Pengikut

Sabtu, 30 Oktober 2010

kawe nok kelate malam ni......

"Dua perkara yang kita mahukan, pertama kita mahu menang
dan kedua, jangan ada keganasan"
“Cuti tak boleh beri sebab dah cuti untuk pilihan raya (Galas) pada 4 November.
Kerajaan negeri dah beri cuti peristiwa untuk pilihan raya, jadi kita tak boleh beri cuti untuk bola kali ini.”




yang pastinya sudah ribuan peminat bolasepak kini berada di Stadium Bukit Jalil. perjalanan yang jauh tak terasa apa pun .

yang penting bola, bola,bola akhir Piala Malaysia malam ini.

aku pernah merasai pengalaman ini, berkonvoi sewaktu perlawanan akhir antara Terengganu dan Perak pada 2001 .

tahniah untuk Negeri Sembilan dan Kelantan....
main elok-elok ....
untuk penonton .... berdisiplinlah.... adat berlawan sudah tentu ada kalah dan menang.
tapi buat pengadil malam ini .... jangan jadikan diri anda dikutuk.. pastikan anda mengadili perlawanan dengan baik.

buat PDRM pastikan tiada mercun !!!! kalau sukar nak bendung minta kerajaan beli alat kesan mercun dalam bajet 2012 nanti.
buat FAM kalau dikritik terimalah ia untuk kebaikan.

buat rakanku sekamar rindu,pok man laksam dan semua rakan blogger dari Kelantan yang kini mungkin sudah berada di Stadium Bukit Jalil hati-hati memandu ketika pulang nanti.

apa pun oleh kerana aku ni dari Pantai Timur sudah pastilah Kelantan menjadi pilihan hati ku.
satu kosong sudah berbaloi.


Jumaat, 29 Oktober 2010

kita semua adalah sama....

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّأَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِ





O mankind! We created you from a single pair of a male and a female, and made you into nations and tribes that you might get to know one another. Surely the noblest of you in the sight of Allah is he who is the most righteous. Allah is All-Knowledgeable, All-Aware.... alhujurat 13


Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhny Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)... hujurat 13.


indahnya penciptaan kita manusia.
hebatnya Allah jadikan kita.
melayu, cina, negro,india, bangla,red indian, jakun ,iban,japang, kadazan... dan lagi, dan lagi.....
untuk kenal mengenal, berkawan, bermasyarakat, membina dunia ini bersama-sama.

dijadikan lelaki dan perempuan untuk kenal-mengenal, beramah mesra,
hormat antara satu sama lain,
lelaki sebagai ketua,
mengawal dan mempertahankan mertabat wanita.

orang kaya, jutawan, dermawan,miskin,keturunan raja atau bangsawan, bangsat papa kedana yang dinilai ialah taqwa insan itu.

taqwa itu bagaimana sebenarnya?

Khamis, 28 Oktober 2010

say no to mega tower !


apakah tanda-tanda qiamat?

hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya,
orang-orang yang bangsat,papa, bertelanjang kerana tiada pakaian, yang berkaki ayam dan gembala-gembala kambing.....
tiba-tiba mereka berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi,
ini hamba petik dari sebahagian hadis nabi s.a.w.


manusia begitu sombong dan angkuh... sedangkan di sana masih ramai yang miskin, kebuluran, terbiar sakit, tiada wang untuk membiayai kos perubatan,tiada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

untuk siapa, untuk apa... MEGA TOWER ini?

Rabu, 27 Oktober 2010

galas batu sapi....



Semalam berada di Gua Musang, Kelantan.
Kali pertama sebenarnya aku ke Gua Musang, biasa mendengar namanya kerana ada pemimpin besar di situ. Bandarnya cantik dan tersusun ....







masjid utamanya tersergam indah...Masjid Tengku Mohd Faiz Petra.
waktu aku tiba di sana azan subuh baru saja berkumandang .... penuh sesak manusia ... kalau beginilah tiap hari waktu subuh sudah lama Israel dan Amerika boleh tumbang.

selesai solat orang semakin ramai.... tak tahu dari mana dengan pelbagai loghat..
ada kata aku nak ambik ayak sembahyang ,
ada yang kata aku nak ambil air sembahyang,
ada kata ambo nok ambik air semaye... !!!!! indahnya bahasa.



Apalagi kalau bukan untuk menyertai perarakan menghantar calon .



ketibaan YAB Tuan Guru MB Kelantan... di masjid Tg Mohd faiz Petra..... untuk solat hajat sebelum perarakan calon.



Ketua Polis Kelantan boleh tersenyum kerana tiada apa yang buruk berlaku.....

pertandingan satu lawan satu di Galas manakala tiga penjuru di Batu sapi.
selamat bertempur secara demokratik.....

4 November nanti kita tengoklah Batu Sapi mana yang akan di Galas????




waktu pulang singgah di sini untuk berehat
seketika.....
Tasik kenyir.

Isnin, 25 Oktober 2010

ayah boleh cium mak.....

Petang tadi aku mengambil anak kelapan ku dari pusat bimbingannya. Umurnya enam tahun.
Aku ambil kesempatan bermain dan bergurau dengan anak-anak kecil ku di depan tv.

keluar satu iklan aiskerim.... tak ingat pula jenamanya... wall rasanya.
ada adegan si lelaki menyuap aiskerim ke mulut si perempuan....

eeehhhhhh bestnya aiskerim .... saja aku memancing anak-anak .

kakak nak satulah ayah.... jom kita pergi beli , kata si kakak yang usianya tujuh tahun.

si adik yang berusia enam tahun lain pula ceritanya.

ayah...... ayah boleh cium mak kan? tanyanya.

boleh jawabku .....
tapi aku tidak meneruskan pertanyaan padanya....

cuma aku berfikir apa yang anak kecilku yang berusia enam tahun itu ingin tahu sebenarnya?

Sabtu, 23 Oktober 2010

bangsa laknat.....

Sejak semalam aku melayari alam siber ini membaca dan melihat mengenai bangsa yang laknat ini ..... Yahudi.
Bangsa yang sanggup membohongi dan membunuh sebahagian nabi dan rasul serta ulama' yang menjadi pewaris para nabi.

Allah swt telah menugaskan umat Islam supaya menghadapi kaum yang paling zalim dalam sejarah manusia ini.

Allah telah merakamkan di dalam alquran bahawa mereka adalah musuh Allah yang paling nyata.


firman Allah bermaksud:

" Demi sesungguhnya kamu akan dapati golongan manusia yang paling bermusuh dengan orang-orang beriman mereka itu ialah orang-orang Yahudi dan golongan musyrikin" almaidah

Yahudi adalah bangsa yang sangat fanatik terhadap kaumnya menganggap bangsa mereka sahaja yang mulia manakala bangsa lain daripada mereka lebih hina seperti binatang.

Allah telah menugaskan umat islam untuk melawan mereka dan Allah tidak akan mengurniakan kemenangan itu dengan percuma. Allah menguji umat islam supaya menunaikan kewajipan jihad menentang musuh-musuh Allah dengan jiwa raga, harta benda dan semangat mereka.

Setiap orang Islam yang ada roh Islam dalam jiwa mereka hendaklah memberi memberi perhatian kepada perkara ini sekiranya mereka benar-benar orang Islam kerana Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang tidak mengambil peduli urusan kepentingan umat islam maka dia bukan dari golongan ku".

Jumaat, 22 Oktober 2010

Israel .... bukan bangsa berunding! Mesir pula???


kekejaman,
penindasan,
pembunuhan,
perampasan,

mahmud abbas saja yang terhegeh-hegeh nak berunding.
siapa si mahmud ni?



ini pula kerja gila Mesir.
menanam plat besi jauh ke dalam tanah,
untuk menghalang rakyat palestin menyeberang,
siang malam Mesir bekerja untuk memuaskan nafsu buas Israel,
tunggulah kematian rakyat palestin yang kebuluran nanti.

Khamis, 21 Oktober 2010

Mekah.... bumi yang kering kontang.

Mekah,
semakin ramai orang mula mengunjungi mu,
berbondong-bondong dari setiap pelusuk dunia,
yang miskin, kaya, hitam, putih, pemimpin, rakyat, semua berkumpul menyahut seruan mu,

Allah perintahkan bumi Mekah yang kering kontang itu dibuka oleh Nabi Ibrahim a.s
Allah perintahkan kaabah dibina disitu,
dan di bumi itulah nabi akhir zaman dilahirkan.

Allah berfirman:
"dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan rahmat untuk sekelian alam"
(suratul Anbiyaa)




dimanakah rahmat itu?
dibumi yang kering kontang?
tiada air?
tiada buah-buahan?
tiada makanan?
tetapi diutus nabi di situ sebagai pembawa rahmat.

Ahad, 17 Oktober 2010

sahabatku Tuan KomenSen.....

Salam.
tak adil ni.... Tuan KomenSen menyerang hendap kita hari-hari.

gambar terbaru mengenai keindahan Iran .... sangat unik dan banyak tempat sejarah... sini .http://al-lavendari.blogspot.com/

negara orang lain semua tempat bersejarah disimpan untuk anak cucu akan datang.... negara aku penjara pudu yang ratusan tahun itu diroboh atas nama pembangunan.

kemudian diperuntukkan ratusan billion untuk membina projek "Menara Warisan", ... warisan apa kalau bangunan itu bangunan moden !!!!!

kata sahabatku komenSen , selama ini aku fikir hanya negara Barat sahaja yang cantik-cantik.
Amerikalah negara barat itu barangkali!!!

Jumaat, 15 Oktober 2010

terima kasih PM....dapat pakai seluar dalam branded






seronok dengar pembentangan bajet 2011 tadi. berbillion peruntukan untuk pelbagai projek. berbelit lidah orang kampung menyebut billion ringgit ini.
aku tak tahu banyak mana billion ni.... tinggi Cameron Highlandke, setinggi Gunung Everest... tak tau aku.

yang confirm tersenggih tok batin , pak imam, pengerusi jkkk ....

satu projek mega akan dibina aku dengar tadi.... "Projek Menara Warisan". tingginya satu ratus tingkat.... tinggi gillerrr.... kalau berlaku gempa atau tsunami macam mana nak lari ? kita tunggulah para kontraktor mengerumuninya nanti. ... doa aku janganlah siap nanti lantainya runtuh pula .


dan satu lagi yang PM umum tadi ialah pemansuhan duti impot ke atas barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan.
300 barangan yang PM sebut antaranya beg tangan,sut,baju, dompet, pakaian malam, seluar, seluar dalam, baju dalam, wangi-wangian, kelambu..... entah apa-apa lagilah.

akhirnya dapatlah mek nab, kak piah, yati memakai pakaian dalam yang berjenama dari luar negara.... terima kasih PM.

Khamis, 14 Oktober 2010

musim haji tiba lagi,

Sudah ramai jemaah haji Malaysia kini berada di tanah suci ,
Ibadat haji adalah ibadat yang telah ditunaikan sejak zaman jahiliyyah hinggalah ke zaman kedatangan Islam.

Bayangkan bagaimana kuatnya semangat baginda Rasulullah s.a.w menemui qobilah-qobilah Arab waktu itu mengajak untuk mengabdi diri kepada Allah dan memeluk ajaran Islam .

Pimpinan qabilah Arab jahiliyyah waktu itu memberi pelbagai alasan bila ditemui oleh junjungan besar nabi kita. Pimpinan Qabilah Bani Ammar menolak dengan keras kerana mahukan habuan dunia manakala Qabilah Bani Shaiban menyatakan Islam memang agama yang baik tetapi mereka tidak bersedia untuk berjihad kerana takutkan kuasa besar dunia ketika itu.

Akhirnya yang sanggup menerima ajakan Rasulullah s.a.w ialah dari dua qabilah yang hebat Aus dan Khazraj.

Merekalah puak yang berjanji untuk taat setia dikala senang dan susah bersama baginda Nabi s.a.w.

Inilah antara janji yang mereka meterai sewaktu menandatangani Perjanjian Aqobah.... antara ucapan Rasulullah s.a.w

"aku mahu kamu berjanji setia kepadaku dengan mendengar dan taat perintahku dimasa rajin dan dimasa malas,

berjanji untuk menyumbang hartabenda dan membelanjakannya dimasa senang dan susah,

berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,

berjanji untuk bersama denganku menegakkan yang benar dari Allah,

tidak peduli pada celaan orang yang mencela,

berjanji untuk menolong dan mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan keluarga kamu dan harta benda kamu dan Allah menjanjikan balasan syurga kepada kamu".


Bila dua kumpulan ini berbaiah taat setia maka mereka pun digabungkan dengan golongan muhajirin yang telah tertindas selama 13 tahun di Mekah.

Maka berlakulah satu noktah yang sangat penting dalam sejarah peradaban manusia bila sebuah negara Islam terbentuk.

Sebuah kerajaan dan pemerintah yang mendaulatkan syariat Allah swt. Daripada golongan Muhajirin yang ditekan dan golongan Ansor yang melakukan baiah dimusim haji yang mulia maka terbentuklah sebuah negara yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Negara yang dijanjikan dalam alquran.


Moga kalian semua memperolehi haji yang mabrur.

Rabu, 13 Oktober 2010

runtuh lagi niii...

Jam 11 pagi tadi lantai sebuah sekolah rendah di Alor Star,Kedah runtuh.
Nama sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Gunung.

dilapurkan seramai 10 pelajar cedera.....
tapi tiada yang mati.

dilapurkan juga lantai semen tu tidak guna besi...
hanya beralaskan kayu bakau...

teknologi yang diguna aku pun tak tahu dari mana.

aku menunggu-nunggu kenyataan rasmi ....

(mungkin tapak sekolah tuuu... keras juga!!!!)

Isnin, 11 Oktober 2010

bakpe' jadi gini????



Membaca akhbar ruangan sukan bukanlah rutin harian aku tetapi pagi tadi terbaca keputusan perlawanan hoki di Delhi antara Malaysia lawan Australia semalam.


Kejjjuutt sakang aku tengok keputusang perlawanan tu. Dok caya aku dengan kemajuan sukang negara aku. Kemudahang sukang yang banyok, stadium besor-besor, peralatang dan teknologi sukang yang canggih manggih.

Waktu aku sekoloh rendoh dalang tahung tujuh puloh pat kalu dok silap aku. Masa tu malaysia jadi tuan rumoh hoki piala dunia.

Ape lagi petang-petang kita maing hoki jugok la. Bangga gillerr masa tu. Keeper Malaysia kalu dok silap namanya Khairudin. Hebat dia ni.

Korea waktu tu.... dok panda lagi maing hoki. Australia pun takut dengang Malaysia. Pakistan dengan India kalu lawang malaysia belum tentu lagi bulih katok barranggg.

Tapi lening ... orang bahang kite senang-senang je tujuh kosong.

maaf tulisan aku kali ini dalam dialek Terengganu... kalau tak faham sila hubungi cik blue

http://bluevirgolady.blogspot.com/



ini adalah batang pokok nibong.


waktu aku kecil dahulu pelepah nibong ini kami jadikan kayu hoki.... durinya dikikis buang, jadilah alat permainan bagi anak-anak desa...
tapi malaysia negaraku GAH terbilang ketika itu.


sepatutnya pasukan malaysia diberikan pelepah ini untuk buat latihan.

Ahad, 10 Oktober 2010

cubaan, cubaan,,

cubaan satu, dua, tiga.....
cubaan, cubaan ....

terjumpa gambar-gambar permandangan ,
dari atas kapal anak bujang aku,
banyak yang menarik,
gambar matahari terbenam,
bukit,gunung,.....
ombak dan .....

baik aku kongsi bersama keindahan alam ini,

cantik ke tidak wajah baru aku ?


Sabtu, 9 Oktober 2010

baby ....... kera ......


datok bayi yang dicekik kera

selepas bayi mati tercekik susu maka mengempurlah JKM keseluruh negara mencari TASKA yang dibisnes cara haram.

menteri bising ... maka berterbanganlah para petugasnya ..... bagai jet pejuang mengempur musuh.
ada ribuan taska haram dijumpai....
negara aku ni macam-macam tempat haram ada ....

kemudian bayi mati dicekik kera jantan...
PERHILITAN pula bagai cowboy pun menembaklah kera tersebut.

tapi menariknya di rumah bayi tersebut ada dipelihara kera betina.
maka sang kera yang jantan ini rupanya terpikat dengan sang kera betina.
berduyun-duyunlah kera-kera yang jantan ini cuba memikat kera betina itu.
selain ada makanan yang dibuang ditepi rumah dapatlah pula peluang menekel sikera betina.

mungkin sikera betina ni seksi sangat ....
mungkin baju yang sikera betina pakai pun sendat dan ketat... terjelir pusat.
terjelir juga sikera jantan melihatnya.
khabarnya kera betina tu dikurung dalam sangkar..... kalaulah ia bebas lepas sudah tentu!!!!

tapi si kera betina janganlah bimbang kalau tersalah diterkam ...... sekolah harapan sedia menanti.

Rabu, 6 Oktober 2010

musykil aku....

Pagi tadi aku hadir mengikuti satu perbicaraan di mahkamah. Pelbagai kes ada.....
ada tak bayar hutang pinjaman belajar la, hutang bank la, mencuri , edar dadah, hisap dadah, edar vcd lucah, curi motor....macam - macam kesalahan .

pening juga jadi hakim.... semua orang tengok glemerlah.... hakim katakan.

hakim pula garang juga rupanya... senang-senang je dihambur pegawai polis yang tak sempurna tugasan pendakwaan. eeehhhh malu juga bila semua orang dengar leteran hakim tu.

biru jugalah muka polis tu... sudahlah bilik mahkamah sejuk...

dan kesalahan yang disabitkan ada yang kena denda dengan wang ringgit, ada kena jel, ada kena kedua-duanya sekali.

musykilnya aku bila pesalah bayar denda .... ada empat ribu bagi kesalahan dadah, ada dua ribu , ada yang kena ribu-ribu dan jel pula tiga bulan...nasibla.

duit tu sudah tentulah datangnya dari hasil dadah kalau pesalah tu edar dadah.
duit tu juga sudah tentu dari hasil jual vcd lucah...
duit tu juga ada dari hasil jual tubuh....
duit tu juga ada dari hasil judi...sabung ayam, judi online...

jadi macam mana ya? semua duit tu dibayar dibahagian kewangan mahkamah... kerajaan pun ambil semua duit tu... dan sudah tentu diagih-agihkan untuk pelbagai pembangunan negara.

boleh ambil ke kita duit tu? kalau anak kita dapat e-book kena pulangkan balik tak?

musykil aku, musykil sungguh.

Selasa, 5 Oktober 2010

sports toto tu menatang apa?

Friday September 3, 2010

Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes


In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.

An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.


http://thestar.com.my/

bacalah sendiri


sports toto tu menatang apa? aku pun tak tahu? syarikat bekal apa ? mungkin pembekal alat sukan ,kot????


Isnin, 4 Oktober 2010

buka akaun facebook satuuuu...mamattttt!!!!

semalam aku duk bersembang dengan kawan lama.
rakan sekolah terpisah 30 tahun lalu.

terkejut aku bila menerima panggilannya.
sempat berjumpa .... makan tengahari tapi masa sangat mencemburui,
dia bergegas hendak pulang ke Kuala Lumpur.

katanya... aku ni tak ada facebook, nak buka pun tak tahu.
aku dengar juga cerita kawan-kawan yang duk cari aku ni.... call suruh aku buka akaun FB ,
macam-macam gambar nostalgia lama ada dalam tuu..

aku dah suruh anak aku bukakan satu untuk aku, katanya.

tapi anak aku kata tak payahlah abah, susah nanti dan macam alasan diberikannya.

sebelum pulang sempat aku beritaunya .... kamu tu kena hati-hati dengan anak-anak sekarang,
bukan apa tuu...anak kamu tu takut rahsianya bocor nanti bila kamu pula tahu berfacebook.

Sabtu, 2 Oktober 2010

siapa kata gadis melayu tak menawan

Gadis Melayu hari ini.......

tidur lewat malam, suka tidur siang hari.

bercakap dengan suara yang sudah kurang berlembut.
perkataan bila bercakap.... bosannya aku, sakit hati aku,menyampah, benci aku (semua itu menyebabkan muka jadi berkerut dan masam)

tidak makan lagi ulam-ulaman, sayuran dan buah-buahan segar.
tidak lagi menggunakan bedak-bedak sejuk...semuanya pakai jenis glamer-glamer seperti iklan dimedia.

sudah kurang memiliki rambut panjang, rambut tu mahkota kejelitaan.

cara berjalan gadis kini...menakutkan pandangan. latihlah berjalan . Jangan berjalan mengengkang. jangan terlalu menghayun tangan. janganlah terlalu laju. janganlah terlalu tegak atau membongkok.

ketawa gadis melayu hari ini... mengejutkan semua orang sekeliling. Mulut tak ditutup langsung.

duduklah elok-elok jangan mengangkang.

mata pula liar memandang keliling. tundukkan mata . janganlah terlalu mengerdip. usah kerap menjeling walaupun kepada buah hati.

jagalah kehormatan....


aku bimbang semua yang terpapar dalam rancangan gadis Melayu hanyalah lakunan semata... tak berpijak di bumi nyata.

Jumaat, 1 Oktober 2010

alangkah seronok........

kalau ibu dan bapa aku........

a)tidak mengetuk pintu bilik aku di waktu pagi yang dingin.
b)tidak bertanya jam berapa balik rumah semalam?
c)tidak bertanya aku surah apa yang dibaca hari ini?
d)tidak bertanya dah solatke belum?
e)tidak bertanya dengan siapa aku keluar semalam?
f)tidak bertanya gadis mana yang datang ke rumah semalam?
g)tidak bertanya sudah habis seluar panjang dialmari tu...kenapa dipakainya seluar pendek
h)tidak bertanya kenapa memakai baju yang menampakkan pusat dan lurah buah dada
i)tidak bertanya engkau ke sekolah ke hari ni?

j)tidak bertanya..... itu

k)tidak bertanya .... ini

z)tidak bertanya apa lagi ya... engkau orang boleh tambahkan sendiri la........