Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

2012 ... pergilah kamu.

Wahai Abu Muaz!
Jangan kamu rajin dipenghujung tahun sahaja tau.


mentang mentanglah hujung tahun dapat bonus,
hari-hari kamu berblog ya!!!!!


oooooh ...
sudah berlalu 2012,

waktu yang sibuk sudah kembali buat para ibubapa,
cikgu cikgi ..... sudah alah bisa, tegal biasa.
selamat kembali bertugas,
welcome back to school,



Ya Allah permudahkanlah urusan semua penghuni di sini,
sangat menakutkan,
macam di luar negara,


bila tiba tahun baru,
adalah wartawan menemubual,
tanya azam tahun baru.
maka pelbagai azam pun  diazamkan,


.

jangan lupa untuk berpesta-pesta malam ini,
menyanyi dan menarilah sampai subuh,
melalak lagi elok,

usah peduli bencana yang berlaku,
pesta pesta ini tidak mencacat aqidah,
tidak semerbahaya amanat  hadi.


Ahad, 30 Disember 2012

Sabtu, 29 Disember 2012

ikang singgang lawang budu....





Usai solat Jumaat semalam,
semua anak-anak dan menantu berkumpul,

inilah amalan yang kami amalkan,
makan tengahari bersama setiap jumaat,

masakan inilah yang menjadi tali pengikat kasih,
simple jee,

ikang singgang (kata ustaz azhar idrus) ,,, cakak teranung,
petai yang direbus,
air asam ,

dan apalagi kalau bukang,
BUDU ... jangang ingat geng gomo kelate gomo je suko bende ni?

alhamdulillah, terima kasih maknya,
serta para pembantunya,

Jumaat, 28 Disember 2012

susu ibu vs susu haiwan

Kali pertama aku menonton rancangan 9 soalan di TV9 semalam . Sambil bermain dengan anak-anak  aku sempat mendengan dan melihatnya.


Topiknya sangat menarik minat aku. .... Penyusuan Ibu.
Zaman aku kecil-kecil dulu manalah ada semua peralatan menyusu yang canggih manggih ini.

Aku masih ingat betapa banyaknya pinggan mangkuk jenama DUMEX yang terdapat dalam lemari usang di rumah ibuku. Sampai sekarang masih disimpan dengan baik oleh ibu.Semua peralatan itu adalah hasil belian susu tin DUMEX.

Waktu itu jadi kebanggaan pula menghisap susu tin. Sekarang jee ... timbul  saranan susu ibu baik untuk kesihatan.Kalau tidak takkan kaya raya syarikat-syarikat pengeluar susu yang berpuluh-puluh jenama itu.
















Dynas Mokhtar seorang artis kini mengurus kedai menjual pelbagai peralatan untuk kemudahan para ibu menyusu badan bayi bayi mereka.

Jadi tiada alasan lagi  para ibu muda untuk tidak menyusu sendiri bayi mereka.
Takkkanlah susu haiwan lebih baik dari susu ibu kurniaan illahi ini.

Kita sebenarnya telah dijajah dengan pelbagai perkara.








Khamis, 27 Disember 2012

gambar berbicara ... Tok Guru MB












 YB Ahli Parlimen Rantau Panjang .....







 moga anak kecil ini di satu hari nanti bakal menjadi ulama






sekitar lawatan YAB Tok Guru MB Kelantan ke tempat pemindahan banjir ,
gambar - gambar ini tidak akan dilihat di dada-dada akhbar utama tanah air,

MB berkain pelikat,
pemimpin melayu lelaki terakhir,
sukar dicari,
dan pasti kita akan merinduinya suatu hari nanti.



Selasa, 25 Disember 2012

ini bukan Ombak Rindu





ini rakaman semalam,
hujan lebat sekitar Kuala Terengganu,


ini pula rakaman hari ini,
dirakam ketika hampir waktu maghrib tadi,
ombak sudah tidak rindu lagi.
apa saja dibawanya,

angin yang bertiup kencang,
makin mengganaskan ombak,

sudah mula menerjah,

 sudah mula menunjukkan taring,


sampah semalam,
malam ini makin banyak yang akan dilontarkan ke sini,


semakin jauh ia menerjah masuk,
malam ini ia mungkin terus mara


Ya Allah selamatkanlah mereka yang berada di sana.
kalau takut dilambung ombak,
usah berumah di tepi pantai


Khamis, 20 Disember 2012

Disember 2012 ....






suasana ini aku rakam seminggu yang lalu,
tempatnya ialah di muara sungai Terengganu,
waktu itu masih ramai orang memancing di sini,
gambar ini dirakam sekitar jam 7 pagi,

matahari baru mula menyinar,
Subhaanaallah .. Maha Suci Allah Yang menciptanya

tapi kini,
suasana itu sudah berubah,
hujan sudah mula turun,
musim tengkujuh sudah mula melanda,
alunan ombak pun turut berubah,

biasanya bila bulan penuh
air laut akan pasang besar,
ombak mengganas,
pasti ada kampung-kampung  dipersisir pantai yang tewas.

Ya Allah selamatkanlah kami,
Hanya Pada Mu kami menyerah.

Rabu, 19 Disember 2012

merdekakah kita ...

Terbaca satu tulisan mengenai kemerdekaan semalam.
Selalu kita rujuk bebas merdeka apabila satu satu negara terlepas dari belenggu penjajahan. Itu saja yang kita faham.

bila Inggeris keluar dari Malaya ,
bila jepun lari ,
bila portugis cabut,

merdekalah kita,
senangnya laungan merdeka diucapkan  dan dilaungkan.

Erti merdeka sebenar ialah  apabila manusia itu mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Tidak ada dikalangan manusia yang berlagak menjadi tuhan, yang mengadakan hukum dan peraturan dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah.

Jika manusia berlagak sebagai tuhan maka berlakulah kezaliman dan penindasan serta penjajahan.
Kenapa berlakunya kezaliman?
Kenapa berlaku penindasan?
Kenapa berlaku penjajahan?

Semua itu berlaku disebabkan apabila ada dikalangan manusia yang berlagak berkuasa , yang mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu dan kehendak sendiri.
Tiada istilah halal dan haram.
tidak kira betul atau salah.
tidak kira adil atau zalim.

yang dikira ialah kepuasan hawa nafsunya sahaja.

ingat bila pulang nanti kita bawa ...
bawa apa?
bawa dosa dan bawa pahala.




Selasa, 18 Disember 2012

cuti sekolah ....





Sempena cuti sekolah pelbagai pihak mengadakan kem untuk anak- anak . Aku juga mengambil peluang ini dengan menghantar dua anak ku yang berusia 8 dan 9 tahun ke kem anak soleh. Moga mereka jadi anak yang baik dan soleh, insyaAllah.



 si ibu yang sentiasa memberi dorongan,

 hati-hati airnya dalam tu,... kakak nombor dua di belakang tu sedang bersedia untuk turun ke dalam air


 kakak bersedia untuk terjun,



kakak  sudah mula bergayut,... berani juga akak ni


ini pula anak kelapan ku



dah turun pun ... pegang kuat-kuat tali tu adik .


jurulatih yang mengendalikan latihan,


wah .... jauh juga tu .....

penuh semangat dan berani anak-anak kecil ini


Isnin, 17 Disember 2012

pembunuh memang gila


takziah ,
sangat menyayat hati,
kanak-kanak yang tidak berdosa serta ibu sendiri terkorban,

bala apa yang melanda ?
pembunuh memang semuanya gila,

Amerika memang tempat orang gila,
bukan rakyatnya sahaja yang gila,
tapi pemimpin mereka juga gila,

Bush, Clinton, Obama dan lain - lain Presiden Amerika,
semua mereka adalah pemimpin yang gila,

kerana mereka adalah pembunuh ,
membunuh bukan sekadar 26 orang anak kecil,
tapi sudah ribuan anak kecil dibunuh ,

di bumi  Palestin.
di bumi Iraqq,
di bumi Afghanistan

semua itu adalah bumi umat Islam.




Ahad, 16 Disember 2012

melayan kerenah anak-anak



musim tengkujuh ,
masih belum melanda Pantai Timur,
tapi sekali sekala hujan lebat beserta angin sudah tiba,




 laut cina selatan , ombaknya masih belum mengganas ....




 bergayanya



 gembira sungguh mereka

















anak-anak ku dengan sepupu mereka dari Kuala Lumpur bermain pasir di Pantai Batu Burok.