Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

merdeka ......

Salam.
Sudah sampai kesepuluh akhir Ramadhan kini.

Sepuluh yang akhir ini dijanjikan kemerdekaan dari api neraka.
Kemerdekaan hakiki.... bukan kemerdekaan yang dilaung dan dinyanyikan .
Janji dari Allah... bukan janji manusia... wajib percaya.

Mari kita merebut peluang terakhir ini.
Ramadhan belum tentu akan kita temui lagi pada tahun hadapan.

Merdeka, merdeka, merdeka!!!


Khamis, 26 Ogos 2010

500 lawan 400 rial

inilah untungnya kalau ada dua kerajaan...
masing-masing berlumba-lumba membuat kebajikan..

nasib baik p.pinang bagi 400 rial terlebih dulu ....

maka dapatlah kita merasa 500 rial pula....


dapatlah beli kacang, maruku,dodol......
dan menampung harga minyak yang naik untuk balik kampung...


Rabu, 25 Ogos 2010

memang malang nasib mu....

kejadian letupan stor mercun di kuala terengganu mengorbankan satu nyawa kank-kanak yang tidak berdosa.

anak kecil itu menjadi mangsa kerakusan.
malang bagi anak kecil itu menanggung beban yang dilakukan oleh keluarganya sendiri.

untung memanglah untung....
perniagaan yang sudah lama dilakukan....

semua orangtahu....
aku cuma hairan bila polis menyerbu rumah bapanya tiada apa-apa didalamnya.
hebat juga sibapa ini..... licik dan mempunyai hidung yang kuat dari anjing.... mampu menghidu...


jarak tempat kejadian dengan balai polis pun sangat dekat...



Sabtu, 21 Ogos 2010

10 ramadhan berlalu pergi....

sudah 10 ramadhan berlalu....
kini masuk minggu ke dua puloh ramadhan pula..

janganlah saf masjid dan surau mula dikosongkan..
janganlah kita mula menyibukkan diri dipusat-pusat membeli belah...

rebutlah peluang yang masih berbaki ini...

mungkin kita memperolehi sijil Ramadhan
mungkin ada yang memperolehi diploma Ramadhan..
mungkin ada yang dapat ijazah..
mungkin ada yang memperolehi master..

dan memperolehi Phd.... dari universiti Ramadhan...

amat malang jika kita tidak memperolehi apa-apa selepas sebulan berada di universiti Ramadhan ..... melainkan lapar dan dahaga.

dan kita juga belum tentu akan menemuinya lagi .....



Khamis, 19 Ogos 2010

aku pohon kekuatan dari mu..... Ya Allah

Dengan peralihan zaman, hari berganti hari,bulan dan tahun maka faktor yang melemahkan umat islam juga semakin bertambah.

meluasnya kejahilan, kezaliman dimana-mana,

timbulnya keegoan peribadi, lemahnya segi keruhanian,

meningkatnya perhatian pada kebendaan, tersebar hasad dengki dengan meluas, terbentuk negara-negara kecil, puak dan kumpulan makin bertambah,

khurafat berleluasa,

nilai individu dan masyarakat mulai bertukar yang tidak berguna dikata berguna,

orang mula membuang sikap bekerjasama,

dan membenci melakukan kebaikan...

inilah masyarakat yang kita sedang hadapi dan sedang mengelilingi kehidupan kita....... berdayakah kita untuk menghadapinya?

Isnin, 16 Ogos 2010

tanpa tajuk.....

Sangat banyak perkara yang buruk melanda remaja Islam kita hari ini. Cubalah kita lihat apa yang kita telah lakukan pada sistem pendidikan anak-anak remaja Islam kini.

Kita sesungguhnya telah menyebarkan kerosakan akhlak dikalangan anak-anak kita. Kerosakan yang menguntungkan musuh Islam.

Kita sebenarnya yang meruntuhkan bangsa kita sendiri. Dengan sistem pendidikan yang diamalkan kini hasilnya telah sama-sama kita lihat .

Adalah mendukacitakan sekali pendidikan agama telah diperangi secara bersungguh-sungguh sehingga ia hampir memusnah atau telah pun memusnahkan generasi muda kita.

Sistem pendidikan kita telah menyembelih tanpa pisau dan sedang membuang aqidah dari para pelajar. Pendidikan agama hanyalah untuk peperiksaan bukan untuk diamal dan jauh sekali untuk dihayati dalam kehidupan.


Sabtu, 14 Ogos 2010

waktu berbuka.....

sudah empat hari kita berada di bulan yang penuh kemuliaan ini.
apa yang aku lihat setelah berpuasa selama empat hari ini ialah ketepatan waktu bila tiba waktu untuk berbuka.

semua orang akan berada tepat pada meja makan samada di warung, restoran mamak, KFC, MD atau dimana saja .

kalaulah budaya menepati waktu ini berterusan alangkah mudahnya hidup ini.
tidaklah perlu menunggu lama untuk memenuhi ruang mesyuarat, seminar atau apa saja aktiviti seharian.

Rabu, 11 Ogos 2010

kamu memang hebat MEM .....

terkejut jam 4.20 pagi tadi....
ingatkan akulah yang bangun awal sekali...

rupanya MEM besar sudah bangun...

terima kasih MEM besar yang menyediakan msakan panas untuk sahur pagi tadi ... moga ianya diterima sebagi amal oleh ALLAH swt jua.

pengorbanan yang tidak terbalas oleh aku....

Selasa, 10 Ogos 2010

ye,ye......esok puasa

sekejap sungguh masa berlalu.....
rasanya baru seperti semalam bangun sahur...

esok Ramadhan kembali lagi...insyaAllah...

janganlah pula bersedih dan marah dengan kedatangan Ramadhan..
semoga aku tidak melihat seperti tahun lalu.... hari pertama Ramadhan sudah ada manusia yang merokok tanpa rasa sedikit pun rasa malu pada Allah...

atau mungkin dia melayu yang tidak beragama Islam... mungkin.


.... hari ini 10 ogos
....selamat hari lahir untuk anak kedua ku... anis nabilah
...moga dengan bertambah usia ... amal mu juga turut meningkat
...kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput illahi.

Jumaat, 6 Ogos 2010

main bola boleh tidak berpuasa.......

tajuk berita di utusan online hari ini.

pemain bola sepak yang beragama islam di jerman boleh tidak berpuasa .... sila baca sendiri utusan online.
sebabnya kerana itulah sumber pendapatan mereka kerana dibimbangi menjejaskan mutu permainan akibat berpuasa.

kalau hujah itu dikira semua manusia bekerja untuk mencari sumber pendapatan.
yang bekerja ditengah terik mentari, dilambung ombak menganas dilautan, meredah hutan, gurun... memadam api yang membakar hutan.

atau hanya pemain bola saja yang profesionalke?

tak tahulah aku.... makin keliru dizaman akhir ini.



mungkin sama juga dengan artis yang berlakun lucah semua itu adalah seni.

cuma aku saja yang jahil tidak memahami tuntutan zaman , berfikiran lapuk,kuno, hidup dibawah tempurung,menolak pembangunan,..... dan apa-apa lagi yang orang nak lempar dan tuduh.

atau adakah agama aku ini Islam sudah LAPUK?