Pengikut

Rabu, 30 Mac 2011

hujan melanda ... bagai musim tengkujuh.

Kuala Terengganu bagai musim tengkujuh kini...

hujan yang luarbiasa....
semalam hampir seribu dipindahkan...
kelam kabut pagi semlam bila air naik ...

pembangunan pesat...


itu bukan kebocoran raidoaktif lagi..
banjir kilat sudah membotakkan kepala.

Rabu, 23 Mac 2011

SPM... antara gembira dan bermuram durja.

Dua jam lagi semua calon SPM tahun lalu akan memperolehi keputusan masing-masing. Sudah tentu ada yang bersorak riang dan ada yang bermuram durja.

Seperti coretan http://klcitizen.blogspot.com/ guru juga turut resah. Tapi jasa dan susah payah para guru kita dahului dengan seribu ucapan terima kasih.

Sebagai bapa yang pernah turut sama merasai pengalaman ini sudah tentu turut resah cikgu... tapi resah bapa tak sama dengan gelisah ibu.

Yang berjaya sudah tentu bersorak dan bertempik riuh . Jurugambar TV3, NTV9, RTM kini sudah berlegar di kawasan sekolah sasaran.

Yang nak difokus ialah mereka yang bermuram durja. Ingat gagal bukan bermakna anda gagal segala-galanya.

Tahun ini semua permohonan ke IPTA dan pusat-pusat kemahiran kerajaan telah diselaraskan.

Kepada yang gagal dan memperolehi keputusan kurang baik selepas anda memperolehi keputusan bersegeralah ke Bank Simpanan Nasional. Belilah no ID berharga rm10.60... untuk kemasukan online ke Jabatan Latihan Kemahiran.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 April 2011.

Berlambak- lambak kursus kemahiran menanti anda. Pilih saja apa yang anda minat.

Berhenti menangis sekarang dan mulakan langkah baru. Ingat kejayaan mesti bermula dengan satu langkah pertama.

Kepada para ibubapa yang anak mereka kurang berjaya atau gagal usahlah membebel lagi.
Leteran anda akan merumitkan lagi keadaan.

Bangkit bersama anak - anak itu.

Isnin, 21 Mac 2011

bom. bom, .... hati-hati, lariiiiiiiiiii......

Pilihanraya Sarawak sudah hampir.....

Libya di bom hebat....
Sarawak sudah mula digugurkan bom juga...

Petang tadi sudah ada kedengaran bom diletupkan...
sama-sama kita nantikan.....

semboyan telah berbunyi....
menuju meja undi....

Libya...... bumi Umar Mukhtar

Sudah ratusan peluru berpandu dilepaskan ke bumi Libya. Sudah pelbagai alasan diberikan oleh pasukan dajjal yang diketuai Amerika.

Keghairahan untuk menyerang negara orang adalah penyakit kronik yang dimiliki oleh para pemimpin Amerika. Tak kiralah apa nama mereka , mereka tetap sama.

Apa yang Oh Ba Ma kata, ialah Amerika tidak berminat untuk memasuki Libya.... kita akan meminta tentera negara Islam lain memasukinya.,

Ini satu lagi tipu jahat mereka. Menyerang dan membunuh orang awam yang tidak berdosa. Kemudian menggunakan kuasanya memerintah PBB mengarahkan negara-negara umat Islam mengirim bala tentera .

Touch and Go ... memangsakan umat Islam sesama sendiri.
Malang kerana pertubuhan negara Islam hanya sekadar Oh I See....

Walaupun Gaddafi itu jahat tetapi Amerika dan sekutunya lebih jahat lagi.
Dan kalau tak salah pembacaan aku Libya adalah negara pengeluar minyak utama dan pengeluar gas ketiga di bumi Afrika itu.

Sabtu, 19 Mac 2011

Chernobyl......

Minggu ini aku asyik melihat pelbagai rakaman video tsunami yang melanda Jepun. Rasa betapa kerdilnya kita sebagai makhluk illahi ini.

Waktu tsunami melanda Aceh kita kekurangan gambar dan rakaman peristiwa tersebut. Oleh kerana Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi sudah tentulah banyak rakaman yang dapat mereka lakukan.

Ketabahan dan disiplin rakyatnya sangat tinggi. Ada rakaman gambar yang menunjukkan mereka bertafakur di pusat-pusat pemindahan . Rakyat kita di pusat pemindahan banjir ada yang tak peduli pun bila laungan azan berkumandang.

Beratur menunggu ketika makanan dibahagi-bahagikan adalah sesuatu yang menyayat hati. Sangat sabar berbanding rakyat kita berebut-rebut beras dari lori yang berlanggar dan membiarkan pemandu dan kelindannya cedera dan mati.

Disebalik itu semua ialah kebimbangan pencemaran radioaktif. Aku membaca, melihat pelbagai gambar peristiwa Chernobyl yang berlaku 20 tahun yang lalu.

Kesannya masih dirasai hingga kini . Bandar yang gah itu ditinggalkan bagai bandar berhantu.
Idea untuk membina loji nuklear di negara kita sangat merbahaya. Bukan saja nuklear itu bahaya bahkan idea itu juga cukup merbahaya.

Janganlah kerana pulus kita sanggup untuk mengorbankan kebahgiaan anak cucu kita akan datang.

Kalau tidak kerana tsunami melanda Jepun aku sendiri pun tidak tahu peristiwa Chernobyl yang sangat menyayat hati itu.

Sabtu, 12 Mac 2011

selamat pengantin baru.

Musim cuti sekolah tiba lagi. Sudah tentulah rakan-rakan maya menerima banyak undangan perkahwinan.

Aku ingin coretkan beberapa pesanan buat semua pengantin baru.

Ini adalah pesanan dari seorang ibu pada hari perkahwinan anak perempuannya... antaranya:

1.Bersiap sedia untuk waktu makannya dan memberi ketenangan kepada waktu tidurnya, kerana kepanasan lapar akan menyala dan gangguan tidur akan menimbulkan kemarahan.

2.Hendaklah engkau bersungguh sungguh di dalam menyuburkan tabiat-tabiat yang disenangi oleh suamimu untuk menjadikan dirimu mulia di mata suamimu seperti mana ketika engkau masih dara. Janganlah engkau menyangka .... bila engkau telah menjadi isterinya ia akan tertawan dengan sifat lahirmu yang lalu. Ingatlah tugas seorang isteri tidak akan bermula dan berakhir dengan penipuan.


Banyak lagi pesanan-pesanan yang berupa mutiara yang menyuburkan kehidupan berumahtangga tapi cukuplah satu dua coretan buat permulaan.

Selamat Pengantin Baru pada semua yang menjadi raja sehari pada hari ini.

Jumaat, 11 Mac 2011

ancaman tsunami pantai timur...

menerima panggilan telepon dari seorang kawan yang berniaga di tepi pantai batu burok...

katanya:
polis telah membuat pengumuman melalui kereta peronda meminta semua pengunjung beredar segera kerana bimbang ancaman tsunami... bagai tak percaya aku menunggang motor kapcaiku terus ke pantai Batu Burok.


memang alunan ombak tidak seperti biasa....
angin pun bukan sepoi-sepoi lagi...
tentera Allah kalau bangkit sangat sukar untuk diramal...

mohon darimu Ya Allah agar tidak berlaku bala di bumi kelahiranku ini.

Ya Allah.....

Ya Allah sayangilah kami pada hari di mana wajah-wajah menjadi putih dan yang lain menjadi hitam.

Ya Allah sayangilah kami pada hari di mana harta dan anak pinak tidak dapat menolong kecuali sesiapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang tenang.

Ya Allah sayangilah kami pada hari rakan-rakan sejawat tidak dapat menolong.

Ya Allah sayangilah kami pada hari langit dan bumi hancur binasa.

Ya Allah sayangilah kami pada masa langit bergerak dengan cepat.

Khamis, 10 Mac 2011

makhluk lain sangat taat, manusia ?????

Telah ditentukan bahawa matahari tidak mampu mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung ditempat edarannya masing-masing.

Bulan, Matahari, Siang dan Malam sangat taat mematuhi peraturan ini.

Hanya kita manusia yang suka menyanggah,menentang, melawan segala peraturan illahi sebab itulah hidup kita penuh kekacauan.

Ahad, 6 Mac 2011

akan ku pancung sesiapa yang berkata........

Cinta dan patuhnya para sahabat kepada baginda Rasulullah s.a.w tergambar apabila berita kewafatan baginda tidak dapat diterima mereka. Ini terbukti apabila Saidina Umar AlKhattab bangun menghunus pedang sambil berkata:

"Sesiapa yang berkata Rasulullah telah wafat aku akan pancung kepalanya. Rasul Allah itu tidak wafat tetapi diangkat Allah Taala sebagaimana diangkat nabi Isa ke langit.

Dalam suasana yang kelam kabut itu Abu Bakar bangun mententeramkan keadaan dengan katanya:

"Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati. Dan sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah itu Maha hidup, tidak akan mati"

lalu Saidina Abu Bakar membaca firman Allah dalam surah Al Imran 144 yang antaranya bermaksud:

"Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, Adakah apabila dia mati atau dibunuh maka kamu akan berpaling murtad? Sesiapa yang berpaling murtad maka dia tidaklah memberi apa-apa mudharat kepada Allah. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

Bulan kelahiran Nabi Agung telah berlalu.
Marilah kita mengingati pula kewafatannya dan betapa pentingnya kita semua beramal dengan ajarannya walaupun baginda telah tiada.


Sabtu, 5 Mac 2011

15 hari menghilang.....

alhamdulillah ......
akhirnya aku dapat bertemu semula dengan blog aku ni...
tarikh terakhir aku mencoret coretan 20 Februari yang lalu,


aku tak tahu di mana salahnya,
apa yang aku tekan pun tak tahu,

bila anak-anak tanya ....
aku hanya mampu jawab tak tahu...

blog aku tak hilang,
tapi nak hantar coretan tak dapat,

hari ni... tiba-tiba ia muncul,
aku tak tahu tertekan apa?

apapun aku dapat bertemu semula rakan-rakan maya ku.
alhamdulillah....