Pengikut

Rabu, 8 Julai 2009

Mudahnya memerintah.........................

Maka berkatalah MENTERI yang mengawal hal ehwal pelajaran bagi bumi Malaysia bahawa PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat mulai 2012. Maka bertuturlah ia bahawa ia dibuat berdasarkan kajian dan bukan kerana tekanan politik dari mana-mana pihak.Maka seluruh rakyat jelata disuruh bersabar. Maka apa yg aku nak kata ialah bagaimana mudahnya kita dipermainkan.Sudah berapa ribu anak-anak kita yang sudah gagal dalam matapelajaran Sains dan Matematik sepanjang pelaksanaannya.

Yang lulus matapelajaran tersebut diperingkat UPSR , PMR dan SPM yang lalu pun kelam kabut sekali untuk menguasainya. Anak-anak kita yang bersekolah diasrama penuh pun menderita angkara pelaksanaannya. Inikan pula pelajar yang berada disekolah-sekolah harian kerajaan.

Aku ni yang belajar dalam aliran melayu suatu waktu dulu langsung tak dapat membantu bila anak-anak bertanya mengenai pelajaran mereka. Walhal zaman aku bersekolah dulu pun ramai teman-teman aku dapat jadi doktor, arkitek, pensyarah walaupun belajar dalam pengantar bahasa melayu.

Yang susahnya ialah kerana pemimpin-pemimpin aku ni orang melayu tetapi hidup mereka sudah lebih dari orang putih. Lebih sudu dari kuah.Kalau ada masalah mereka akan bercakap mengenai melayu dan ketuanannya tetapi yang dimangsakan ialah orang melayu ni jugalah.Malangnya melayu dibumi sendiri...... jangan sampai jadi apache dibumi Amerika.

4 ulasan:

  1. Salam.
    Kita tunggu sahaja sama ada janji ini ditunaikan atau 'janji tinggal janji'. 2 tahun setengah lagi. Saya cuma berharap agar kita tidak 'terlupa' menuntut janji ini bila sampai waktunya.

    BalasPadam
  2. Lihat kenyataan media Presiden Pas mengenai PPSMI.Dan Pak Ungku Aziz pun setuju PPSMI dihapuskan.Kalau tak nak dengar pandangan org cerdik pandai susahlah kita.

    BalasPadam
  3. diorang mmg x pernah fikir pasal rakyat pun. smua nak kayakan kroni dan sanak saudara je...

    BalasPadam