Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

selamat datang ke tanah suci....

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

sudah berduyun-berduyun umat Islam seluruh dunia berada di Tanah suci Mekah kini,
bumi yang kering kontang suatu ketika dahulu,
tiada air, bangunan, letrik, penghawa dingin,
orang yang gila pun tak akan sanggup duduk di situ,

tetapi nabi Ibrahim taat dan patuh pada perintah illahi,
membawa anak isteri ke sana,

patuh dan taat,
itulah dua perkara yang merupakan kekuatan umat islam,

patuh dan taat pada perkara yang disuruh Allah,
nescaya selamat hidup dunia dan akhirat,

jangan patuh dalam bab solat, haji, puasa sahaja,
tetapi payah, engkar, beri pelbagai alasan bila hukuman Allah hendak dilaksana,

maaf saya solat saya patuh tetapi bab hudud saya tak suka,
zalim, tak adil, lapuk ....

maaf adakah anda lebih tahu dari Yang Maha Pencipta ?

Ahad, 30 Oktober 2011

N9 memang layak ....

Tahniah untuk pasukan bolasepak Terengganu yang layak ke pertandingan akhir piala Malaysia.
Menang dan kalah adat perlawanan.
Tiada insiden buruk.... alhamdulillah. (cuma satu kes bakar bendera Terengganu)

Bendera negeri atau negara mesti dihurmati. Kalau dalam perang bendera sentiasa dijulang demi maruah.

Perbuatan membakar bendera seperti kurang sivik saja.

Kegagalan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.... meranapkan impian Terengganu.
Negeri sembilan memang layak untuk bergelar juara.....


Tahniah.

Khamis, 27 Oktober 2011

750 ribu .... beri pada FAM

30,000 tiket telah habis di Terengganu,
subsidi kerajaan Terengganu sebanyak 25 ringgit sekeping ,
dikali 30,000 keping,

maknanya kerajaan Terengganu membelanjakan 750 ribu ringgit untuk beli tiket bola,
beri duit free pada FAM ,

senang-senang belanja kerajaan Terengganu ni,
betul ke tindakan ini?





Rabu, 26 Oktober 2011

boikot jeee....


Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam Sabtu ini.


masalah yang dicipta,
kalau Terengganu bagi subsidi , kesian juga kita pada peminat bola negeri sembilan,
kita bukan bicara soal subsidi,
tetapi soal tindakan yang menghancurkan semangat sukan,
apa kejadahnya harga dilambungkan setinggi itu,

adakah mutu permainan kita setaraf liga Inggeris,
perkembangan bola tanahair kita baru mula menarik hati penyokong sendiri,

janganlah kita melakukan sesuatu yang melukakan hati mereka,

lima puloh ringgit itu suatu yang tinggi nilainya,
tidak lagi termasuk tambang bas, kereta, lori , van,
makan pagi, minum petang, makan malam,


aku menentang langkah FAM ini,
hidup bola, makan bola, tidur bola,

tapi ingat bila mati bola-bola itu sudah tidak bermakna lagi.

Sabtu, 22 Oktober 2011

teruskan aziz ...

semua orang nak belajar sampai tahap tertinggi,
Phd ... pelajaran habis dah,

maka jadilah mereka yang dapat Phd itu dengan kepakaran masing-masing,
ada jadi pakar sejarah,
pakar sukan,
pakar matematik,
pakar ilmu maritim,
pakar perlembagaan

pelbagai pakar yang ada dalam masyarakat,
dengan kepakaran yang mereka ada maka mereka ini berhak untuk mengemukakan ilmu mereka pada masyarakat,

membantu pembagunan negara,
memberi pelbagai pandangan ,

untuk kemajuan jasmani dan rohani,
tetapi jika ada pandangan mereka tidak sehaluan dengan orang yang menjaga negara usahlah cuba disekat pula,

berbeza pandangan ada hikmatnya,
mazhab pun ada pelbagai,
semua itu untuk kesenangan kita belaka,

zaman sudah berubah,
zaman maklumat dihujung jari,

lagi disekat lagi dicari laluannya,
ibarat air ,




bagi aku >>>>>>
“Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakarannya....


teruskan usaha murni kamu ... prof.
memang benar kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi pantai.

Rabu, 19 Oktober 2011

oh che Ainun....







Che Ainon hidung mancung,
rambut panjang bergulung-gulung,

cakap sedikit mudah tersenyum,
bikin pemuda menjadi bingung ....

Che Ainon janda muda,
Che ainon janda muda,








ada sesiapa minat memberi pandangan?

Khamis, 13 Oktober 2011

enjin jet dulu .... kini enjin bot... ha,haaa, haaa


dulu kecoh seluruh negara bila dua enjin jet pesawat pejuang milik TUDM dicuri,
pelbagai andaian timbul,
enjin jet sebesar itu pun berjaya dilesapkan,

hari ini enjin bot polis marin milik Pasukan Gerakan Marin dikebas,

kepada siapalah nak diharapkan sekarang?

atau mungkin benar kata - kata ini,
kalau dah lunasnya bengkok macam mana perahu nak elok? pinjam dari blogger tersohor
http://al-lavendari.blogspot.com/

maaf tuan komensen .... adakah ini peribahasa atau simpulan kata?

Selasa, 11 Oktober 2011

ni memang tiada akal...


lain yang kita nak ,
lain pula yang dapat.

terkejut aku ingatkan dapat tikus putih besar pagi tadi,
inilah padahnya bila tiada akal,

yang difikirkan besarkan perut,
tak sedar masuk perangkap,

ini haiwan tak mengapalah,
sekolah pun tidak,
yang lemahnya kita manusia,

mudah terperangkap,
cinta dengan Bangla lah,
ikut lari ke Lambok dek panahan cinta Mat Indon,

terperangkap dengan rasuah,
dadah,
urut batin,
diperangkap janda mudalah,

macam-macam hal,

lebih baik jadi kucing ni dari jadi manusia,
ada akal tak terguna.

Isnin, 10 Oktober 2011

lagi 12 tahun ...

sanah helwah..maaf trlewt bbrapa jam.....
Semoga Allah mmbrkati....
Selamat Hari Jadi - Semoga Allah sentiasa memberikan kemurahan rezeki dan rahmat yang berkekalan.....
Happy Birthday ..Semoga panjang umur, murah rezeki & diberkati Allah selalu..
selamat ari tua sepupuku....

SELAMAT HARI LAHIR buat ayahanda yg disayangi...luv U and MOM more than others

selamat hari lahir ayahanda..tahniah menjadi ayah yg hebat..!i'm proud of u dad..♥

selamat hari lahir yang ke 48, terima kasih ayahku... duit ckit, ha,haaa.

selamat ulangtahun yg ke48, moga ayh dipjgkan umor, dimudahkan segala urusan,dan dirahmati allah selalu... amin..I Love u so much ... miss u dad.

selamat hari lahir untuk ayahanda tercinta.



inilah antara ucapan yang dikirim oleh sahabat-sahabatku dan anak-anak sempena hari ulangtahun kelahiran yang ke 48 pada 8 oktober lalu.
terima kasih atas doa kalian semua .....
moga diperkenankan Allah .... amin.

terima kasih jua atas ingatan persahabatan ini.

@#$% isteriku sorang jee yang tidak menghantar ucapan hari jadi ...
kerana dia tiada akaun FB, ... he, heeee.



Sabtu, 8 Oktober 2011

lima puloh lapan ke enam puloh....


bagilah peluang pada anak-anak kita pula ,
mereka ada tanggung jawab baru,

kita sudah-sudahlah,
rehat secukupnya ,
buat amallah pula.

Khamis, 6 Oktober 2011

akhirnya tercapai jua,

empat tahun yang lalu kami menghantarnya ke sini......
seorang anak muda dari desa,
berusia 18 tahun ketika itu.
waktu kami meninggalkannya .... nampak sekali wajah sugulnya ... tetapi ia cuba disembunyikan,
sebagai seorang ayah aku sangat memahami gerak badannya,
dan aku yakin bahawa kamu Ahmad Muslihin mampu menempuh cabaran ini,



se awal pagi 2 0ctober yang lalu kami sekeluarga memasuki tempai ini,
semua kenderaan dilarang masuk ke kawasannya,
kami diarah meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang telah disediakan,
bas-bas universiti dan maktab tentera sedia memberikan khidmatnya,







sedang bersedia ,..... untuk majlis konvokesyennya






anak bongsuku muaz bersama pegawai-pegawai muda tentera laut di raja malaysia,


terserlah kegembiraan,
walau pun terpaksa membahagikan waktu akademik dan ketenteraan,
gabungan pegawai-pegawai muda dari semua cabang angkatan tentera,


tercapai jua akhirnya,
anugerah Sarjana Muda Teknologi Maritim
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)



semangat dan dorongan kuat dari ibu dan adik-beradik,
kejayaan yang kita kongsikan bersama,

mungkin suatu hari nanti .... si muaz ini akan mewarisinya jua,

tahniah buat anakanda dan semua rakan - rakan seperjuangannya.



"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi musuh dengan kekuatan yang kamu miliki ... maksud ayat 60 surah Al Anfal

Isnin, 3 Oktober 2011

pantai timur ke pantai barat....





catatan perjalanan dari pantai timur ke pantai barat .... 1 okt. 2011


jam 6.30 pagi memulakan perjalanan dari k.terengganu...
sudah menjadi amalan biasa suka bergerak seawal pagi jika bermusafir,



makan pagi di hentian rehat sebelah kuantan .... cepatnya perjalanan sekarang menggunakan
LPT yang belum siap sepenuhnya.








segamat .... menuju tangkak.... ke Lebuh Raya PLUS.



tiba di Melaka jam 1 tengahari .... ambil anak keempat di ADTEC Melaka.



inilah destinasinya .... Konvo anak ketiga esok 2 Okt. .....

alhamdulillah selamat tiba selepas melalui perjalanan merentas lima negeri....

terengganu - pahang - johor - melaka - sg besi.