Pengikut

Jumaat, 7 Mei 2010

hello, siapa di sana?


ketua penyamun: hello! siapa di sana?

orang kaya : aku orang kaya.... aku mahu minta tolong dengan engkau. Boleh tidak engkau tolong rompak aku punya rumah?

ketua penyamun: apa, dekat-dekat engkau punya rumah tak ada radio car ke?

orang kaya : radio car... kalau malam tak ada, kalau siang memang banyak la.

Selangor police chief's car stolen
May 6, 10 6:04PM
Even Selangor police chief Khalid Abu Bakar is not immune to crime, who found today that his official car was stolen... malaysiakini

Khamis, 6 Mei 2010

sain jangan tak sain

Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.


...... barangkali pak lah telah diberi nasihat oleh tuan penasihat 20%.
...... barangkali pak lah marah ketika itu menyebabkan harta negara tergadai.

sain jangan tak sain.


siapakah antara perdana menteri kita yang mempunyai pemikiran seperti AbdulWahud?

Rabu, 5 Mei 2010

ciri pemimpin yang baik.....



mesti pandai pembohong,'
mesti pandai temberang,
o....tetapi jangan sampai ,
hai pecah tembelang


ciri-ciri kepimpinan yang disarankan oleh allahyarham p.ramlee.....

Selasa, 4 Mei 2010

saudagar husin lampoyang....

MAHKAMAH

Suri rumah mengaku tidak bersalah memperdagang manusia

PETALING JAYA: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu terhadap dua pertuduhan memperdagangkan manusia, September lepas.

Anita Nordin, 43, dari Petaling Jaya didakwa memperdagangkan seorang lelaki warga Indonesia, Deden Firman, 27, bagi tujuan mengeksploitasinya di sebuah rumah bernombor 5 PJS/7/15D Bandar Sunway, 2 petang, 29 September lepas.

Ibu kepada tiga anak itu juga didakwa melakukan kesalahan yang sama ke atas seorang wanita Indonesia, Patimah, 36, pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.


Mahkamah menetapkan 12 Januari tahun depan untuk sebutan semula. BERNAMA

semalam aku menonton filem 3 abdul...entah kali keberapa filem tersebut sudah ditonton.

tapi semalam aku melihat dari awal hingga akhir filem tersebut dengan penuh kyusuk.

filem ini diarah oleh allahyarham p.ramlee.... mula ditayangkan pada 22 april 1964... apa yang menarik perhatian aku kali ini ialah satu ucapan oleh Tuan Hussin Lampoyang...saudagar unta dari Cairo.

"dunia,dunia .... meniaga manusia lebih bagus dari meniaga unta"

kerana apa saudagar husin lampoyang berkata demikian? kerana abdul wahab dan abdul wahid yang dibeli dengan harga 2 ribu pound berjaya dijual sebanyak 4 ribu pound dengan sekelip mata.

sekarang kegiatan menjual dan memperdagang manusia sangat hebat.... ada dijual sebagai pelacur dengan mempunyai pas pelajar.... ada ibu mengandung bersedia menjual bayi dalam kandungan.... ada kegiatan menculik kanak-kanak untuk diperdagangkan.

maka benarlah kata saudagar husin itu...... meniaga manusia lebih bagus dari meniaga unta.


oh ya....... selamat hari bomba untuk semua anggota bomba dan penyelamat malaysia.

Sabtu, 1 Mei 2010

takziah....... moga rohmu aman di sana.


aku juga punya anak seusia Adik Aminul Rashid.....
bolehkah keadilan ditegakkan di negara aku kini???

Polis juga adalah buruh
bukan Raja
Selamat Hari Pekerja