Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

last day 2010..

Pagi hari terakhir 2010....
Cuaca sangatlah sejuk,
hujan tak berhenti dari semalam,
confirm ramai tak mandi pagi ini,
melainkan yang terpaksa mandi,
sejuk pun sejuklah..... terpaksa.

Kerajaan Negeri Kelantan ,Terengganu dan Kedah juga mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 sebagai cuti umum.

apa sebabnya perkara cuti ini menarik perhatian ku?
teringat waktu Terengganu menjuarai piala Malaysia pada tahun 2001 , kerajaan Terengganu yang diketuai oleh haji hadi Awang mengisytiharkan cuti pada hari berikutnya.

kelam kabut jadinya,
ada pergi kerja,
ada hantar anak ke sekolah,
macam macam berlaku.

pelbagai tafsiran dibuat atas pengumuman itu.
ada yang kata cuti tu untuk kakitangan negeri sahaja yang persekutuan tak terlibat.
bodohnya,
media dan rangkaian penyiaran lain pun tak membantu.

ketua bagi pentadbiran negeri memang YAB Menteri Besar,
dari parti mana tak kiralah,
mereka yang menang pilihanraya, maka kita kena hormatilah,

kalau tak puas hati mari kita gulingkan pula pada pilihanraya nanti.
ikutilah prinsip demokrasi itu,

tapi kalau tak ada perkara yang salah dilakukan,
untuk apa digulingkan mereka,
kita tukar yang banyak membawa masalah,

seorang bukan islam yang jadi pemerintah,
tetapi menghormati perlembagaan dan kedaulatan undang-undang adalah lebih baik dari seorang islam yang rasuah dan mempermainkan peraturan.

eehhh kenapa melalut aku pagi-pagi ni,
maaflah mungkin kerana cuaca sejuk menyebabkan aku merapu.

oh satu hal lagi,
semalam adik aku beritahu anaknya yang akan masuk darjah satu kena hadir majlis orientasi pelajar baru.
majlis orientasi pelajar tahun satu ,,,,,
macam nak masuk U ,
eeehhh,, macam macam ni,
perlu ke sampai begitu sekali,
budak-budak ni sudah lama berada di tadika,
dari empat tahun lagi pun ada,
aku tak tahulah,

aku bukan pakar,
tapi pelik,

masalah sosial pelajar pula semakin parah.

ada satu lagi yang terakhir,
piala AFF suzuki tu tak payahlah diarak ke DUN Tenang,
tak TENANG Rajagopal dan anak-anaknya.

malam ni pula jom lepak sampai pagi,
ambang tahun baru,
dari menteri sampai petani,
selamat tahun baru masihi..... 2011

Khamis, 30 Disember 2010

jupe ...mana kamu lari?




kenderaan berperisai ini sedang mencari sebelah buah dada julie perez yang tertinggal semalam.....
dia lari lintang pukang tak sempat nak ambil....

khairul fahmi ..... Arumugam baru .


R.Arumugam.....
penjaga gol kebangsaan sezaman arwah Mokhtar Dahari.


"SAYA mahu buktikan pemilihan saya bukan sekadar nasib!," tegas penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi pertama kali dalam kejohanan utama di Sukan Asia Guangzhou 2010.


lompatannya,
tangkapannya,
tampanannya,

menghampakan lawan,
kalau tidak terbolos banyak juga gol semalam,


tahniah khairul fahmi,
gayamu bagai mendiang R.Arumugam (spiderman)

Rabu, 29 Disember 2010

kalah dah malaysia.....


“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,...” katanya .
Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini.


nampaknya malaysia akan kalah malam ni !!!!!!

Ahad, 26 Disember 2010

safee sali bagai mokhtar dahari....









tahniah.

tahniah.


untuk team malaysia...
safee sali mengingatkan aku pada arwah Mokhtar Dahari,
arwah meninggal pada 11 hb Jualai 1991...
19 tahun lalu,

tubuhnya sama gempal, lariannya pun laju,
apakah ini petanda bolasepak negaraku sudah ada pengantinya?

Sabtu, 25 Disember 2010

tsunami .....

esok enam tahun yang lalu berlaku apa yang dipanggil tsunami.
nama yang tak pernah aku dengar sebelum ini.

tak pernah diajar waktu aku bersekolah dahulu.

ribuan manusia terkorban,
bala Allah.... sungguh dasyat...
sekejap sahaja manusia mengingatinya,
kemudian leka kembali dengan urusan dunia.

begitu juga dengan tahun baru Islam... 1432H
sudah hampir sebulan,
azam dan cita-cita ..... banyak mana yang sudah tertunai>



Rabu, 22 Disember 2010

hujan yang turun........


hujan yang turun bagaikan mutiara.......




kenapa my father tak marah ni?


ayah , jom main hujan,



bestnya, bestnya... musim tengkujuh.



lari,lari, kita lari,


alang-alang mandi biar basah,




kata iklan TV, gunakan Dettol untuk melindungi badan anda.




musim tengkujuh kini melanda pantai timur,


seronok teringat zaman kanak-kanak dahulu,
dapat mandi dan bermain hujan,
untuk mengembalikan kenangan lalu aku membiarkan anak bongsuku MUAZ berpesta hujan,
apa lagi dia,

aku yang teringin nak mandi hujan tu,
tapi takut pula orang kata , buang tabiatke orang tua ni,
he,hee.

Isnin, 20 Disember 2010

bicara orang Bachok


berita dua hari lepas,
aku tunggu takut tersalah petik sumbernya,

tak faham aku,
kamu bacalah sendiri,
selama ini jika kenaikan harga berlaku siapa yang dituding,
ini kenyataan hebat ,
ekonomi dunia meleset ,
no hal pada negara,
biar betul,

gah betul negara aku ni,
syabas, tahniah ,
wa cayala pada lu.....

Kemelesetan ekonomi dunia tiada impak kepada negara

18/12/2010 5:50pm

BACHOK 18 Dis. - Kemelesetan ekonomi dunia yang diramal berlaku mulai tahun hadapan, dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap kedudukan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini berikutan langkah kerajaan melakukan transformasi ekonomi melibatkan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang mampu mengurangkan penggantungan negara terhadap ekonomi global bagi mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak enam peratus setahun sehingga 2020.

Beliau berkata, ekonomi negara ketika ini dalam kedudukan selesa hasil pelaksanaan projek-projek mega di seluruh negara yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bermula tahun hadapan.

"Ini termasuk projek-projek yang akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit radang paru-paru, Marzuki Hashim, 33, di Kampung Perupuk di sini, hari ini. - Utusan



Sabtu, 18 Disember 2010

seks USA...

seks rakyat amerika


penggunaan kondom adalah tinggi dikalangan remaja mereka,
kegilaan seks yang kini melanda Barat,
dan kegilaan seks yang sedang melanda kita.

semua lapuran itu berlaku di Amerika,
dan ia juga sedang hebat melanda kita kini.
sempatkah pendidikan seks yang bakal diadakan nanti menangani semua ini?

Jumaat, 17 Disember 2010

ajar seks di sekolah....

Sudah dua hari Terengganu dilanda hujan. Sejuk sudah mencengkam tulang. Aku rasakan kesejukan ini sudah mengalahkan sejuk salji.... tapi aku tak pernah pun bermain salji.


Sekarang musim orang sibuk membicarakan soal pendidikan seks di sekolah mulai tahun depan.
Semua pakar-pakar mula bercakap.
Pakar motivasi,kauseling,kanak-kanak,agama tak lena tidur sekarang.

Menteri Pelajaran, Menteri Pembangunan Masyarakat sedang rancak dengan isu ini .

Semalam melihat perbincangan di TV antara Timbalan Menteri Pelajaran , Pengerusi majlis PIBG negara dan seorang lagi Dr. Harlina (kalau tak salah ingatan aku yang hampir lima puluh ini.)

nampak macam kementerian tak berapa bersedia .....
pandangan Dr. Harlina antaranya ialah sejauhmana kemampuan ibubapa untuk menghadapi itu semua...
aku ini ibubapa...
macammana nak hadapinya pun aku tak tahu...
bukan ada kemahiran pun...

tak pernah pula diberikan modul,
tak pernah diajar apapun.

jangan lakukan sebarang dasar secara sembrono,
padahnya sukar dijangka.




Khamis, 16 Disember 2010

!@#$$$$%%%%+++



barisan kabinet....




jangan benarkan perhimpunan rakyat,

jangan beri lapuran perubatan,
jangan biarkan mahasiswa bersuara,

jangan bebaskan media,
gantung ahli parlimen pembangkang yang cakap banyak,

tarik subsidi minyak,
minyak dijamin tak naik punya sampai hujung tahun,


Rabu, 15 Disember 2010

makhluk confirm lemah...

Manusia dikurniakan otak. Satu kurniaan yang besar dan sangat tinggi nilainya. Manusia juga mempunyai rupa bentuk dan strukturnya yang unik.

Ketinggian dan kecanggihan otaknya membolehkan ia berfungsi untuk berfikir. Otaknya itu membezakan ia dengan makhluk lain.

Kemampuan berfikir itu menunjukkan ia ber'aqal. Namun makhluk kerdil ini sudah tentulah terhad kemampuannya berbanding dengan alam ini, apalagi dengan penciptanya.
Tidak mungkin mana-mana individu mampu untuk berfikir tentang keseluruhan kejadian alam ini apalagi perkara-perkara yang diluar cangkupan pancaindera.

Di sinilah sepatutnya lahir suatu keinsafan betapa manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. keinsafan ini secara tidak langsung memperakui dan mempersaksikan bahawa hanyaAllah swt sahaja yang berdiri di atas dirinya sendiri.

Dan makhluk itu pasti bersifat lemah.

Isnin, 13 Disember 2010

mari, mari tanam sayur






Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran - Ismail( menteri malaysia)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm


nak tanam kat mana.. atas bumbung rumah flat? kondominium?

kelapa mahal giller ni..... sempatke tanam lagi?

minyak mahal berbanding dengan negara pengeluar ,
gandum boleh tanam juga ke?

ikan, ayam macam mana ,

kempen tanam sendiri itu sudah bermula 3 tahun lalu,
katanya hasil dari itu ia telah dapat kekang kenaikan harga sayur,
65 peratus orang telah tanam sayur kat rumah,
ye ke, ye ke???


relevan kat rumah engkau ada sayur lebihke?

kuang,kuang ,kuang




hisap susu asli dapat juga kekang harga susu


kuang,kuang ,kuang
menteri malaysia.

Ahad, 12 Disember 2010

gaji tentera.....

pelarasan gaji tentera,

"Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skima perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan... (menteri pertahanan)


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

jangan cakap saja ikutlah kehendak perlembagaan itu... (ini aku kata tapi aku bukan pak menteri).. tapi jangan lupa pak menteri jadi menteri kerana undi dari aku juga).

kita minta pak menteri pertahanan juga mengambil kira bekas-bekas anggota tentera yang terabai kebajikan mereka.

yang memperolehi pingat-pingat keberanian tentera jangan dilupakan mereka,

kalau orang lain diberikan pelbagai ganjaran, jangan dijeling sebelah mata bekas anggota perajurit negara,


Sabtu, 11 Disember 2010

ulasan POK,

lepas solat jumaat semalam bersembang di kedai makan,
rancak macam-macam bahan berita ada,


harga minyak naik,
sesi baru persekolahan dah hampir,
kelapa atau orang terengganu panggil ( nyiur ) sangat mahal lening... santan sampai 10 ringgit sekilo .
pelbagai isu,
hebat dibincangkan,

kalah pak menteri di parlimen.
menang wakil rakyat kedai kopi,

yang aku tertarik dari pelbagai isu yang dibincang ialah,

bila seorang yang kami panggil POK mengulas isu ketuanan,

POK berkata:
nabi muhammad dari puok quraisy, ketuanan quraisy, abu jahal pun puok quraisy, ketuanan quraisy,

nabi lawan abu jahal, quraisy lawan quraisy,

ketuanan quraisy lawan ketuanan quraisy,


jadi apa yang peliknya ketuanan melayu ni? melayu lawan melayu!!!!!

pok mengakhiri ulasannya,

Jumaat, 10 Disember 2010

tatarakyat...


dulu ada mata pelajaran tatarakyat,
yang berumur empat puloh tahun ke atas aku rasa sempat belajar tatarakyat ni...
orang panggil sekarang sivik (betul tak para cikgu ?),

jadi kalau dalam gambar di atas,
kita nak panggil apa tu!!!!!

Khamis, 9 Disember 2010

apa dah jadi?


apa hal ni?
Hakim syariah!!!!!


cinta zaman sekarang sudah lupa pantang larang.

Rabu, 8 Disember 2010

rumah siapa ni?


pusing-pusing , jalan -jalan dialam maya akhirnya terserempak dengan rumah ini?
rumah siapa ni?

takkan harganya 6 @ 3 juta ?
rumah siapalah agaknya ni?




ambil ni tolong sapukan sampah...
biar bersih rumah tuuu...

makluman....

ada orang kata Tok Guru tenat di hospital
http://msomelayu.blogspot.com/2010/12/pemakluman-pagi.html
Tok Guru Sihat, Cuma Sakit Urat..

Selasa, 7 Disember 2010

madu dan telor ayam kampung

Musim tengkujuh sudah mula melanda.
Sejak dua tiga hari lepas hujan memanjang.
Suasana pun sudah berubah.
Tidur pun tak payah beraircond lagi.
Jimatlah sikit belanja bil letrik bulan ni.

kalau dah badan pun rasa semacam je....
tu tanda-tanda badan mula kalah dengan serangan ...
mulalah rasa selsema,batuk dan nak demam.



eloklah makan pagi dengan benda-benda ni supaya ketahanan badan jadi kuat semula.

telor ayam kampung dan madu

Isnin, 6 Disember 2010

hutan Israel, air Selangor







kebakaran hutan yang teruk di utara Israel....
kematian 40 rakyatnya terbakar hangus....
kerugian berbillion USD...
Israel sudah riuh satu dunia.

ribuan rakyat palestin kamu kurung dimerata penjara Israel,
ribuan rakyat palestin kamu bunuh dengan senapang,kereta kebal
bahkan ada yang kamu lancarkan peluru berpandu,
kamu tersenyum .... dan ketawa melihat itu semua.


pakcik tua ini disepak terajang ketika menyertai demo air semalam di Selangor...
apalah sangat kesalahannya,
polis England mereka kawal perarakan yang diadakan,
polis Korea pun sama,
Polis Malaysia takut apa ????


bantahan untuk keselesaan rakyat....
gaji pengerusi Syarikat Air Selangor (SYABAS) kamu tahu berapa sebulan?
425,000 ringgit.
sedarkah kita ini semua?
itu pengerusi syarikat air selangor, syarikat air negeri lain ?????

Sabtu, 4 Disember 2010

aku tabik keberanian kamu......

Awal Muharam datang lagi. Orang ramai akan bercakap tentangnya untuk satu dua minggu ini. Para penceramah akan sibuk memenuhi pelbagai undangan.

Baguslah sekurang-kurangnya ada peringatan untuk peristiwa besar itu.

Peristiwa Hijrah ......
bila kita membaca kisahnya akan ditemui kisah keberanian anak-anak muda ketika itu. Saidina Ali, Asma bt Abu Bakar, Abdullah (Anak Saidina Abu Bakar juga) dan seorang lagi anak remaja yang aku lupa namanya.... tapi yang pasti dia juga berperanan besar dalam membantu hijrah Rasulullah s.a.w.

Saidina Ali anak muda berjiwa besar yang sanggup menjadi galang ganti batang tubuh Rasulullah s.a.w berbaring dikatil baginda . Beliau tahu bahawa beliau akan dibunuh oleh anak-anak muda quraisy yang sedang mengepung rumah nabi. Entah jenis pil atau dadah apa yang diambil oleh para belia quraisy waktu itu.... misi dan arahan ialah bunuh Muhammad.

Asma seorang anak gadis ..... bersedia memikul amanah yang diberikan. Menyiapkan makanan untuk dihantar pada ayahandanya dan Rasulullah s.a.w. Keberanian yang tiada tolak bandingnya dalam sejarah anak gadis remaja dalam dunia ini. Waktu itu sudah tentu para special branch, anggota unit risikan quraisy berada dimana-mana . Sungguh kental jiwamu Asma.

Abdullah ditugaskan untuk menghantar makanan ke gua Thur. Oh bukan calang-calang anak muda untuk melakukan misi ini. Jika tertangkap sudah pasti bukan I.S.A dikenakan tapi tentu digantung atau bunuh sampai mati.

Seorang lagi anak remaja yang berjasa besar ialah yang bekerja sebagai pengembala kambing. Ditugaskan untuk melenyapkan jejak Asma dan Abdullah ketempat persembunyian Nabi s.a.w.

Sungguh licin perencanaan hijrah ini. Bukan calang-calang misi. Itulah yang diajar oleh baginda s.a.w kepada kita jika ingin berjaya dalam mencapai sesuatu. Jangan mengambil sikap mudah dan jangan membabi buta dalam hidup ini.

Watak- watak inilah yang sepatutnya menjadi ikutan untuk anak-anak muda kita.
tapi sayangnya mereka salah memilih idola .......

Maal Hijrah
kedatangan mu kali ini disambut dengan beban kenaikan harga barang yang pastinya makin menyukar dan menyempitkan kehidupan rakyat bawahan.

Jumaat, 3 Disember 2010

pejam celik, pejam celik....

Pejam celik,pejam celik....
Ada dua puluh hari lebih lagi untuk tahun 2010 tamat riwayatnya.

Nanti kedengaranlah pelbagai azam tahun baru.

Saya mengharapkan rakyat dapat bekerja bersungguh-sungguh demi .....( ini orang politik.)

Saya berazam untuk ......... bermain dengan ..... demi negara ....( janji orang sukan)
Saya akan kahwin pada tahun .....

Saya akan keluarkan album baru yang ..... (janji artis)
saya akan adakan majlis perkahwinan dan akan jemput .......

tapi tahun baru Islam hanya tinggal 4 hari lagi....
janganlah lupa pula...

janji untuk ......

selamat sambut awal muharram.

moga tiada lagi isteri dikelar suami,
isteri dibunuh suami,
isteri disimbah asid,
isteri dilanggar suami,
suami dicekik isteri,
anu suami dipotong isteri,
kenapalah suami, isteri sekarang ni ?

apa azam tuan-tuan dan puan- puan semua sempena tahun 2011
dan awal muharram 1432H...

beritahulah...
jangan jadi zam-zam ala kazam sudah.

Khamis, 2 Disember 2010

isteri sepatutnya dibelai......


berita yang cepat menaikkan darah aku ialah membuli dan membunuh isteri.

pagi-pagi lagi bila membaca akhbar malaysia ialah pembunuhan.
peliknya yang dibunuh itu ialah isteri sendiri.... isteri tempat mereka bermanja, meluah perasaan ketika susah, yang sama gembira ketika senang.

hormon gembira tiada langsung bila membaca artikel seumpama itu.
akhbar negara lain adake cerita-cerita seperti ini? adake tuan lavendari?


kenapa kita mengembalikan semula diri kita ke alam jahiliyah lampau... yang penuh keburukan dan sifat keji terhadap wanita?

sedarkah kita yang mengangkat maruah wanita itu ialah Islam!!!!
tiada satu agama lain di dunia ini yang mempertahan dan membela hak wanita sehebat agama yang dibawa oleh manusia yang bernama Muhammad s.a.w ini.

Rabu, 1 Disember 2010

hidup ini ada peraturannya.....

Ketahuilah bila manusia itu terkeluar daripada peraturan Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang terkeluar daripada sifat fitrah (semulajadi) mereka.

Kita semua pernah melihat apabila sesuatu makhluk itu telah terkeluar dari sifat semulajadinya maka binasalah ia.

Contoh mudah seperti mengeluarkan ikan daripada air, mencampur makanan yang baik dengan racun yang membunuh.

Begitu jugalah kita manusia yang ditugaskan beribadat kepada Allah dan mentadbir makhluk yang lain di atas mukabumi ini dan kita tidak mengikut fitrahnya (semulajadi) ciptaan Allah bermakna bukan saja diri kita rosak bahkan membawa kerosakan di mukabumi seluruhnya.

Maka berlakulah seperti membunuh isteri,
mengadakan hubungan seks depan mayat isteri,
mengikat tangan bayi, meletak pita di mulut kanak-kanak kecil,
menumbuk pesakit,
berzina mulut,
menagih dadah,
merompak,
membunuh diri bila gagal dalam cinta,
minum arak,
berlumba motorsikal,
tersebar pelbagai penyakit,
susahnya mencari rezeki,
kenaikan harga barang yang mengila,

apapun harga minyak RON 97 naik lagi.....