Pengikut

Jumaat, 11 Mac 2011

ancaman tsunami pantai timur...

menerima panggilan telepon dari seorang kawan yang berniaga di tepi pantai batu burok...

katanya:
polis telah membuat pengumuman melalui kereta peronda meminta semua pengunjung beredar segera kerana bimbang ancaman tsunami... bagai tak percaya aku menunggang motor kapcaiku terus ke pantai Batu Burok.


memang alunan ombak tidak seperti biasa....
angin pun bukan sepoi-sepoi lagi...
tentera Allah kalau bangkit sangat sukar untuk diramal...

mohon darimu Ya Allah agar tidak berlaku bala di bumi kelahiranku ini.

Ya Allah.....

Ya Allah sayangilah kami pada hari di mana wajah-wajah menjadi putih dan yang lain menjadi hitam.

Ya Allah sayangilah kami pada hari di mana harta dan anak pinak tidak dapat menolong kecuali sesiapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang tenang.

Ya Allah sayangilah kami pada hari rakan-rakan sejawat tidak dapat menolong.

Ya Allah sayangilah kami pada hari langit dan bumi hancur binasa.

Ya Allah sayangilah kami pada masa langit bergerak dengan cepat.

Khamis, 10 Mac 2011

makhluk lain sangat taat, manusia ?????

Telah ditentukan bahawa matahari tidak mampu mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung ditempat edarannya masing-masing.

Bulan, Matahari, Siang dan Malam sangat taat mematuhi peraturan ini.

Hanya kita manusia yang suka menyanggah,menentang, melawan segala peraturan illahi sebab itulah hidup kita penuh kekacauan.

Ahad, 6 Mac 2011

akan ku pancung sesiapa yang berkata........

Cinta dan patuhnya para sahabat kepada baginda Rasulullah s.a.w tergambar apabila berita kewafatan baginda tidak dapat diterima mereka. Ini terbukti apabila Saidina Umar AlKhattab bangun menghunus pedang sambil berkata:

"Sesiapa yang berkata Rasulullah telah wafat aku akan pancung kepalanya. Rasul Allah itu tidak wafat tetapi diangkat Allah Taala sebagaimana diangkat nabi Isa ke langit.

Dalam suasana yang kelam kabut itu Abu Bakar bangun mententeramkan keadaan dengan katanya:

"Sesungguhnya sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati. Dan sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah itu Maha hidup, tidak akan mati"

lalu Saidina Abu Bakar membaca firman Allah dalam surah Al Imran 144 yang antaranya bermaksud:

"Muhammad itu hanyalah seorang Rasul, Adakah apabila dia mati atau dibunuh maka kamu akan berpaling murtad? Sesiapa yang berpaling murtad maka dia tidaklah memberi apa-apa mudharat kepada Allah. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."

Bulan kelahiran Nabi Agung telah berlalu.
Marilah kita mengingati pula kewafatannya dan betapa pentingnya kita semua beramal dengan ajarannya walaupun baginda telah tiada.


Sabtu, 5 Mac 2011

15 hari menghilang.....

alhamdulillah ......
akhirnya aku dapat bertemu semula dengan blog aku ni...
tarikh terakhir aku mencoret coretan 20 Februari yang lalu,


aku tak tahu di mana salahnya,
apa yang aku tekan pun tak tahu,

bila anak-anak tanya ....
aku hanya mampu jawab tak tahu...

blog aku tak hilang,
tapi nak hantar coretan tak dapat,

hari ni... tiba-tiba ia muncul,
aku tak tahu tertekan apa?

apapun aku dapat bertemu semula rakan-rakan maya ku.
alhamdulillah....