Pengikut

Khamis, 30 September 2010

aku tahu kamu tahu!!!!!

Menonton berita 1.30 tengahari tadi....
antara beritanya mengenai kegiatan pelacuran membabitkan warga asing,
bila premis diserbu ramai tertangkap,

tetapi esok ia boleh beroperasi lagi....

kenapa dan mengapa mazidul?
aku tahu kamu bukan menteri? bukan juga KPN? bukan juga pengarah imigresan?
tapi aku tahu, kamu tahu!!!!!


Rabu, 29 September 2010

FB kamu adakalanya ......

pagi tadi aku mengamuk.....
bukan kerana dirasuk atau tersalah telan pil ...over dos.

bukan juga kerana beramal dengan ilmu-ilmu pelik,
bukan juga kerana wang aku habis,
bukan,bukan,bukan,


tapi kerana aku geram dengan anak bujang aku yang sukar bangun untuk solat subuh pagi tadi,
10 panggilan aku tak dijawab,

apalagi aku pun mengetuk pintu biliknya ala - ala polis nak serbu rumah orang,

baru bangun dia, terhegeh-hegeh,
aku pun berleter bagai peluru M16 ditembak secara AUTO..

telepon je mahal... kenapa tak angkat? kamu ingat waktu subuh ni sampai jam sembilan ke? semalam tidur jam berapa? takkan umur dah .... kena dikejutkan? aku dah boring dah jadi warden tanpa gaji ni? nanti kau kawin pun takkan aku kena kejutkan lagi?bla,bla,bla....
entah apa lagi aku pun dah tak ingat?


semua tu bukan apa? aku sudah tengok dia punya laman FB ... baru je dikemaskini beberapa jam lalu... maknanya ...tidur lewatlah tuuu...

kalau FB tu makhluk aku dah lempang dan tampar je sampai hancur!!!!!!!!



Isnin, 27 September 2010

anak I tak tahan la... nyamuk banyak.

Semua orang bila sebut balik kampung sudah tentu sangat gembira. Beria-ria hingga terloncat-loncat menyanyi lagu arwah sudir "Balik kampung".

Yang tinggal jauh di luar, yang bertugas di pagi syawal sudah tentu terasalah amat sedihnya.

Aku cuma nak mengomel mengenai ada juga kawan-kawan yang balik kampung beraya baru-baru ini menginap di hotel.

Bila ditanya dijawabnya..... anak I tak tahanla digigit nyamuk.
anak yang nombor dua tu... tak dapat tidur , tiada aircond.
anak I menangis bila tidur ramai-ramai dengan
sepupu,sepapa,sepusat ditengah rumah tu.
bibik aku nak letak kat mana?
(aku jawab bibik kamu letak kat hotel...kamu tu tidur di sini)
tandas ada dua je.... beratur memanjang.

kalau sudah tahu kekurangan yang ada di rumah ibu bapa kita berpakatlah dengan adik beradik baikilah segala kekurangan rumah mak bapak kita tu.

mereka mungkin tak berkata apa pun bila anak cucu tinggal di hotel... tapi tuhan sajalah yang tahu hati dan perasaan mereka!!!

ingatlah kita dulu pun berasal dari rumah buruk itu , membesar di tengah lamannya, beratur di tandas usang itu juga.

kepada anak-anak aku ini warning awal .....

Khamis, 23 September 2010

merenung payu dara......

Selepas solat subuh tadi aku menjelajah alam maya ini..... baca apa yang perlu,... ada artikel yang merehatkan minda tapi banyak juga yang memerahnya.

terbaca aku satu artikel seorang ahli gerontologist dari GERMAN..... Dr.Karen Weatherby.

hasil satu kajiannya ..... mendapati

"merenung payu dara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki hingga LIMA tahun.

"just 10 minutes of staring at the charms of a well endowed female, is roughly equivalent to a 30 minutes aerobics.

nak baca lebih lanjut ada dalam NEw England Journal of Medecine.

jadi apa tunggu lagi...kos senaman termurah.
tapi jangan tenung orang lain punya maaaa....

barangkali betul juga kata cikgu jang ..... kalau nak hidup lebih lama maka lebihkan lagi masa renungan tu...

untuk makluman jua kajian ini telah dilakukan ke atas 200 orang lelaki tulen!!!!!!

Isnin, 20 September 2010

doa juga adalah senjata.

Pagi tadi membaca satu hadis nabi s.a.w mengenai persaudaraan Islam.

Sabda baginda yang bermaksud:

" Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri".

Oleh itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam diserata dunia, samada mereka ditimpa gempa bumi,dilanda peperangan, banjir besar ,kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika dan umat Islam yang dijajah,dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di palestin, Iraq, selatan Thai dan dimana saja dimuka bumi ini.

Jika tiada upaya untuk membantu dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya doa dan munajat kepada Allah untuk memberi pertolongan, membebaskan mereka dari penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.


Ahad, 19 September 2010

kenapa kita dihina?

Kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini ialah kerana meninggalkan banyak hukum syariat Allah dan beramal dengan undang-undang ciptaan manusia dalam perkara yang ada nas-nas yang nyata dalam quran dan hadis-hadis yang soheh.

Umat Islam sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada umat yang bukan Islam . Menunjukkan akhlak yang baik serta beramal dengan hukum Islam yang adil kepada seluruh manusia tetapi ia sendiri menjadi manusia yang rosak akhlak disemua peringkat pimpinan dan rakyat.

Jadikanlah Ramadhan yang ditinggalkan itu memberi pengajaran dan mendidik sehingga mengubah sikap dan akhlak kita dengan lahirnya sifat taqwa.

Jadikanlah hari raya sebagai masa untuk bersyukur dengan ni'mat islam , memuji dan memuja Allah swt.

Khamis, 16 September 2010

pertemuan dan perpisahan


gambar ini dirakam ketika kami semua belajar dalam darjah lima tahun 1973




selamat bertemu kembali
bertemu selepas tiga puluh tujuh tahun .......



Semua benda di dunia ini saling berpasangan. Gelap adanya terang,air kerana adanya api, keras lawannya lembut.

Begitulah dengan kehidupan kita berlaku pertemuan dan perpisahan. Perpisahan suatu yang memeritkan tetapi semua itu pasti terjadi, lambat atau cepat.

Suatu yang sungguh menyeronokkan bila usia kita semakin meningkat dapat bertemu semula dengan teman-teman lama waktu persekolahan dulu.

Setelah terpisah hampir 37 tahun akhirnya kami semua bertemu dalam satu majlis reunion pada 3 syawal yang lalu. Masa empat jam itu berlalu begitu cepat. Banyak kisah silam yang hendak dikongsi bersama.

Seronoknya sampai makanan yang terhidang itu banyak yang tak habis.... bukan makanan tak sedap tetapi masing-masing kenyang dalam keseronokan.

Petemuan dan perpisahan itu mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan kita juga jangan lupa akan berlaku sebuah perpisahan yang kekal abadi suatu hari nanti.

Rabu, 8 September 2010

Salam Syawal

Selamat tinggal Ramadhan.
Selamat datang Syawal.

Bergembiralah orang-orang yang berjaya membebaskan dirinya dari bahang api neraka Allah.

Semua anak-anak kecuali seorang telah selamat t
iba di kampung halaman. Malam ini sibuk mengemas dan menghias rumah seala kadarnya. Ibunya sudah tidak larat untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Kita biarkan saja kepada orang-orang muda melakukannya.

Kepada anakanda yang tidak dapat berhari raya bersama kerana bertugas mengawal perairan negara kami semua mendoakan semoga
anakanda tabah menghadapinya.

Selamat hari raya dari ayahanda,bonda dan semua adik -beradik buat anakanda tersayang Ahmad Muslihin .

Selasa, 7 September 2010

Selamat tinggal Ramadhan.....

Allah s.w.t tidak menjadikan manusia dengan membiarkan mereka begitu sahaja tetapi mengutus para Nabi dan Rasul dengan membawa ajaran Islam supaya manusia hidup dengan betul, melakukan perkara yang memberi menafaat kepada mereka di dunia dan akhirat.

Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh bencana?

Kita melihat kemusnahan alam dan keruntuhan akhlak telah melanda kehidupan manusia sedangkan manusia berada pada tahap paling mewah dan kaya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud:
"manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi dengan menamakannya sebagai bangunan pencakar langit".

Begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana-sini masih ada mereka yang miskin,kebuluran,terbiar sakit,tiada wang untuk membiayai kos perubatan,tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak. Dan dalam masa yang sama maksiat dan kemungkaran berleluasa.

Jenayah yang membahayakan masyarakat berlaku. Keganasan menjadikan manusia lebih jahat dari binatang buas.

Marilah kita memuhasabah diri sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Semua yang berlaku ini adalah kerana manusia telah meninggalkan ajaran Allah s.w.t.

Manusia telah merosakkan Iman, Islam dan Ihsan. Meninggalkan syariat Allah dengan membuat peraturan hidup sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah s.w.t dan berlagak seolah-olah lebih pandai dari Allah s.w.t

Isnin, 6 September 2010

fikirkan.....

Hari ini dunia dilanda krisis ekonomi yang parah. Berlaku kemelesetan ekonomi yang menjadi beban kepada manusia.

Sedangkan kita melihat bumi yang dicipta Allah ini kaya dengan pelbagai hasil yang banyak serta ditambah dengan kecanggihan teknologi terkini.

Namun negara yang kaya raya ini bakhil untuk mengerjakan kebajikan sebaliknya berlumba-lumba mengerjakan maksiat dan menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing.

Maka berlakulah tanda-tanda akhir zaman yang disebut Nabi s.a.w bermaksud:

"engkau akan menyaksikan orang-orang yang hina , berkaki ayam, memakai pakaian yang carik (koyak) laksana telanjang, gembala-gembala kambing di padang pasir menjadi kaya raya, berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi dan mencakar langit"

Itulah hakikat yang berlaku.....
walaupun kekayaan melimpah ruah tetapi masih ramai lagi yang miskin,fakir. Bantuan yang sepatutnya tiba tidak kunjung tiba.

Kita dilanda bencana dunia sebelum datangnya bencana akhirat.

Allah telah menunjukkan kepada kita betapa benarnya janjinya supaya mereka yang beriman sedar dan insaf bahawa kita semua ini adalah pemegang amanah, menjadi hamba dan bukannya tuan yang boleh melakukan apa saja tanpa mengira halal dan haram , mengikut hawa nafsu, tindas menindas diantara satu sama lain.

Janganlah kerana kepentingan ekonomi yang sempit kita termasuk dikalangan manusia yang rakus dan buas.

TV 3 juga tidak terlepas dengan batasan hukum yang ada.....