MAHKAMAH
PETALING JAYA: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu terhadap dua pertuduhan memperdagangkan manusia, September lepas.
Anita Nordin, 43, dari Petaling Jaya didakwa memperdagangkan seorang lelaki warga Indonesia, Deden Firman, 27, bagi tujuan mengeksploitasinya di sebuah rumah bernombor 5 PJS/7/15D Bandar Sunway, 2 petang, 29 September lepas.
Ibu kepada tiga anak itu juga didakwa melakukan kesalahan yang sama ke atas seorang wanita Indonesia, Patimah, 36, pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.
Mahkamah menetapkan 12 Januari tahun depan untuk sebutan semula. BERNAMA
semalam aku menonton filem 3 abdul...entah kali keberapa filem tersebut sudah ditonton.
tapi semalam aku melihat dari awal hingga akhir filem tersebut dengan penuh kyusuk.
filem ini diarah oleh allahyarham p.ramlee.... mula ditayangkan pada 22 april 1964... apa yang menarik perhatian aku kali ini ialah satu ucapan oleh Tuan Hussin Lampoyang...saudagar unta dari Cairo.
"dunia,dunia .... meniaga manusia lebih bagus dari meniaga unta"
kerana apa saudagar husin lampoyang berkata demikian? kerana abdul wahab dan abdul wahid yang dibeli dengan harga 2 ribu pound berjaya dijual sebanyak 4 ribu pound dengan sekelip mata.
sekarang kegiatan menjual dan memperdagang manusia sangat hebat.... ada dijual sebagai pelacur dengan mempunyai pas pelajar.... ada ibu mengandung bersedia menjual bayi dalam kandungan.... ada kegiatan menculik kanak-kanak untuk diperdagangkan.
maka benarlah kata saudagar husin itu...... meniaga manusia lebih bagus dari meniaga unta.
oh ya....... selamat hari bomba untuk semua anggota bomba dan penyelamat malaysia.
salam...
BalasPadamheee malam tadi pun mak ayah duk layan cerita 3 abdul
mak mmg kaki filem melayu lama
berapa kali tayang pun, nak gak tengok
mmg kata2 org2 lama penuh fakta
hehehehe
lama dah tuh..
BalasPadamteman belum dilahirkan kedunia lagi semasa depa dok tayang kat panggung..hee
jauh betul tilikan dan telahan Husin lempoyang tu, sekarang dah jadi realiti.
BalasPadamhuhu...hebatnye pembikin cherita dulu2....ramalan semakin menjadi......
BalasPadambetul la...apa2 pun mmg banyak pengajaran yang ditonjolkan oleh filem2 terdahulu...waktu tu mgkn hanya suatu gurauan....yang akhirnya menjadi kenyataan...tertarik dengan satu lagi dialog filem p.ramlee..."oooo saya bomoh pun temberang"!!
BalasPadam