Pengikut

Ahad, 28 Oktober 2012

Doa Taubat (Astaghfirullah) - Pelajar Madrasah Al-Junied Islamiah Singapura

Aidil Adha .... 2012

Sambutan Aidil Adha mempunyai keistimewaannya tersendiri. 
Jika ibadat tersebut dilakukan di kampung suasananya sangat ceria sekali.
Di sebelah Kelantan  khabarnya lebih -lebih  ceria lagi sambutannya.


Tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu keluarga aku akan berkumpul. Biasanya kalau raya puasa tak dapat balik beraya di hari raya haji ini kesempatan balik kampung akan dipenuhi.
Riuh sekali jika sudah ramai yang berkumpul.

Macam-macam gaya ada jika lembu naik minyak.



alhamdulillah, ... Allahu akbar, ... kepada MU kami tunduk menyerah.







makan dulu,
sebelum bertugas....



seronoknya bila ada kesempatan sebegini,
tak kira usia dan pangkat ,
semua beria-ria hendak menyumbang.



daging-daging yang sudah siap untuk diagihkan,
sedikit diambil untuk jamuan anak beranak,


hebat sekali pengorbanan Nabi Ibrahim,
Siti Hajar dan Ismail
mematuhi arahan Allah.

kita bagaimana?



Rabu, 24 Oktober 2012

atok dan cucunya...


ini atok dan cucu sulongnya.....
cucu atok kini sudah berusia hampir 2 bulan....

gambar ini dirakam ketika perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan dan ATM baru-baru ini,

atok menyokong Kelantan,
sementara cucu atok penyokong tegar ATM,

maaflah ya wahai cucu atok,
Kelantan menang 3 berbalas 2.

Cuba lagi tahun depan.





Selasa, 23 Oktober 2012

kehidupan ini .....

Hari ini ditakdirkan Allah bertemu seorang teman lama. Sudah tentu banyak cerita setelah sekian lama tak bersua. Dari soal kerja,.rumahtangga, anak-anak semua dijadikan bahan bicara.

Dipendekkan cerita rakan aku ini hanya bekerja sebagai seprang  tukang rumah... tukang baiki rumah bukan kontarktor besar yang juta-jutaan punya pendapatan. Sudah tentulah pendapatannya pun tidak mencapai angka juta dan bilion.

Kini dia menjaga adik kandungnya yang terlantar sakit. Adiknya yang tiada isteri dan tiada anak. Ertinya tidak pernah berumahtanggalah .

Apa yang dikesalkan sangat ialah sikap abang tuanya yang langsung tidak mahu mengambil cakna terhadap adik kandung yang seorang ini. Bukan tidak berwang, duit banyak dan anak-anaknya pun semua sudah bekerja.

Aku ini katanya anak-anak masih ada yang bersekolah, pendapatan pun engkau tahulah sendiri.
Belanja mengurus agak besar kerana lampin pakai buang bukan murah harganya. Aku mendengar dengan penuh rasa simpati.

Aku juga kagum dengan sikapnya.....
Aku bertanya kenapa tak dihantar saja ke rumah abang sulong itu? Dia jawab tak sanggup aku.
Apa yang mendorong engkau sangat cakna dan mengambil tanggung jawab ini,? tanya aku.

Katanya adik aku ini sewaktu aewah  ibu aku sakit dahulu dialah yang menjaga dan mengurusnya. Banyak budinya yang aku tak terbalas. Gajinya  kecil tetapi dia sanggup menjaga arwah ibu aku.

Terkedu aku bila mendengarnya dan jiwa aku mudah sangat tersentuh jika ada insan yang sanggup melayan ibu yang sakit. Sudah tentu adik kamu seorang yang hebat. Mungkin dia tidak terkenal di bumi tetapi siapa tahu dia terkenal di langit , kataku.

Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberikan kekuatan pada sahabat aku ini dalam meneruskan kehidupannya. Dan semoga adiknya sembuh ,insyaAllah.






Jumaat, 19 Oktober 2012

berubat dengan amalan sedekah ....

Lama bangat aku tak mencoret sesuatu di sini. Bila melihat rakan-rakan maya aku yang lain mereka sudah jauh meninggalkan aku. Tahniah dan semoga terus berkarya.

Semalam aku membaca sebuah buku kecil berjudul "Berubat Dengan Sedekah." Entah milik siapa buku ini. Rasanya aku tak pernah pun membelinya.

Apa yang sempat ku kutip ilmunya ialah amalan bersedekah ini merupakan salah satu terapi yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit namun ianya tidak diambil berat o;eh kita manusia yang kerdil ini.

Bersedekah memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati berbagai jenis penyakit .
Kita sering mendengar bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Namun kita lalai malah tidak mengambil cakna itu semua. Barangkali kerana zaman yang canggih manggih ini kita tidak melihat amalan itu sesuatu yang amat berguna.

Selamat hari jumaat.

Selasa, 2 Oktober 2012