Pengikut

Selasa, 30 November 2010

penjahanam bahasa....

menulis di blog kadangkala terasa tidak adil pada bahasa sendiri,
tunggang langgang tatabahasa yang diguna,

tata entah kemana, bahasa entah kemana,

komanya, tanda soal, seruan entah apa-apa digunakan tidak bertempat,
aku tak mengata orang tetapi aku tuju pada diri sendiri,

kalau aku sendiri merosakkan keindahan bahasa sendiri,
apa nak diharap pada anak cucu aku akan datang,

x untuk tiada,
cni .... sini
caling...
c2...situ

entah apa lagi yang aku sendiri pun tak faham,

minta berlindunglah aku dari termasuk dalam golongan penjahanam bahasa sendiri.

Isnin, 29 November 2010

stadium runtuh sudah bersih.....


timbunan besi yang dikumpul


terkini dari hadapan

wajah hodoh yang telah dibersihkan



sisa runtuhan ....


inilah wajah terbaru stadium yang runtuh tu...
semua runtuhan telah dibersihkan,

berwajah barulah tak lama lagi,

tapi hingga kini seekor jerong pun tak lekat di jaring,
ye lah jerung mana nak lekat kat jaring,

jaring ni untuk anak-anak ikan ..... ikan bilis je.

anugerah tuhan barangkali pada jerong-jerong itu.

Ahad, 28 November 2010

angin naik @ naik angin


angin,

angin yang baik itu lembut sepoi-sepoi bahasa,
nyaman dan bertiup dari pelbagai arah,

angin membuat daun-daun melambai,
dahan berbuai,

angin juga membuatkan buluh perindu menyanyi merdu,
angin juga meredakan kehangatan,

angin membawa hujan,
menyejukkan tanah dan udara,

tapi bila angin sudah naik ......
inilah jadinya...







rumah jiran ku,
angkara naik angin @ angin naik semalam.

Sabtu, 27 November 2010

beringatlah ....


tergenang juga air mata aku bila membaca kisah graduan ini...
hidup tanpa ayah disisi....

hidup ditengah kegigihan seorang ibu tunggal..

bila melihat kepada pelajar yang senang-senang menghabiskan wang PTPTN...
sedarlah betapa sukar dan susahnya ibubapa kamu mencari wang...

janganlah wang tersebut diguna membeli kereta, handphone,

wang tu pun bukan kamu dapat free...
kena bayar balik juga nanti...


ingat .. hari ini jika anda bergelar graduan , kerja tak akan datang mencari kamu.


Jumaat, 26 November 2010

kad merah.... pengikat kasih



selesai solat subuh tadi aku terbuka laci almari lama....
melihat satu ikatan kad terikat kemas...

aku ambil dan membaca satu persatu...


semuanya warna merah...



kad rawatan ibu mengandung....
semuanya sembilan keping masih tersimpan kemas...
sejak 24 tahun yang lalu usia anak bujang sulongku.



tersenyum sendiri...


pelbagai catatan ada....

berat kandungan ....
kandungan gula...
berat anak...
tarikh dan waktu lahir...
nasihat pegawai perubatan...
bagaimana ia dilahirkan...
kumpulan darah...

oh! tidak semudah yang disangka...


terimakasih isteriku atas kesusahan yang ditanggung selama ini...
terimakasih sekali lagi....

Khamis, 25 November 2010

tahniah.....


semua ibubapa mengharapkan kalau boleh anak-anak mereka menjadi doktor,peguam,jurutera... ustaz jarang-jarang.

semua inginkan anak mereka mencapai 9A, 10A ..... inilah yang sedang bermain difikiran ratusan ribu mak bapak yang anak mereka sedang berjuang di bilik-bilik peperiksaan sekarang.


inilah dunia hari ini.
kalau anak berjaya dalam akademik sudah pasti satu kampung dan taman akan dicanang..
kerap pula majlis kesyukuran dibuat...

jamuan nasi minyak ...... bila keputusan SPM keluar .... raya sakangla para jiran tetangga.
bila dapat masuk U buat kenduri dan doa selamat pula... makan lagi.

tapi kalau result anak kurang baik .... cepat - cepat turun dari tangga surau...

sampai anak-anak yang dapat 4A 1B dalam upsr yang lalu masih dianggap satu kegagalan... keterlaluan (coretan MARNI) ... memang keterlaluan mak bapak ni.

kalau ibu bapa pun takut untuk gagal bagaimana pula kita hendak mendidik anak cucu kita supaya tidak menuding jari pada orang lain setiap kali mereka berdepan dengan kegagalan.

semalam aku menghadiri majlis konvokesyen Institut Latihan Perindustrian ... di bawah Kementerian Sumber Manusia.

kebetulan pula diadakan di Taman Tamadun Islam , Kuala Terengganu. ramai sekali graduannya kerana diadakan secara berpusat .... seluruh graduan berkumpul di Terengganu... lapan ribu lebih... gembira sungguh para peniaga di pasar payang dan kerepok lekor.

pelajar yang dinobat sebagai pelajar terbaik ialah seorang bekas pelajar dari IPTA.
beliau gagal ketika di sana.... dan terbukti cemerlang bila di sini (ILP).

inilah realiti kehidupan...
buat para ibubapa sesungguhnya semua anak yang dilahirkan itu ada keistimewaan mereka tersendiri.

kalau mereka kurang cemerlang dalam akademik mereka pasti gemilang dan terbilang dijurusan kemahiran...

anak orang doktor perubatan,
anak aku doktor kenderaan.




dewan konvokesyen yang tersergam indah,
bersebelahan masjid kristal yang gah itu.






dipentas utama.... tahniah.




anak keempatku dengan bondanya ....
pemotivasi utama .. kalah dr. fadhilah kamsah




suasana luar dewan....

depan pintu utama dewan konvo....

Selasa, 23 November 2010

ambil dan amal semua....


marilah kita merasai mu'jizat al quran yang berterusan hingga ke hari qiamat. kita mengambil iktibar dengan berfikir,mendengar , melihat kemusnahan hidup yang sedang berlaku disetiap pelusuk di dunia ini.

semua petanda itu menunjukkan bahawa al quran itu adalah satu-satunya petunjuk yang menyelamatkan manusia diseluruh alam ini.

banyaknya jenayah,
kemalangan di rumah dan jalanraya,
merebaknya penyakit,
susah dan sukarnya kehidupan,
masyarakat manusia menjadi bercelaru,
cuaca panas dan sejuk yang tidak menentu,
bencana alam yang berlaku disekeliling kita,
kemarau yang mengerunkan,
banjir yang membinasakan dan gempa bumi yang menghancurkan.


dengar dan bacalah firmannya untuk menjadi pedoman dalam meneruskan kehidupan ini

antara firmannya dalam surah ar Rum(41) bermaksud

"telah zahir kerosakan di darat dan laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka supaya mereka kembali kepada petunjuk Alllah".


sudah tiba masanya kita kembali kepada petunjuk Allah dalam semua perkara dalam kehidupan kita.....
dan bukan dengan kita beramal separuh-separuh dan mengambil hanya peraturan dan hukum yang hanya mengikut selera dan kehendak hati kita sahaja.

Isnin, 22 November 2010

bas punya angkara.....


mangsa dalam kenderaan kancil ini agak parah....


pegawai polis muda (baru seketul dibahu).... yang mula tiba dilokasi
sibuk bawa buku di tangan ... asyik berteriak tak tentu pasal
tak profesional....



bukan bas ini....
bas yang jadi punca berhenti 300 m dari tempat kejadian



hospital tak sampai 1km... dari lokasi kejadian

tauke ni yang untung.... aku pun nak beli satu....
mai kita pakat tubuh company tuan lavendari, relevan dan cikgu jang @ kakcik kalau minat
keuntungan mudah
di atas penderitaan oranglain.




terkejut aku mendengar hentaman kuat di depan rumah semalam......
kira jam 3 lebih begitulah...

keluar untuk melihat....
apalagi deretan kenderaan dilanggar dari belakang...
ikut cerita saksi semua kenderaan tersebut telah berhenti menghormati lampu merah..

yang tak reti bahasa undang-undang ialah sebuah bas yang dipandu laju menghentam semua deretan kenderaan tersebut...

asyik-asyik bas je ni....

kesian melihat seorang pemandu perempuan yang tak berdosa terbaring di tepi jalan..

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8432585.asp

Jumaat, 19 November 2010

kabinet baru kerajaan ku!!!!!!

dengar khabarnya rombakan kabinet akan berlaku....
ada yang akan tersungkur dan ada yang akan kembang dadanya ....

mungkin rombakan akhir untuk PRU 13 nanti...
sama-sama kita tungguuuuuuuuuuu......

Khamis, 18 November 2010

keliru ......








hari ini sudah hari kedua raya korban.

pelbagai rancangan menarik disemua stesyen penyiaran.

biasanya kalau hari raya cina, deepavali maka para penyiar berita dan rancangan sudah tentulah memakai pakian mengikut hari apa yang dirayakan.

deepavali yang baru berlalu aku lihat para wartawan TV3 memakai sari, cantik sekali kerana mereka memanglah cantik.

memang kita akui akan kecantikan rupa paras mereka....
atau ada sesiapa yang tak berani mengakui akan kecantikan zakiah anasdan nurul syuhada ??

malangnya lain pula jadinya ketika umat islam masih merayakan hari raya korban .... rancangan wanita hari ini yang keudara sebentar tadi, terkagum melihat pengacaranya memakai skirt.

kenapalah skirt yang dipakai ? kenapalah dikorbankan peha yang putih melepak itu ?
pengacaranya sudah tentu beragama islam, penerbit pun sama , bahkan tauke besarnya pun muslim.

aku tak faham la TV 3 nii....
patut la YAB Menteri Besaq Kedah marah sangat.

TV 3 ini tak ada panel agama ke? tolong la beri nasihat sedikit ... aku bukanlah ortodoks atau old school.

Rabu, 17 November 2010

Ya! Wahai Tuhanku....

ucapan talbiyah ketika memakai pakian ihram bermaksud:

ya! wahai tuhanku,
ya! wahai tuhanku,
tiada sekutu bagi mu,
ya! wahai tuhanku,
sesungguhnya segala pujian , kenikmatan, perintahan adalah milikmu,
ya! wahai tuhanku tiada sekutu bagimu.

sekiranya umat islam memahami dan kembali melaksanakan semangat sebagaimana yang ditunaikan oleh jenerasi awal islam maka akan tetap terlaksana janji Allah dalam alquran.


surah anNur 55 bermaksud:

"Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu bahawa Allah akan menjadikan mereka golongan yang kuat memerintah sebagaimana Allah menunaikan janji kepada mereka yang terdahulu.

Dan Allah jadikan agama islam yang diredhai ini kuat memerintah dan berkuasa dan Allah menukarkan daripada keadaan ketakutan kepada yang penuh keamanan. Mereka mengabdi diri kepadaku (Allah) dalam keadaan mereka tidak syirik menyegutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang kufur selepas itu, mereka itulah orang-orang yang fasik".


selamat hari raya Qorban.

Isnin, 15 November 2010

majlis ihtifal anakku.... sesi 2010










anakanda nawwarah
sedang membaca alquran...





menerima hadiah pelajar mithali 6 tahun














dengan pelbagai hadiah yang dimenangi







mengetuai kumpulan nasyid

menghadiri majlis ihtifal anak ke lapan ku anis nawwarah semalam di Taman Didikan Islamnya.

terkejut juga melihat keberaniannya tampil dihadapan orang ramai.....
tak sangka pula aku ......

tahniah kerana mendapat tempat kedua dalam peperiksaan akhir tahun ...
dan mendapat hadiah pelajar mithali untuk pelajar usia 6 tahun.

ditanya bila besar nak jadi apa...... dengan selamba dia pasti menjawab surirumah macam mak....

Sabtu, 13 November 2010

sistem rekaan manusia... palsu belaka.

sepatutnya umat islam berbangga dan beramal dengan agama yang mereka anuti ini. sejarah lalu menunjukkan bukan senang dakwah yang dilakukan oleh baginda junjungan besar dan para sahabatnya .

pelbagai adab Islam telah ditinggalkan oleh nabi besar kita tapi sayangnya kita tidak mengetahuinya. belajar agama pun sekadar untuk lulus peperiksaan.

Islam banyak mengajar manusia ..... untuk menyelamatkan dunia ini dari punah ranah.
Antaranya kita diperintah untuk menegakkan agama dengan adil,baik dan menjadi contoh kepada umat manusia.

ketika menghadapi perang dengan kuasa besar dunia ketika itu Rom para tentera Islam telah diberi nasihat :

jangan kamu membunuh orang-orang peermpuan,
jangan dibunuh orang-orang tua,
jangan membunuh para paderi yang sedang beribadat di gereja mereka,
jangan dibunuh para peniaga,petani dan orang-orang biasa,
jangan dipotong pokok-pokok dan tanaman,
jangan kamu mencincang mayat-mayat yang sudah mati,
jangan khianat perjanjian dengan orang-orang bukan Islam.


itulah adab yang diajar oleh Islam walaupun kita berkuasa kita tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam untuk masuk Islam.

dalam berdakwah kita tidak boleh menggangu kebebasan beragama.

itulah islam satu agama yang akan menyelamatkan dunia ini .....
janganlah direka sistem lain untuk kesejahteraan dunia ini....

Jumaat, 12 November 2010

dua batu besar.....




Salam jumaat..... penghulu segala hari.


saya terbaca satu tulisan oleh seorang penulis barat...

seorang orientalis barat yang mempelajari Islam bertujuan unuk menghentam Islam menyatakan bahawa

"walaupun kuasa-kuasa penjajah Barat yang mempunyai ketumbukan tentera yang hebat berjaya menakluk dunia Islam yang luas, berjaya menjatuhkan kerajaan-kerajaan umat islam dan meletakkan negara islam itu di bawah jajahan mereka, namun mereka (Barat) tidak akan berjaya menghapuskan agama Islam kerana di sana ada dua batu besar yang sangat keras menghalang bala tentera Barat dengan armada perang mereka" .

Jika armada perang barat itu menghampiri kedua batu pejal itu bukan sahaja mereka tidak mampu memecahkan batu yang pejal itu tetapi kapal perang Barat itu yang akan pecah.

Dua batu pejal yang keras dan pejal itu ialah Al Quran dan Mekah al Mukarramah. Selagi ada al quran dan Mekah .... Barat tidak akan dapat menewaskan Islam.

Sesungguhnya Allah telah memilih kita kepada satu agama iaitu Islam maka janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam.

Khamis, 11 November 2010

wanita pertama...



ini wanita pertama negara Amerika.....
pakai juga penutup kepala waktu mengunjungi masjid Istiqlal di Indonesia...

Rabu, 10 November 2010

oh ubi .....

sedih bila melihat rumah,kereta, sawah padi, motor,carpet tenggelam dalam banjir yang melanda kedah dan perlis. semua harta yang dicari selama ini musnah dalam sekelip mata. bencana bila ia datang maka ia tak kenal sesiapa.... ustaz, ulama, guru, polis, bahkan rumah PM pun boleh ditenggelam dan dihancurkan.


di terengganu angin dan hujan sudah mula turun.... angin pun bukan main sejuk lagi ... kalau dulu tidur tak berselimut sekarang ini jangan main-main....

ada orang yang mengharapkan supaya angin bertiup kencang di Terengganu.... untuk ber[pesta-pesta.

tapi jangan tersalah kencang .... over kencang .... terlingkup satu negeri kan.

apa makanan yang sedap dimakan waktu musim begini? kalau zaman aku remaja dahulu tentulah ubi kayu yang dicicah dengan nyiur campur gula... best sampai menjilat jari.

cik biru, cheqna, relevan .... tentu masih ingat pengalaman itu semua.




ubi yang baru digali ..... pakcik ni rajin berusaha ...
walau pun usia sudah lanjut ... malulah wahai anak-anak muda .


ubi yang sudah siap untuk dimakan ....

dengan lafaz bismillah .....

Selasa, 9 November 2010

kita adalah umat yang kuat...

Bulan haji kini,
jutaan umat Islam sedang dan sudah pun berada di Mekah .


Allah memerintahkan umat Islam yang beriman dari seluruh pelusuk dunia yang berkemampuan berhimpun di sana untuk menunaikan ibadat haji dan menyahut seruan Allah.


Di sana mereka semua akan mengadap tuhan yang satu,
kiblat yang satu,
dan akan dikembalikan dihari akhirat.


Di sana tidak ada beza antara raja dan rakyat,

pemimpin dan pengikut,

kaya dan miskin,

berkulit hitam dan putih,

itulah kesatuan dan perpaduan manusia yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad s.a.w. atas dasar inilah umat Islam akan menjadi mulia, umat yang kuat dan gagah kerana ibadat haji menyedarkan kita semua bahawa kita adalah umat yang besar dan kuat.

Isnin, 8 November 2010

rakyat derita , kerajaan bangga...

dalam sejarah manusia ada rasul-rasul yang mendirikan bangunan yang tinggi dan memiliki kerajaan yang besar.

siapa lagi kalau bukan nabi sulaiman a.s. ... nabi yang menguasai jin dan manusia serta alam binatang... tiada manusia segah nabi sulaiman.
berintraksi dengan binatang..... sangat hebat anugerah illahi padanya.
tetapi semua tanda-tanda kebesaran kebendaan milik nabi sulaiman dihapuskan oleh Allah... tiada kesan dan bekas yang tinggal.

sebaliknya yang tinggal ialah peninggalan kerajaan kaum Aad, Thamud dan Firaun.... semua ini dilaknat oleh Allah taala belaka.

begitu juga kita melihat tembok besar negeri cina... tamadun kebendaan yang didirikan dengan memaksa rakyat membayar cukai yang tinggi, menjadi buruh paksa hingga rakyat jelata hidup dalam keadaan menderita dan mati kelaparan.

kerajaan dan pemerintahnya pula berbangga dengan kemajuan kebendaan itu.

Ahad, 7 November 2010

tinggi dan besar....

entah kenapa coretan aku ini sentiasa mencemuh sangat pada bangunan tinggi dan besar-besar.

negara-negara Arab yang kaya raya dengan hasil minyak dan gas tidak kurang gila juga ... mereka tidak tahu menggunakan nikmat tersebut. banyak negara-negara umat Islam menderita kesusahan... memerlu pertolongan. negara arab tidak banyak membantu bahkan terus menerus mendirikan bangunan yang tinggi - tinggi sebagai mercu tanda kemegahan negara.

penyakit ini kini melanda negara-negara umat Islam termasuk negara kita. ... mendirikan bangunan yang tinggi sedangkan masih ada rakyat yang miskin dan tertindas yang sangat memerlukan bantuan dan pertolongan. sebaliknya para pemimpin yang ada berbangga dengan ketinggian bangunan yang ada bahkan telah mengumumkan untuk mendirikan bangunan yang lebih tinggi daripada yang sedia ada. inilah sikap mereka yang jahil dan bodoh.

Ini adalah satu kemungkaran yang sangat besar.
janganlah kita menjadi manusia yang bodoh dan jahil berbangga kononnya kemajuan negara ialah dengan terbinanya banyak bangunan yang tinggi-tinggi. ingatlah bahawa Allah telah memberi amaran yang jelas bahawa kemajuan dan ketinggian bangunan bukanlah satu tamadun yang dibanggakan tetapi itu adalah pendahuluan kepada kemusnahan dan kehancuran sesuatu bangsa.

umat palestin klinik gigi pun tidak ada....
aku mohon berlindung dari itu semua.

Sabtu, 6 November 2010

citarasa yang sama....

rupa-rupanya tabiat kita manusia akhir zaman ini banyak dipengaruhi oleh tindak tanduk dan perilaku masyarakat jahiliyyah dahulu.

bila bajet dibentang nak bina mega tower yang berharga billion-billion ringgit itu semua orang terkejut... hanya yang bodoh sombong saja bergembira.

rupa-rupanya bangsa dan kaum terdahulu suka benar medirikan bangunan-bangunan yang tinggi dan besar-besar.
kaum Aad misalnya, tapi anak cucu kita tak kenal rupa bangsa kaum ni... tak diajar di sekolah mungkin... itulah yang ramainya anak-anak muda dikatakan buta sejarah.

kaum Thamud....

kaum firaun.....

kaum Aad nii... rupanya mempunyai kepakaran mendirikan bangunan-bangunan pencakar langit. Mereka ini pakar dalam selok belok memahat batu-batu pejal untuk dijadikan tiang -tiang dan pasaknya. Pendek kata jauh panggang dari api la kalau nak dibandingkan dengan kontraktor-kontraktor binaan kita kini.

kaum Thamud pula mempunyai ilmu membelah bukit-bukau. ... belah bukit zaman itu bukan pakai mesin . Bukit dipahat dan dijadikan bilik-bilik yang diukir dengan ukiran yang indah- indah. Memang kaum ini mempunyai nilai seni yang tinggi.

satu kaum lagi kaum Firaun... ni juga hebat. Bala tenteranya tak tertanding oleh tentera Amerika dan Israel hari ini. Kaum ini membina kubur yang tinggi seperti bukit dengan disusun batu-batu yang besar untuk dikebumikan mayat-mayat firaun yang telah mati.


semua kaum itu sangat berbangga dengan tamadun dan bangunan yang tinggi-tinggi lagi hebat. tetapi Allah mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang zalim kerana melakukan maksiat dan kejahatan. mereka semua itu bukan saja menyalahguna harta yang diberi Allah tetapi kufur terhadap agama dan nikmat yang diberi Allah. Mereka meninggalkan rakyat dalam kemiskinan dan penderitaan.

Jumaat, 5 November 2010

selamat bertugas .... YB baru.

Salam . Sudah lama tidak melihat wajah-wajah kegembiraan para pemimpin tertinggi Barisan Nasional . Semalam Dato Pa, Dato Awang Adek menjulang tangan kegembiraan.

UMNO Tg.Razaliegh berjaya menumpaskan PAS dengan majoriti satu ribu lebih. Apa saja boleh berlaku dalam politik. Selamat bertugas pada wakil rakyat baru.

Pastikan janji yang tertabur dalam kempen ditunaikan..... WIFI percuma untuk penduduk Gua Musang...
pilihanraya umum ke 13 pun sudah tidak lama lagi. PM sudah tersenyum kegembiraan bila kedua-dua DUN dimenangi BN.

Rakyat sudah mula menolak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Pengundi cina sudah kembali pada BN.
bla, bla, bla.... macam - macam analisis dikeluarkan.


kalau PM sudah cukup yakin dengan kekuatannya itu tunggu apalagi......

maaf tulisan ini hanya untuk mereka yang meminatinya saja ...
jika tidak jangan dilayan celoteh ini.

Selasa, 2 November 2010

projek bermega-mega.....



Projek Mega di Galas
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/20101101061722/Article

INFO: Projek RMK-9 DUN Galas dan Kos Pembangunan

  • Hospital Gua Musang – RM60 juta
  • Pusat Kesihatan Bandar Gua Musang – RM12 juta
  • Ibu Pejabat Polis Gua Musang – RM31 juta
  • Jalan Besar (Persiaran Raya) – RM18 juta
  • SMK Sri Wangi – RM20 juta
  • SK Sri Wangi – RM17 juta
  • Kompleks Sukan – RM2 juta
  • Stesen Kereta Api – RM4 juta
  • Perpustakaan Awam – RM1 juta
  • SK Gua Musang 1 (Tambahan) – RM2 juta
  • Gelanggang Futsal 2 buah – RM200,000
  • Sekolah Menengah Integrasi sedang dibuka tender – RM40 juta
  • Pusat Latihan Kesedar – RM6.2 juta



  • inilah sepanjang 50 tahun negara ku merdeka baru ku tahu bahawa semua di atas itu adalah projek MEGA.

    hospital, sekolah, balai polis, perpustakaan, pusat kesihatan rupa-rupanya termasuk dalam kategori projek mega.

    atau memang aku je yang tak sedar selama ini.
    terimakasihlah pak- pak menteri ......

    mulai sekarang aku kena berubah cara berfikir....
    soal kesihatan, keselamatan, pendidikan bukan lagi kemudahan asas yang wajib dibuat oleh sesiapa saja yang jadi pemerintah.

    ingat tu wahai anak cucu ku.... balai polis dan sekolah ialah projek mega...ingat dan jangan lupa tu!!!!!