Pengikut

Khamis, 9 April 2009

Surat Tok Guru

Salam untuk semua. Saya tertarik dan terkedu seketika bila membaca surat tokguru pada YB Nga. Apa yang salahnya jika Nga membaca ayat quran . Besar harapan tokguru sebenarnya. Bukan untuk Nga sahaja tetapi hasrat tokguru untuk melihat Islam dijulang suatu hari nanti. Bekerjalah untuk kemenangan Islam kerana Allah tak akan persoal samada menang atau tidak tetapi apa yang kita lakukan untuk menangkan Islam. Waktu Iman Khomeini berjuang di Iran ketika ditanya mana pengikut kamu? Apa Imam jawab ialah pengikut aku ialah anak-anak yang berada dalam kandungan ibu dan berada didalam buaian waktu itu. Jauhnya pandangan seorang pemimpin samalah dengan apa yang tersirat disebalik surat tokguru itu. Tunggulah 10 tahun akan datang barangkali. Atau mungkin anak-anak cina yang memegang belon dan bendera PAS waktu pilihanraya di Kuala Sepetang tempohhari bakal menjadi perubah suasana politik tanahair ku Malaysia. Syabas Nga dan doa tokguru penuh berkat illahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan