menarik tajuk akhbar sinar harian hari ini.
kita tabik spring pada Dato MB Terengganu yang memberi peruntukan sebanyak 2 juta untuk membuat kajian kehebatan ubi gadong.
aku sendiri tak pernah makan ubi ini...maklumlah lahir selepas merdeka... serupa juga dengan anak-anak kita hari ini, ubi-ubi ni mereka tak makan...tak ada kelas...KFC,MD itu makanan yang mereka makan.
tak tahu pula aku tentang kehebatan ubi ini,
rupanya ia dapt membesarkan payu dara,
hebatnya, ubat ubatan tradisional ni,
maka nanti akan membesarlah payu dara-payu dara ini,
tak payahlah lagi duk sibuk telan hormon yang tak tahu halal haramnya,
bila nanti payu dara, anak-anak dara kita sudah membesar maka nafsu serakah pun makin kuat,
maka makin hebat pulalah anak-anak remaja kita melakukan seks,
apa orang kata kini...seks suka sama suka.
tapi janganlah bimbang pula,
dulu kita ada sekolah sukan,
sekolah elit untuk pelajar cemerlang akademik,
sekolah tentera untuk melahirkan pemimpin terbilang,
nanti kita akan memperolehi pula sekolah hamil....
apa macam abang relevan, abang hamzah,tak minat ke nak order satu?
Pengikut
Khamis, 29 Julai 2010
Rabu, 28 Julai 2010
baik diketawakan dari dibodohkan,,,,,
pelajar hari ini suka melepak hingga jauh malam.
waktu siang hari bila ke sekolah sudah tentu mengantuk dan tidak dapat memberi tumpuan.
tidak bersemangat .....
lihat buku pun malas...
inikan buat kerja sekolah...
mak bapak pun sama - sama keletihan dalam kesesakan jalanraya...
janganlah dibandingkan dengan pelajar-pelajar asrama penuh...
yang waktu tidur,belajar dan makannya terkawal...
di RMC siap terbunuhnya pelajar mereka...
itu dalam keadaan disiplin terkawal...
apa kata kalau sekolah kita di buka waktu malam pula..
memenuhi tuntutan semasa..
daripada budak-budak ni melepak tak tentu hala, lebih baik mereka ke sekolah waktu malam..
siang hari semua dapat tidur...
jam 10 malam ...waktu persekolahan bermula...
lepas solat subuh berjemaah di sekolah semuanya pulang ke rumah..
kalaulah cadangan ini diketawakan orang..... aku rasa lebih baik orang tertawa dari orang mengatakan bodoh bila nak buka sekolah untuk budak-budak mengandung.

Isnin, 26 Julai 2010
sarang labah-labah....
indahnya kejadian sarang labah-labah .
memerangkap serangga kecil hingga ke sekecil-kecilnya
bila serangga yang kecil melaluinya
dengan angkuh ia menahannya..
terkial-kial... lalu labah-labah datang
meragut nyawanya.....
kalau yang kecil-kecil ...... menyuap dua tiga ratus rial...
lamanya terpaksa meringkuk disarang labah-labah ini
tapi kalau yang besar-besar membaham ratusan juta....
sarang labah-labah .... terobek .

Jumaat, 23 Julai 2010
tandas masyarakat kelas pertama....
Rabu, 21 Julai 2010
parking vs tandas......
pantai cendering, kuala terengganu.
pantai yang indah dengan air lautnya yang tenang.
tersohor suatu waktu dahulu.
ada bukit , pantai yang pasirnya putih bersih ..... tetapi ia dipinggirkan.
sempat ketidak untuk anak aku melihat keindahan pantai ini terus terpelihara.
inilah yang ada ....... ihsan ... tandas awam kecil (ada faham ke ???? )
air disediakan..... terima kasihlah atas keperihatinan.
tempat buang air kecil sahaja...... tak perlu bayar 20 sen. ..... tandas tercanggih
tempat parking sangat cantik tetapi tandasnya ..... tolonglah cepat-cepat hantar kontraktor ke sini.
adalah juga tempat menyalin pakaian.....
sampah memanglah tempatnya sesuai dibuang di tepi pantai......
diaper baby ... dibuang merata .... baby tak bersalah tak payah dikompaun .
mak dan bapa baby itu elok sangat ditahan dan dihantar ke pusat latihan khidmat negara.
pantai yang indah dengan air lautnya yang tenang.
tersohor suatu waktu dahulu.
ada bukit , pantai yang pasirnya putih bersih ..... tetapi ia dipinggirkan.
sempat ketidak untuk anak aku melihat keindahan pantai ini terus terpelihara.
inilah yang ada ....... ihsan ... tandas awam kecil (ada faham ke ???? )
air disediakan..... terima kasihlah atas keperihatinan.
tempat buang air kecil sahaja...... tak perlu bayar 20 sen. ..... tandas tercanggih
adalah juga tempat menyalin pakaian.....
sampah memanglah tempatnya sesuai dibuang di tepi pantai......
diaper baby ... dibuang merata .... baby tak bersalah tak payah dikompaun .
mak dan bapa baby itu elok sangat ditahan dan dihantar ke pusat latihan khidmat negara.
Isnin, 19 Julai 2010
wanita yang baik................
membaca sebuah buku pagi ini........
harap-harap minat membaca ini terus menyala ..... seperti rakyat korea @ jepun.
buku tersebut tercatat satu pesanan dari Saidina Ali (ilmuwan Islam yang hebat)
Saidina Ali berpesan mengenai ciri-ciri wanita yang baik. Kata beliau ciri wanita itu mesti berlawanan dengan ciri lelaki.
'Sifat buruk pada lelaki adalah sifat baik untuk wanita iaitu kikir,sombong dan pengecut'
# Wanita yang kikir kerana itu ia dapat memelihara hartanya sendiri dengan harta suaminya.
# Wanita yang sombong kerana dengan itu ia dapat mencegah dirinya daripada berkata-kata
dengan setiap lelaki dengan kata-kata lemah lembut merayu serta mencurigakan.
# Wanita yang pengecut kerana dengan itu dia tidak keluar dari rumahnya, menjaga dirinya dari tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah kerana takutkan suaminya.

Ahad, 18 Julai 2010
sehangat api.....
setiap kejadian Allah semuanya berguna untuk manusia dan alam ini.
lalat yang hina dina itu pun sudah diguna pakai dalam rawatan penyakit kencing manis .
tengok ulat pun orang sudah geli ....tapi dunia perubatan kini menggunakannya untuk menyembuh penyakit diabetis.
api banyak jua kegunaanya. ia menerangi kegelapan malam. ia menghangatkan suasana . ia jua boleh menjadi hiasan yang indah.
api juga adalah lambang cinta antara manusia.
wanita yang bersifat api itu hangat cintanya kepada suaminya, bersifat sedikit cemburu tetapi itu semua kerana cintanya yang mendalam.
wanita perlulah menyesuaikan sifat alam yang manakah yang akan diguna pakai dalam memastikan keharmonian rumahtangganya berkekalan.
gunakanlah kebijaksanaan dalam memilih sifat alam yang baik agar ia menjadi petua yang berguna.

Jumaat, 16 Julai 2010
untungnya kalau ada Azimat.........
selepas subuh tadi aku mencari-cari maksud perkataan azimat.
ada pelbagai tafsiran mengenainya.
malas aku nak tulis satu persatu.... kerana ia memang azimat, maknanya pun azimat.
dulu kalau orang itu ada azimat mungkin ada permata ajaibke, tikar terbang macam zam-zam ala kazam
ada seruling bila ditiup keluar makanan depan mata.... tak lakulah kedai mamak.
hari ini ada company azimat.... dapat bersihkan segala besi sisa runtuhan Stadium Sultan Zainal Abidin Kuala terengganu.
2,500 tan besi sisa runtuhan.....
berapa untungnya aku tak reti nak kira....
seronoknya kerajaan negeri tidak menanggung kos apa-apa pun.
besi tersebut jadi milik syarikat azimat itu.
memang bertuah sesiapa yang memiliki azimat!!!!!!!!!!
stadium bernilai RM292 juta itu tersungkur menyembah bumi hampir setahun digunakan.
tapi tiada seorang pengganas pun yang terlibat dalam meruntuhkan stadium itu ditangkap?
kejadian runtuhan itu sangat menjejaskan imej negara dan negeri aku.

Rabu, 14 Julai 2010
sesepoi angin....
angin yang lembut sepoi-sepoi bahasa,nyaman dan bertiup dari pelbagai arah.
angin membuatkan daun-daun dan dahan berbuai.
angin membuatkan buluh perindu menyanyi merdu.
angin menabur benih ke serata pelusuk bumi.
angin juga mereda kehangatan
angin menjadikan kehidupan lebih selesa.
angin jua yang membawa hujan ditempat yang kering.
wanita yang bersifat seperti angin itu akan mendamai, menyegar , mewujud suasana selesa alam berumahtangga.

Sabtu, 10 Julai 2010
selembut air.............
air bersifat bersih lagi membersihkan, sejuk, nyaman, jernih serta boleh menghilangkan dahaga pada bila-bila masa,
air juga mempunyai sifat boleh mencambahkan biji benih, menyuburkan, menyegarkan kembali serta menyihatkan.
air mampu membuang segala toksin yang tidak dikehendaki oleh sistem badan
air boleh sesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan .... sifatnya yang lembut boleh mengisi mengikut bentuk bekas atau bejana.
air juga rela turun ke bawah, mengalir dari gunung ke lurah-lurah berebut - rebut membuat kebaikan seperti menyuburkan tanah dan membasahi tanaman.
itulah sifat air..... alangkah beruntungnya jika seorang suami mempunyai isteri yang bersifat seperti air ini....

Jumaat, 9 Julai 2010
biar kena caranya.............
Lelaki seringkali melihat wanita suka berleter.
Mungkin kerana perkataan yang wanita ucapkan itu timbul anggapan demikian.
Mari kita lihat contohnya:
"Sampah sampai penuh di dapur, seorang pun tak nak buang. Yang menyepahnya ramai, yang nak bekerja cuma saya seorang. Manalah tahan ni!!!! Sampai busuk bau dapur niii... Manalah hati tak geram!!!!
sebenarnya apa maksud wanita itu? memanglah perkataannya panjang berbelit, pedas dan tidak jelas apa yang dia mau.
ia sebenarnya hanya mahu menyuruh anda membuang sampah yang penuh di dapur ke dalam tong sampah di luar rumah.
itu saja......
wanita yang lebih bijaksana , yang faham hati lelaki akan bercakap sedikit sahaja.....
'abang.... tolong buangkan sampah...'
inilah yang mahu didengar oleh lelaki..... kata-kata yang jelas, padat, tepat.... dan ada di situ kalimah tolong atau bantu.
jangan marah yeeeee.... apa macam relevan, abang hamzah....betul ke tak?

Khamis, 8 Julai 2010
bye,bye..... German
pagi tadi aku membaca sebuah buku yang terkandung di dalamnya satu bidalan.
kata penulisnya bidalan German....
bunyinya begini...
"Wanita itu jadi mangsa keadaan sebagaimana pasir menjadi mangsa angin".
satu lagi berbunyi...
"Walaupun wanita membaca dan mengkaji tanpa henti ,fikiranya tetap pendek".
itu semua dikatakan bidalan German..... apapun selamat tinggal German kerana anda sudah tewas di Afrika.

Rabu, 7 Julai 2010
sejarah.... panduan masa mendatang
Sewaktu tentera TARTAR menyerang Baghdad (Iraq) kekuatan angkatan tentera Baghdad jauh mengatasi bilangan tartar.
Baghdad juga mempunyai benteng pertahanan yang temboknya sangat tinggi, kuat dan sukar ditembusi.
Kalau sekarang barangkali Baghdad ketika itu sudah mempunyai pelbagai kereta kebal,perisai, peluru berpandu dan peralatan yang tidak dimiliki bala tentera tartar.
tetapi apa yang menimpa bala tentera baghdad ketika itu? apa yang dilakukan oleh para panglimanya? apa yang para pemimpin mereka buat hingga kalah ditangan satu bangsa yang tidak bertamadun itu?
Kajian mendapati waktu itu para pemimpin tentera , para orang besar dan kaya Baghdad ketika itu sibuk dengan hal-hal luar dan lalai dari keperluan perang.
Panglima-panglimanya sibuk mengumpul harta, membangun rumah-rumah besar,suka mengikut hawa nafsu, menolak kewajipan ketenteraan seperti mengadakan latihan perang,persediaan persenjataan, disiplin dan tahap pengurusan organisasi yang sangat rendah.
Tingkah laku para pemimpin terlalu buruk, rasuah tersebar luas, mereka mencemar kehormatan dan harta benda orang ramai, tidak memperdulikan yang haram dan tidak takut pada Allah.
Akhirnya tartar telah menghina mereka ...... mengalahkan mereka.... mereka dilalaikan oleh diri mereka sendiri.
Sejarah adalah pedoman masa lalu untuk menjadi panduan masa mendatang.
Tun Dr mahathir berkata :saya baru pertama kali ke Tartastan...sedangkan Lee kwan yew telah tiga kali ke sana.,,,
( mesti orang tartar ini hebat.... aku kata bukan Tun)

Selasa, 6 Julai 2010
telanjang itu seni...........
penjajah sebenarnya telah memerangi aqidah umat ini dengan pelbagai cara yang dasyat.
mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh menggunakan tenaga dan wang ringgit untuk tujuan memusnahkan itu.
akan tetapi itu adalah perkara biasa bila dilihat dari sudut matlamatnya kerana mereka cukup tahu dan faham bahawa sesuatu umat tanpa aqidah tidak ada nilai di dalam kehidupannya dan tidak akan membahayakan mereka.
kesan kejayaan peperangan merosakkan aqidah ini telah kita lihat bersama kini...........
artis kita sudah sanggup bertelanjang semata-mata menyahut seruan seni.....
Maradona tidak sempat telanjang kerana artis malaysia telah mendahuluinya...

Isnin, 5 Julai 2010
musafir ke selatan...
dari bandar Mersing ini perjalanan sejauh 120km lagi untuk ke Johor Darul Takzim
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Kempas Baru....
kolej ini di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

asrama baru yang tersergam indah ..... 3 blok asrama pelatih... keluasan tapak kolej ini 30 ekar antara program yang ditawarkan disini:
DiplomaKejururawatan,Dip.Radiografi,Fisioterapi,Jurupulih perubatan dan lima kursus Diploma Lanjutan.
para pelatih diberikan elaun bulanan rm621.00 sebulan(tak payah pinjam ptptn),asrama dan pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan.
sepatah kata pengarah kolej ...... kamu datang untuk belajar, jangan campur adukkan dengan perkara-perkara lain.... elaun jahit pakaian pun disediakan.... cuma elaun top up tak ada.
selamat belajar anakanda...... kamu semakin dewasa dan kehidupan ini penuh dengan onak dan duri.. jaga diri baik-baik.
Langgan:
Catatan (Atom)