Pengikut

Sabtu, 30 Mei 2009

Aku benci orang yang tidak bekerja


Salam untuk semua semuga kita sentiasa berada di bawah rahmat illahi. Blog cina islam mula sekali aku lawati pagi ni.Aku dah komen awal-awal lagi mengenai limpahan rezeki yang akan datang ke Manek Urai. Dengar ceritanya sekarang rumah, kedai, bangsal, setor, bangunan kayu , bangunan batu semuanya sedang dicari untuk disewa. Aku dah tulis semalam kalau tuan tiada pekerjaan jadilah broker rumah sekarang ni di Manek Urai.


Tiada alasan tuan sebenarnya tiada pekerjaan. Pergi ke Manek Urai juallah apa saja makanan, minuman nanti tak lepas tangan tuan nak layan. Sebulan tuan berniaga dapat untung 50 rial sehari sudah cukup lumayan tuan. Orang tentu sekali ramai akan berkunjung kesana nanti.


Ayuh siswa-siswi yang menggangur rebutlah peluang niaga express ini. Buangkan rasa malu dalam diri tuan puan sekarang.Buatlah sebarang pekerjaan asalkan halal pada undang-undang agama dan negara.Jangan malu tuan walaupun tuan dicemuhkan oleh kekasih tuan sendiri.

Jumaat, 29 Mei 2009

Kerja cukup untuk semua orang didunia


Hari Jumaat penuh dengan keberkatan. Dari malam tadi kalau tuan rajin sudah tentu tuan membaca surah Yasin yang banyak fadhilat itu.Lainlah kalau tuan pergi merempit semalam kerana hari ini cuti bagi negeri Terengganu. Kalau tuan rajin pagi tadi sudah tentu tuan berada dimusolla atau masjid mendirikan solat subuh berjemaah. Hari ini imam membaca surah assajadah. Dapat lagi pahala berjemaah.


Tuan jika seseorang itu tidak bahagia dan melarat pula kehidupannya ini bukan salah orang lain tetapi kerana kesilapan sendiri.Allah jadikan semua manusia sama. Jika tuan susah nyatakan kenapa tuan susah?Kalau kerana tiada pekerjaan maka tuan silap besar. Dalam dunia ini tuan pekerjaan lebih banyak dari manusia...


Bila kita mengadu tiada PEKERJAAN.selalunya bukan kerana tiada kerja tetapi tiada kemahuan bekerja atau memandang pekerjaan itu tak sesuai dengan taraf hidup atau pelajaran kita.Maka sebab itulah hidup kita merana. Orang yang tiada pekerjaan itu bersebab dari dirinya sendiri.Orang jenis ini sebenarnya mempunyai banyak penyakit jiwa .Kepada orang seperti ini ingatlah bahawa pengganguran mereka bukan saja merupakan suatu beban pada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.

Rabu, 27 Mei 2009

Anak anugerah illahi paling bernilai


Anak merupakan anugerah illahi yang tidak ternilai bagi sesebuah keluarga.Dinilai dalam bentuk kebendaan, ia adalah aset yang paling mahal dan tidak ternilai oleh sesuatu apa pun.Penyeri rumahtangga, pengikat kasih, penyambung zuriat dan harapan negara masa depan.


Didikan dan asuhan yang sempurna menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka disayangi, dihargai dan bahagia bersama keluarga.Menerima kehadiran sibayi dalam sesebuah keluarga adalah saat yang mengembirakan semua.


Ada yang sangat gembira menyambut kelahiran bayi baru yang sudah lama dinantikan. Pengalaman menyambut kelahiran bayi sesuatu yang sukar digambarkan.Tidak kurang juga ada orang yang berasa kurang senang dengan kehadiran sikecil ini kerana ia akan melibatkan bebanan kewangan baru.


Ada suami yang merasai dirinya terabai dengan kehadiran sikecil ini.Sekiranya ada perasaan demikian dan anda tidak dapat menyelesaikan masalah ini silalah bertemu dengan kaunselor perkahwinan.

Kerepok Terengganu


Terengganu terkenal dengan keistimewaan kerepok lekornya. Tiap cuti umum usahawan-usahawan kerepok pasti senyum melebar kerana jualannya pasti meningkat 300%.Kerepok dan Terengganu ibarat lagu dan irama. Ia sukar dipisahkan.


Pelbagai nama dicipta oleh para pengusahanya dalam memastikan jenamanya dikenali ramai.Dari nama pengusaha seperti Kak Yah kerepok malah ada yang menggunakan angka seperti kerepok 099, 009 malah angka James Bond 007 turut dipakai. Yang pastinya kampung Losong akan mengamit para pelancung . Suasana keriuhan dan terpaksa beratur panjang untuk membelinya waktu cuti umum langsung tidak menjejaskan industri tersebut.


Tapi kalau diperhatikan orang terengganu tidak menjadikan kerepok sebagai rutin makanan harian mereka. Sepatutnya orang terengganu sendiri menjadi penyumbang kepada pembangunan industri ini. Sudah tiba waktunya kerepok yang kaya dengan protein itu mengantikan makanan segera yang menjadi kegilaan anak remaja hari ini.Anak-anak kecil perlu diajar makan kerepok sejak dari kecil lagi.

Isnin, 25 Mei 2009

Nak jadi apa bangsa aku?


Kenapa majikan tak minat nak ambil pekerja tempatan bekerja?Tengok dekat stesyen minyak semuanya dipenuhi warga asing khususnya Bangla. Mula datang dulu sepatah haram pun perkataan mereka kita tak faham. Bila tanya mereka jawab 'problem bos' . Apa yang problem pun tauke tak faham. Beri rumah sewa, sediakan katil, beli tilam, bila tanya mereka jawab problem bos.


Sudah kenyang makanpun bila tanya mereka jawab problem bos.... !!!!!!! apake jadahnya asyik-asyik problem-problem.Makan sampai kenyangpun problem, tidur atas tilam yang elokpun problem,sewa rumah majikan bayarpun problem..... apalagi yang tak problemnya???


Tapi majikan tersenyum lebar kerana mereka kerja ikut jadual dan peraturan . Kalau masuk jam enam ,tepat jam enam mereka sudah terpacak ditempat bertugas.Bayangkan kalau tenaga kerja tempatan bertugas sehari dua bolehlah. Mana tahan masuk jam enam kalau jam dua pagi masih merempit dijalanan. Bukan benci pada bangsa sendiri tapi itulah hakikatnya kini.