Jumaat baru-baru ini saya dan isteri mengunjungi Kg. Kuala Besut , Terengganu. Di sinilah biasanya para pelancung berkumpul sebelum menaiki bot ke Pulau Perhentian. Istimewanya Kuala Besut ini ialah kerana ia mempunyai Pasar Minggu yang terbesar.
Saya tiba lebih dahulu dari para penjual.
Saya bertolak dari Kuala Terengganu jam 6 pagi.
Hampir satu jam setengah perjalanan kami tiba di sini.
Para peniaga masih sibuk mendirikan khemah untuk memulakan perniagaan.
Deretan khemah sedang didirikan.
Apa yang tidak dijual di sini, semua ada. Boleh rambang mata jadinya.
Buah-buahan tempatan yang masih segar. Gigih sungguh makcik ini berniaga.
Ini MEM besar saya sudah memulakan tugasnya.
Bertuahnya penjual ini kerana menerima pelanggan pertamanya.
beli, beli jangan tak beli, murah, murah ni bang.
apa yang duk tengok tu, bayar je lah.
ini barang bundle, masih cantik lagi kain selimut, cadar yang dijual.
ikan masin....
ubat untuk darah tinggi.
kueh mueh tradisional.
buah salak kampung,
pakcik ini menanamnya sendiri
Silalah berkunjung ke sini jika melancung ke Terengganu.