Aku dapati banyak pengertian atau takrif tentang Islam diberikan oleh baginda s.a.w. Islam yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulnya tidak harus disamakan dengan pengertian agama menurut fahaman umum.
Islam adalah deen fitrah yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, rohani dan material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan semua urusan hidup di dunia dan akhirat.
Ayat AnNahl 89 bermaksud:
" Dan kami turunkan kepadamu Alquran untuk menerangkan segala-galanya dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri".
Ayat AlMaidah 3 pula menjelaskan:
"Pada hari ini telah ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telahku cukupkan untuk kamu nikmatku dan telah kuredha bagi kamu Islam sebagai deen kamu".
Rasulullah s.a.w. telah memberikan pelbagai takrif yang bermacam-macam tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya dan suasana majlis dan ulama juga memberi takrif yang banyak.
Kesemuanya tidak ada percanggahan tetapi sambung menyambung dan saling kait mengait diantara satu sama lain dan semua itu untuk menunjukkan kesempurnaan Islam yang terlalu tinggi nilainya.
sambung esok kalau ada umur lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan