua bakal pengantin......


Ahad, 23 Mei 2010

ayat judi tiada dalam quran?????????

lepas solat subuh tadi sempat membaca satu ayat dalam surah albaqarah (ayat 121).

maksud ayat tersebut:

"Dan mereka yang kami berikan kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar, mereka itulah yang beriman dengannya.Sesiapa yang engkar terhadapnya, mereka itulah orang-orang yang rugi".

apakah makna "membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya".

Sahabat Abdullah bin Masud mengatakan : "Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenar adalah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya, dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul."

moga-moga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertegas dalam menentang keputusan membenarkan lesen judi pada bola piala dunia nanti.

moga-moga para mufti bangkit sama membantah perkara yang bercanggah dengan arahan Allah ini.

janganlah pula ada nanti yang berkata ayat judi adalah HARAM tiada di dalam alquran.......

Sabtu, 22 Mei 2010

tanpa lelaki ini dapur tak berasap....



sekitar bandar k.terengganu ....... para surirumahtangga, anak-anak kecil, bapa budak pasti mengenalinya.
dengan motorsikal honda 70ccnya tiap rumah, flat,kondo dijelajahinya,
motorsikalnya berwarna seperti syarikat petroleum gergasi negara,
hebatnya motor ini kerana ia ada PAS masuk kesetiap premis.... samada kerajaan atau swasta!!!!!!

jika gas di dapur kehabisan wajahnya pun terbayang.
jika tidak tak berasaplah dapur,

tiap manusia mempunyai peranannya tersendiri.

Jumaat, 21 Mei 2010

sekitar perhimpunan membantah lesen judi bola piala dunia..

menghadiri perhimpunan membantah pemberian lesen judi sempena bola piala dunia selepas solat jumaat tadi.....
antara ratusan pembantah yang hadir..



jemaah solat jumaat yang sama-sama melahirkan perasaan benci terhadap pihak berkuasa yang meluluskan lesen judi


dari atas kenderaan inilah curahan rasa hati yang membenci pemberian lesen judi diluahkan...



masjid inilah yang akan menjadi saksi di akhirat nanti.... bahawa umat islam Terengganu membantah pemberian lesen untuk berjudi.




walaupun tuan-tuan berada di bawah panas terik matahari percayalah tuan-tuan akan diberikan pahala oleh Allah swt. kerana tidak bersetuju dengan tindakan ini.... judi adalah suatu perkara yang dikutuk oleh semua agama .



bacaan doa yang mengakhiri perhimpunan ini....... moga Allah membalikkan semula hati-hati manusia yang telah meluluskan lesen judi bola ini.

ada suara berkata... tujuan lesen ini diberikan adalah untuk mengawal perjudian haram yang tetap akan berlaku juga nanti.

apakah Allah yang mencipta alam ini tidak mengetahui bahawa bola piala dunia akan diadakan pada jun ini? hukum haramnya judi pasti ada hikmatnya..... sudah banyak keluarga yang hancur, isteri dijual sebagai pelacur, anak-anak menderita bila bapa mereka adalah kaki judi.

Selasa, 18 Mei 2010

kenapa ustazah..............

sudah lama aku tidak membebel.... bila aku membaca blog sekamar rindu mengenai ustazah sedang melakukan hubungan kelamin !!!!!!

melakukan seks bebas adalah perkara yang sangat terlarang. bila Allah sudah melarang mendekati zina mestilah ada hikmat tersembunyi dalam larangan tersebut.

seks bebas ada padahnya ....... antaranya ia mengundang penyakit dan kemiskinan.

bukan aku kata tetapi nabi bersabda dalam satu hadis yang dicatat oleh (Ahmad,Ibn Hibban dan alhakim)

apa nabi kita kata:

"wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuan itu mendatangkan tiga keburukan iaitu tiga di dunia dan tiga di akhirat. Tiga di dunia itu ialah hilangnya seri diwajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat adalah murka Allah, hisab yang buruk dan azab neraka".

kita melihat tiap hari ada berita pembuangan anak, lahirkan anak dalam tandas klinik, lahir anak di pusat latihan khidmat negara, anak diletak ditangga surau dan pelbagai berita keluar dimedia.

budaya apa yang melanda kita ini? kalau di amerika hampir sejuta remaja bawah umur 20 tahun mengandung tiap tahun. maknanya apa? ia bermakna tiap hari hampir 2,800 remaja belasan tahun mengandung di luar nikah di USA.

berapa kos amerika kena tanggung untuk tanggani masalah ini.... mencecah 7 bilion dolar setiap tahun.

banyak lagi statistik yang aku perolehi .... di Britain juga cukup gila budaya seks bebas ini.

aku tidak mahu menghentam membabi buta ustazah itu, kerana ramai lagi orang turut terlibat.

cukuplah aku akhiri coretan merapu dan bodoh aku ini dengan satu pesanan nabi kita

"Dan tidaklah zahir perbuatan zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkan akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tidak pernah dikenali oleh datuk nenek moyang mereka sebelum ini".... riwayat oleh ibn majah, albaihaqi dan albazzar.

Ahad, 16 Mei 2010

Pakatan Rakyat menangi SIBU!!!!!

DAP mungkin menang di Sibu.
Kini sedang mendahului dengan beberapa ribu undi.

dari 110 saluran 103 telah dikira.... hanya tinggal 7 saluran lagi.


selamat jalan BN!!!!!!!


secara rasmi DAP menang dengan majoriti 398

mungkin kemenangan ini menyamai korea selatan yang menewaskan China dalam piala uber semalam.

terima kasih semua guru-guru

belajar menjahit pakaian sudah tentu dengan guru jahitan.
belajar memasak di kelas masakan sudah tentu dengan guru masakan.

belajar membaiki kenderaan dengan guru automotif.
belajar menumbuk dah tentu dengan guru silat.

belajar alif, ba, ta..... dengan guru quran.
belajar a,e,i,o,u.... dengan guru kerajaan.

tangan - tangan yang mencubit itulah yang mendisiplin kita,
tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kita.
tangan yang menampar itulah yang mengerunkan kita,

Sabtu, 15 Mei 2010

jumpa lagi....



jumpa lagi pada kejohanan piala thomas akan datang........ bye,bye..

Khamis, 13 Mei 2010

kecil vs besar...


yang kecil nak dibesarkan.......
yang besar membawa masalah....

tunggu komen en relevan.

Rabu, 12 Mei 2010

Serangan Japang....... selamat hari ME C


aku main lebih baik........

menonton siaran langsung badminton piala thomas antara Japang dan Malaysia semalam paling menyakitkan hati.

duit bukan sedikit sudah dihabiskan.

sudahlah kalah ..... marah pula pada penonton.
Indonesia pernah tewas tetapi para pemain sangat profesional.
Benarlah apa yang dikatakan oleh Rexy .

Jiwa dan ketahanan para pemain kita sangat lemah.

kalau Nigeria tak tertinggal kapalterbang , Malaysia mungkin tewas juga ditangan Nigeria.

kerana aku cintakan negaralah aku mengutuk kekalahan ini.

Marah-marah juga ...kepada para jururawat sekelian selamat menyambut hari jururawat.
'Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Care Innovations'.

Ahad, 9 Mei 2010

lemahnya kami wahai ibu.....


wahai pemimpin umat islam. Dimanakah kamu semua ketika maruah para ibu ini dihina? Para ibu ini dizalimi?

musuh mengeledah sampai ke dapur!
lemahnya umat islam sampai begini terhinanya para ibu.

dalam ketakutan,
dalam kebimbangan,

malu untuk mengucapkan selamat hari ibu...... kerana gagal menyelamatkan maruah kamu
...ibu!

Sabtu, 8 Mei 2010

Jumaat, 7 Mei 2010

hello, siapa di sana?


ketua penyamun: hello! siapa di sana?

orang kaya : aku orang kaya.... aku mahu minta tolong dengan engkau. Boleh tidak engkau tolong rompak aku punya rumah?

ketua penyamun: apa, dekat-dekat engkau punya rumah tak ada radio car ke?

orang kaya : radio car... kalau malam tak ada, kalau siang memang banyak la.

Selangor police chief's car stolen
May 6, 10 6:04PM
Even Selangor police chief Khalid Abu Bakar is not immune to crime, who found today that his official car was stolen... malaysiakini

Khamis, 6 Mei 2010

sain jangan tak sain

Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.


...... barangkali pak lah telah diberi nasihat oleh tuan penasihat 20%.
...... barangkali pak lah marah ketika itu menyebabkan harta negara tergadai.

sain jangan tak sain.


siapakah antara perdana menteri kita yang mempunyai pemikiran seperti AbdulWahud?

Rabu, 5 Mei 2010

ciri pemimpin yang baik.....



mesti pandai pembohong,'
mesti pandai temberang,
o....tetapi jangan sampai ,
hai pecah tembelang


ciri-ciri kepimpinan yang disarankan oleh allahyarham p.ramlee.....

Selasa, 4 Mei 2010

saudagar husin lampoyang....

MAHKAMAH

Suri rumah mengaku tidak bersalah memperdagang manusia

PETALING JAYA: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu terhadap dua pertuduhan memperdagangkan manusia, September lepas.

Anita Nordin, 43, dari Petaling Jaya didakwa memperdagangkan seorang lelaki warga Indonesia, Deden Firman, 27, bagi tujuan mengeksploitasinya di sebuah rumah bernombor 5 PJS/7/15D Bandar Sunway, 2 petang, 29 September lepas.

Ibu kepada tiga anak itu juga didakwa melakukan kesalahan yang sama ke atas seorang wanita Indonesia, Patimah, 36, pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.


Mahkamah menetapkan 12 Januari tahun depan untuk sebutan semula. BERNAMA

semalam aku menonton filem 3 abdul...entah kali keberapa filem tersebut sudah ditonton.

tapi semalam aku melihat dari awal hingga akhir filem tersebut dengan penuh kyusuk.

filem ini diarah oleh allahyarham p.ramlee.... mula ditayangkan pada 22 april 1964... apa yang menarik perhatian aku kali ini ialah satu ucapan oleh Tuan Hussin Lampoyang...saudagar unta dari Cairo.

"dunia,dunia .... meniaga manusia lebih bagus dari meniaga unta"

kerana apa saudagar husin lampoyang berkata demikian? kerana abdul wahab dan abdul wahid yang dibeli dengan harga 2 ribu pound berjaya dijual sebanyak 4 ribu pound dengan sekelip mata.

sekarang kegiatan menjual dan memperdagang manusia sangat hebat.... ada dijual sebagai pelacur dengan mempunyai pas pelajar.... ada ibu mengandung bersedia menjual bayi dalam kandungan.... ada kegiatan menculik kanak-kanak untuk diperdagangkan.

maka benarlah kata saudagar husin itu...... meniaga manusia lebih bagus dari meniaga unta.


oh ya....... selamat hari bomba untuk semua anggota bomba dan penyelamat malaysia.

Sabtu, 1 Mei 2010

takziah....... moga rohmu aman di sana.


aku juga punya anak seusia Adik Aminul Rashid.....
bolehkah keadilan ditegakkan di negara aku kini???

Polis juga adalah buruh
bukan Raja
Selamat Hari Pekerja