Pengikut

Ahad, 30 Ogos 2009

Merdeka!!!! negara aku esok......

Merdeka negara aku esok.

Tanggal 57 ..... merdeka! merdeka ! Merdeka.

Inggeris sudah lama pulang meninggalkan tanahair aku tetapi pemikiran , otak dan perangai masyarakat aku masih terjajah dengan pelbagai budaya dan akhlaknya. Kekal terjajah dengan pelbagai undang-undang dan peraturannya.

Budaya dan akhlak Inggeris dijulang tinggi mengatasi ketinggian menara KL......

Kita merasa lemah dan hina untuk beramal dengan akhlak dan maruah yang diajar oleh Islam.Merasa tidak membangun jika kita mengikut Islam. Merasa tak bertamaddun jika beragama.Merasa dunia ini terlalu sempit jika ikut kehendak dan peraturan illahi. Merasa hina dina dan seolah - olah berada dibawah tempurong.

Selagi kita tidak membebaskan belenggu ini dan kembali kepada petunjuk Allah yang sebenar maka kita tidak mencapai kemerdekaan dalam ertikata yang sebenar.

Sebelum mati menjadi kewajipan kita untuk kembali kepada kemerdekaan yg ditunjuk illahi supaya bukan saja kita merdeka didunia bahkan kita mencapai kemerdekaan daripada api neraka dihari akhirat nanti.

Inilah satu ucapan yg masyur tentang erti merdeka. Ucapan dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama RUB'AI BIN AMIR . Satu ucapan yang ditujukan kepada presiden negara PARSI (Iran hari ini) ketika itu yg bernama Rustam.

Maksud ucapannya: "Allah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu dari mengabdikan diri kepada sesama hamba kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman pelbagai agama kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat".

Marilah dengan penuh keinsafan dan kesedaran kita mengerti makna kemerdekaan yang sebenar ketika negara kita menyambut ulangtahunnya esok.

Erti kemerdekaan sebenar hanyalah apabila manusia mengabdikan diri solid kepada allah swt. Tidak ada dikalangan manusia berlagak menjadi tuhan yang mencipa pelbagai hukum-hakam dan peraturan dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah swt.

Akan berlakulah kezaliman,penindasan dan kekejaman apabila ada kalangan manusia yang berlagak berkuasa mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu dan kehendak sendiri tanpa mengira halal dan haram,tanpa mengira betul atau salah, tanpa mengira adil atau zalim tanpa mengira samada ia berhak atau tidak.

Manusia tidak akan bebas merdeka selagi tidak dapat membebaskan diri daripada belenggu yg diadakan-adakan oleh manusia sendiri.Undang-undang syariah seolah-olah tiada daulat dan tidak merdeka. Salam kemerdekaan. ...........

10 ulasan:

  1. salam ramdhan dan salam kemerdekaan... shukran sebab ziarah blog saya.. selagi bergelar hamba ALLAh,selagi itu kita belum merdeka sehinggalah kita melaksanakan segala suruhannya dan tingalkan segala larangannya,serat terlepas dari azab kubur dan mengecapi nikmat syurgaNYA.. semoga pemikiran n jiwa umat islam di negara ini merdeka dari ideologi songsang ciptaan musuh islam.... ameen.......

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana gi gerok ambe tido dalam khemah... ha ha ha ... MERDEKA!!

    BalasPadam
  3. Chekdee rasa ...kita belum merdeka selagi.... kehidupan kita yang berbilang bangsa ini masih ada sifat perkauman.... belum bersatu hati..... masih ramai bangsa asing yang belum fasih berbahasa melayu ....cam mana tu

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. merdeka bang..hr ni kte merdeka bang..hehe..slmt menyambut kemerdekaan yg ke 52..dan paling penting slmt menyambut bulan ramadhan
    :)

    BalasPadam
  6. En Relevan : T.q

    chekdenoor : pelbagai bangsa tu rahmat. Allah jadikan banyak bangsa didunia ini. Cuma bangsa dan puak-puak ini akan hanya boleh disatukan dengan Islam. Biar dari bangsa manapun tetapi yg disembah ialah Allah Tuhan yg satu. Maka kerja kita banyak lagi utk seru manusia pd Islam.Tiada istilah pencen dalam da'wah.

    tuan syahbandar : hari ni ke kita merdeka? ya ke? ehhh.... biar betul!

    BalasPadam
  7. assalamualaikum, salam Ramadhan dan semoga hari kemerdekaan ini lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. saya rase budaya dn pemikiran kita msh lg dijajah cuma awk shj kot yg mcm tuh... bg saya kita sekarang ni bebas berfikir utk menentukan arah hidup kita... kalau kita hendak amalkan amalan ISLAM dlm kehidupan sehari2 kita yg amalkan... adakah kerajaan akan menangkap dn masukkn dlm penjara sekiranya kita mengamalkan cara hidup ISLAM...

    ASSALAMUALAIKUM WAHAI SAUDARAKU SESAMA ISLAM

    BalasPadam