Pengikut

Ahad, 28 Jun 2009

Sayur dan kepentingannya pada manusia





Sayur dan buah-buahan.Berapa ramai orang tidak menyentuhnya dalam menu harian mereka?Berbuih mulut para doktor memberi nasihat betapa pentingnya kedua bahan ini dalam jadual pemakanan harian manusia. Sayangnya manusia hari ini mempunyai 'Piramid Makanan Rekaan' sendiri.

Makanan yang tidak seimbang memberi infak besar dalam penjagaan kesihatan kita.Tapi manusia hari ini tak suka mendengar itu semua sebab itulah syarikat rokok bertambah kaya dari tahun ketahun.

Sayur sangat dibenci bukan saja oleh kanak-kanak malah anak-anak remaja langsung tidak menyentuhnya jika dihidang.Walhal sayur ada pelbagai vitamin A,Vitamin C,vitamin E dan pelbagai mineral. Sayuran mentah mempunyai kandungan lemak dan kolestrol yang rendah.

Vitamin A adalah vitamin antioksidan yang larut dalam minyak dan penting bagi pertumbuhan tulang dan penglihatan. Vitamin C adalah anti oksidan yang sangat kuat.Vitamin E pula membantu mempercepatkan penyembuhan pada kulit dan menghilangkan bekas luka. Manakala vitamin K pula membantu mempercepatkan penutupan luka jika terjadi pendarahan luar.

Begitulah hebatnya kejadian Allah melalui penciptaan sayur-sayuran ini.Malangnya pendedahan kepentingan sayuran pada manusia hilang begitu saja dengan pelbagai iklan makanan ringan yang digambarkan lebih hebat khasiatnya.

Selasa, 23 Jun 2009

SUAMI DAN BAPA


Dalam kehidupan berumahtangga tiada boleh dibuat suatu peraturan pun kerana masing-masing suka mengikut cara yang dipilih sendiri.Orang bijak pandai sentiasa berpesan supaya mempunyai sifat timbangrasa dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Islam sendiri mengangkat mertabat isteri sebagai setaraf dengan suaminya.Maka kalau suami melayan isteri bagaikan hamba atau barang permainan maka ia sudah menyalahi peraturan berumahtangga ini.

Sebab itulah banyak berlaku penceraian pada hari ini tidak kira samada golongan terpelajar atau pun tidak.Syarat kebahgiaan rumahtangga sudah tentulah hormat menghormati dan bertimbangrasa antara pasangan .

Menghantar suami ketangga atau pintu rumah dan melambai-lambainya waktu ia pergi bekerja dan menunggu suami ketika ia pulang kerumah merupakan suatu penghormatan pada suami. Maka suami pun suka berkurung dirumah.

Sisuami pula melayan isteri sebagai seorang yang sangat dikasehi. Suami bersifat memanjakan isteri,romantik dan pandai memujuk. Saling menghormati termasuklah berlemah lembut dalam tutur bicara.Adab bahasa yang halus menambahkan lagi perasaan kasih sayang antara pasangan tersebut.

Malangnya kebanyakan suami menunjukkan sifat kelakiannya dengan berlaku kasar dan menengking isteri tanpa sebab.Seorang suami sepatutnya tahu memuji isterinya kerana dia kelihatan lebih cantik dengan pakaian barunya .Isteri tentu berpuashati dan takkan tergamak meminta lagi untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

Kalau isterinya suka merepek tangkap dan cium mulutnya nescaya dia akan jadi bisu seperti udang dan buta seperti pungguk.Demikianlah adat berumahtangga.Selamat hari BAPA pada para suami dan ayah.

Jumaat, 19 Jun 2009

Aku juga inginkan Perdana Menteri seperti dia .......









DALAM satu sidang media antarabangsa, seorang wartawan Jepun melontarkan soalan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.

Dalam nada yang perlahan dan bersahaja, presiden berusia 52 tahun itu menjawab: "Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran."

Mungkin orang sengaja lupa.......




Orang selalu membicarakan PAS Terengganu bersifat keras dan radikal. Penulis menulis bukan kerana penulis orang Terengganu tetapi berdasarkan sejarah dan ilmu antropologi penduduk Terengganu.


Saya cukup memahami tradisi lelaki Terengganu. Sukar untuk mesra tetapi mudah tersenyum dan kelakar jika sudah mesra, pemanas, ucapan kasar, pendiam, pemalu, segan tonjol diri dan sedikit kekampungan. Secara tak langsung sifat ini juga mempengaruhi pimpinan PAS Terengganu. Lihat kehidupan TG Harun taib dan TG Haji Hadi.

Walaupun orang kerap mengutuk PAS Terengganu ekoran tumbangnya Kerajaan PAS Terengganu. Penulis mengakui banyak kelemahan PAS Terengganu ketika itu. Sebenarnya PAS Terengganu banyak membantu kebangkitan orde kepimpinan ulama dalam PAS yang menumbangkan Dato Asri.

Pimpinan Dewan Pemuda di bawah pimpinan Mustafa Ali dan pemuda PAS Terengganu seperti Abu Bakar Chik, Husin Ismail (pengerusi Yayasan Amal,) dan pemidato muda berpengaruh TG Haji Hadi menjadi teras utama menumbangkan Dato Asri. Mustafa Ali sanggup mengorbankan jawatan Setiusaha Parlimen Kementerian Perusahaan (kalau tak salah) demi PAS. Kalau profesional PAS Klon dalam Kerajaan Pusat Raja Bercakap, sanggupkah mereka melepaskan jawatan mereka demi wa’la dan baiah pimpinan PAS?. Belum pasti lagi. Mungkin mereka lebih setia kepada raja bercakap daripada TG mereka.

Wan Mutalib pula antara profesional awal yang terlibat dalam PAS manakala TG Harun Taib sanggup pulang sewaktu proses menyiapkan Phd demi jemaah PAS. Jika mereka tidak terlibat dengan PAS, mungkin wan Mutalib mempunyai syarikat guaman sehebat Zaid Ibrahim and Co. Manakala TG Harun Taib menjadi pensyarah kanan universiti.

Saya melihat PAS Terengganu dalam proses transisi. Orang kuat PAS Terengganu dijangka mengundur diri ialah abu bakar chik, wan mutalib dan akhirnya Cikgu Pa sendiri. Tokoh bakal dijadikan pimpinan baru ialah Syed Azman, Muyidin dan yahya ali bakal membantu TG Haron Taib.

Jika pimpinan PAS Terengganu ingin mendominasi secara total dalam PAS ketika itu, mereka boleh lakukan. Mereka mempunyai tokoh populis yang boleh dinobatkan ialah TG Haji hadi. Pengaruh Musthafa Ali dan Abu Bakar Chik cukup kuat dalam dewan pemuda. Dalam Dewan Ulama, kehadiran TG Haron Taib mula berpengaruh. Ketua Dewan Ulama, TG Nik Aziz tidak popular dan ‘semaksum’ sekarang. Teras ulama dan pemuda memang pro TG Haji Hadi. Tetapi TG Haji Hadi tidak mengidamkan kuasa kerana menghormati orang senior seperti TG Nik Aziz, Tg Fadzil Nor, TG Yahya Othman, TG Yusof Rawa dan lain-lain pimpinan ‘tua’.

TG Haji Hadi ketika itu lebih popular daripada TG Yusof Rawa, TG Fadzil Nor dan TG Nik Aziz sendiri. Tahun 1980an dikenali zaman kaset yang popular dengan fenomena haji hadi yang bergegar pidato agamanya. Bekas pelajar agama pintar ini tidak mengejar kuasa, hanya menjadi exco dewan pemuda sebelum dilantik Naib Presiden PAS. Jika Ustaz Nakhaie tidak berundur daripada PAS, mungkin TG Haji Hadi masih sebagai Timbalan Presiden (TG Fadzil mengharapkan ustaz nakhaie mengantikan beliau).

Jangan kita merendahkan PAS Terengganu, jasanya dalam PAS Pusat terutamanya dalam proses kebangkitan orde kepimpinan ulama sangat banyak. PAS TERENGGANU, KELANTAN dan KEDAH adalah teras PAS Malaysia. Sendiri mesti ingat.

Rabu, 17 Jun 2009

Lebih bahaya dari H1N1









Semua orang yang sempurna akalnya dan telah baligh mahukan :

1.Kesihatan dan lanjut usia
2.Makan dan minum
3.Tidur dan rehat yang mencukupi
4.Wang dan benda-benda yang boleh dibeli dengan wang
5.Hidup dalam kemewahan
6.Kepuasan hawa nafsu
7.Anak cucu yang ramai
8.Kemasyuran nama dan dipandang mulia dan mustahak

Semua tujuan hidup diatas mudah dicapai aku rasa melainkan yang nombor lapan agak sukar.Seorang ahli falsafah dari negara OBAMA Prof. John Dewy mengatakan "kemahuan tiapa-tiap seorang manusia ialah menjadi orang yang mustahak". Hasrat mahukan dirinya dihurmati dan dipandang tinggi dan mulia.

Hasrat ini sebenarnya seperti sejenis kelaparan manusia yang jarang boleh dipuaskan.Perasaan ini bahaya tuan-tuan.Orang yang gilakan kemasyuran dan mahu dipandang tinggi dan mulia ini mempunyai jiwa yang rosak.Sesiapa yang mengidap penyakit ini sukar menjadi orang yang berjaya.

Sekian dan jumpa lagi. Ingat hari ini ramai orang gila ditengah-tengah orang waras.