Pengikut

Rabu, 19 Jun 2013

pengertian islam...

Aku dapati banyak pengertian atau takrif tentang Islam diberikan oleh baginda s.a.w. Islam yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulnya tidak harus disamakan dengan pengertian agama menurut fahaman umum.
Islam adalah deen fitrah yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, rohani dan material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan semua urusan hidup di dunia dan akhirat.


Ayat AnNahl 89 bermaksud:

" Dan kami turunkan kepadamu Alquran untuk menerangkan segala-galanya  dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri".


Ayat AlMaidah 3 pula menjelaskan:

"Pada hari ini telah ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telahku cukupkan untuk kamu nikmatku dan telah kuredha bagi kamu Islam sebagai deen kamu".


Rasulullah s.a.w. telah memberikan pelbagai takrif yang bermacam-macam tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya dan suasana majlis dan ulama juga memberi takrif yang banyak.
Kesemuanya tidak ada percanggahan tetapi sambung menyambung dan saling kait mengait diantara satu sama lain dan  semua itu untuk menunjukkan kesempurnaan Islam yang terlalu tinggi nilainya.

sambung esok kalau ada umur lagi...

Jumaat, 14 Jun 2013

Islam ... DEEN para Rasul

Kita dapati bahawa kesemua ajaran Allah yang dianut oleh para Rasul dan Ambia a.s dinamakan Islam, sebagaimana Allah menerangkannya di dalam al quran.

Allah ceritakan tentang Nabi Nuh a.s ... surah Yunus 72 bermaksud:
"Dan aku diperintah supaya termasuk dikalangan orang-orang Islam"


Nabi Ibrahim dan Ismail a.s pernah bersabda:
" Wahai Tuhan kami jadilah kami berdua Islam keranamu"  .... Albaqarah 128


Nabi Musa a.s pernah menegaskan:
" Kepadanya kamu hendaklah bertawakkal jika sekiranya kamu benar-benar Islam" ... Yunus 84


Itulah Isl;am yang dianut oleh para Nabi dan Rasul a.s.
Islam adalah DEEN para Rasul a.s.

Mengapa kita pula liar dan takut dengan agama yang hebat ini.?

Khamis, 13 Jun 2013

sambungan coretan ku

Islam tidak pernah membezakan diantara orang-orang yang beribadat di mehrab-mehrab masjid mengeluarkan airmata kyusu' dan tawwaduk kepada Allah dengan penulis yang mengalirkan dakwat penanya kerana Islam.

Islam tidak membezakan antara peluh yang melilih di badan, darah yang mengalir kerana menegakkan kalimah Allah.

AlImam Abdullah bin Al Mubarak pernah menulis kepada para sahabatnya yang beriktikaf di Mekah dengan meninggalkan tugas jihad:

Wahai saudara ku yang sedang beribadat di tanah suci,
kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui,
saudara hanya bermain dengan ibadat,
siapa yang pipinya berlumuran airmata,
maka leher kami berlumuran darah,
kalau kuda mu penat di dalam kebatilan,
Maka Kuda kami penat di medan perang,


Sesungguhnya membezakan diantara orang-orang yang beriktikaf di masjid dengan  mereka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara Islam adalah perbezaan yang ditonjol oleh musuh musuh Islam. Maka sangat jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan perbezaan itu.

Golongan yang beriktikaf itu dipanggil orang dakwah, manakala yang kedua itu dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi.

bersambung....

Rabu, 12 Jun 2013

coretan ku hari ini ...

Mencoret sesuatu, pasti ada orang yang sudi membacanya. Aku serahkan kepada mu Ya Allah akan apa yang berlaku, kini dan akan datang.

Walaupun ia hanya celoteh biasa tetapi ada juga yang terkesan dan mungkin menjadi faktor perubahan bagi diri seseorang insan.

Aku melihat bahawa sesungguhnya Islam kini menghadapi cabaran hebat, kerana ia bukan sahaja menghadapi musuh dari luar , tetapi juga musuh dari kalangan umatnya yang mengaku sebagai penganutnya . Tidak ganjil kalau Islam itu menghadapi cabaran , kerana itu semua pernah dihadapi sejak ianya dilahirkan , tetapi yang ganjilnya ialah kerjasama penganutnya dengan musuh-musuhnya.


Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh seluruh kumpulan Islam dan para mujahidin sekarang, dikepong dari segenap penjuru oleh  musuh dan ummat Islam berada dalam kebinggungan dengan apa yang  berlaku.

Terdapat dikalangan ummat Islam sendiri yang bertanya , mengapa terdapat dikalangan kita orang-orang yang aktif di medan politik lebih daripada bidang ibadah? Mereka ragu dengan kebangkitan kumpulan Islam yang menyeluruh , kononnya tidak ada hubungan dengan pengertian Islam yang sebenar. Ada yang berfikir dan merasakan bahawa ia adalah satu penyelewengan dari penghayatan Islam yang sebenar.


bersambung ...


Isnin, 10 Jun 2013

sedikit coretan

Sudah lama aku tidak mencatat sesuatu di sini,
ruang waktu yang terhad,
tetapi aku masih tidak lupa untuk menjenguk beberapa rakan blogger yang sangat aktif,

sudah hampir Ramadhan rupanya kita,
cukuplah sedikit catatan untuk petang ini,

bahawa,
Islam didatangkan kepada kita ialah untuk membetulkan apa yang salah,
meluruskan apa yang bengkok,

bukannya untuk tunduk kepada yang batil,