Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

selamat datang ke tanah suci....

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

sudah berduyun-berduyun umat Islam seluruh dunia berada di Tanah suci Mekah kini,
bumi yang kering kontang suatu ketika dahulu,
tiada air, bangunan, letrik, penghawa dingin,
orang yang gila pun tak akan sanggup duduk di situ,

tetapi nabi Ibrahim taat dan patuh pada perintah illahi,
membawa anak isteri ke sana,

patuh dan taat,
itulah dua perkara yang merupakan kekuatan umat islam,

patuh dan taat pada perkara yang disuruh Allah,
nescaya selamat hidup dunia dan akhirat,

jangan patuh dalam bab solat, haji, puasa sahaja,
tetapi payah, engkar, beri pelbagai alasan bila hukuman Allah hendak dilaksana,

maaf saya solat saya patuh tetapi bab hudud saya tak suka,
zalim, tak adil, lapuk ....

maaf adakah anda lebih tahu dari Yang Maha Pencipta ?

Ahad, 30 Oktober 2011

N9 memang layak ....

Tahniah untuk pasukan bolasepak Terengganu yang layak ke pertandingan akhir piala Malaysia.
Menang dan kalah adat perlawanan.
Tiada insiden buruk.... alhamdulillah. (cuma satu kes bakar bendera Terengganu)

Bendera negeri atau negara mesti dihurmati. Kalau dalam perang bendera sentiasa dijulang demi maruah.

Perbuatan membakar bendera seperti kurang sivik saja.

Kegagalan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.... meranapkan impian Terengganu.
Negeri sembilan memang layak untuk bergelar juara.....


Tahniah.

Khamis, 27 Oktober 2011

750 ribu .... beri pada FAM

30,000 tiket telah habis di Terengganu,
subsidi kerajaan Terengganu sebanyak 25 ringgit sekeping ,
dikali 30,000 keping,

maknanya kerajaan Terengganu membelanjakan 750 ribu ringgit untuk beli tiket bola,
beri duit free pada FAM ,

senang-senang belanja kerajaan Terengganu ni,
betul ke tindakan ini?





Rabu, 26 Oktober 2011

boikot jeee....


Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam Sabtu ini.


masalah yang dicipta,
kalau Terengganu bagi subsidi , kesian juga kita pada peminat bola negeri sembilan,
kita bukan bicara soal subsidi,
tetapi soal tindakan yang menghancurkan semangat sukan,
apa kejadahnya harga dilambungkan setinggi itu,

adakah mutu permainan kita setaraf liga Inggeris,
perkembangan bola tanahair kita baru mula menarik hati penyokong sendiri,

janganlah kita melakukan sesuatu yang melukakan hati mereka,

lima puloh ringgit itu suatu yang tinggi nilainya,
tidak lagi termasuk tambang bas, kereta, lori , van,
makan pagi, minum petang, makan malam,


aku menentang langkah FAM ini,
hidup bola, makan bola, tidur bola,

tapi ingat bila mati bola-bola itu sudah tidak bermakna lagi.

Sabtu, 22 Oktober 2011

teruskan aziz ...

semua orang nak belajar sampai tahap tertinggi,
Phd ... pelajaran habis dah,

maka jadilah mereka yang dapat Phd itu dengan kepakaran masing-masing,
ada jadi pakar sejarah,
pakar sukan,
pakar matematik,
pakar ilmu maritim,
pakar perlembagaan

pelbagai pakar yang ada dalam masyarakat,
dengan kepakaran yang mereka ada maka mereka ini berhak untuk mengemukakan ilmu mereka pada masyarakat,

membantu pembagunan negara,
memberi pelbagai pandangan ,

untuk kemajuan jasmani dan rohani,
tetapi jika ada pandangan mereka tidak sehaluan dengan orang yang menjaga negara usahlah cuba disekat pula,

berbeza pandangan ada hikmatnya,
mazhab pun ada pelbagai,
semua itu untuk kesenangan kita belaka,

zaman sudah berubah,
zaman maklumat dihujung jari,

lagi disekat lagi dicari laluannya,
ibarat air ,




bagi aku >>>>>>
“Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakarannya....


teruskan usaha murni kamu ... prof.
memang benar kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi pantai.