Pengikut

Sabtu, 8 Ogos 2009

Duriangggg

Musim durian sudah sampai ke penghujungnya. Aku sempat juga membeli durian dengan harga seringgit sebiji. Kebetulan waktu aku sampai acara lelong melelong bermula.

Durian ni memanglah buah yang hebat. Raja segala buah.Macam Shah Iran raja segala raja.Megah dan sombong. Maklumlah dikelilingi dengan pagar duri. Baunya pula tak tertanding oleh segala perfume yang ada dimarket.

Bau perfume 'Dunhill desire blue' harga 99rm..........sebotol 100ml
Bau dari jenama 'Boss no.6'........................
Bau dari jenama 'Dior Addict' for women ........
Bau dari jenama 'Polo Black' ...........sebotol 98rm.....


Semuanya dikalahkan oleh bau dari jenama DURIAN........raja memang pakai perfume tersohor.


Kalau durian terhempap atas kepala alamat tak lamalah orang tu hidup dibumi ni.....
Durinya mencucuk semua urat saraf kepala......kalau hidup mungkin gila, mungkin gila babi seumur hidup cuma taklah sampai dapat selsema babi.

Tapi disebalik keegoannya bila isinya dikeluarkan dari kulit barulah nampak kelemahannya.
Isinya dibuat tempoyak....ditenyeh lumat-lumat, digaramkan, dilenyek dengan ciliapi....pedas tak terkira.

Bila isinya dikeluarkan ia hilang segala kuasa. Tiada lagi pelindungnya...tiada kuasa lagi.Hanya tinggal nama.... orang sudah tak gerun padanya lagi.

Isi yang elok terus dimakan. Isi yang kurang elok di I.S.A kan didalam botol untuk berbulan malah bertahun lamanya......

8 ulasan:

  1. Musim durian kali inilah chekdee rasa terkilan sangat........ apa tidakna....chekdee saban hari terciumkan bau harumannya dari warung diseberang jalan ofice chekdee tapi....disebabkan kenaikan melampau berat badan ni......chekdee tak dibenarnya makan durian....ukhusssssss sosdehhhhhh

    BalasPadam
  2. wah seringit sebiji .. bestnya

    BalasPadam
  3. chekde ; baguslah tu kesihatan kena diutamakan.

    a l kitizen ; dah habis cikgu....

    BalasPadam
  4. kenapa tak boleh wat tiap2 masa adlh musim durian?

    BalasPadam
  5. En abu Muaz..Jom pekena Patin tempoyak ..perghhh..pasti tak lupa..

    BalasPadam
  6. Basuh baju: kalau sentiasa ada taklah nama raja pulak.


    En.releven : nanti saya pergi pahang saya call.

    BalasPadam
  7. hmm kalau durian hanya gah dengan durinya,Umno pula hanya gah dengan kuasanya saja.Bila dah x dak kuasa akan dilenyek sesama sendiri.Macam Paklah dan Dr.Mahathir sekarang,Kesian pulak tengok mantan PM tu.

    BalasPadam
  8. Bagi nohp en Abu Muaz melalui email saya ni.. relevan64@gmail.com

    BalasPadam