Pengikut

Sabtu, 31 Oktober 2009

Konvokesyen Pertama UDM......catatan lewat.

Tidak lewat rasanya untuk mencoret sesuatu diatas kejayaan anak kedua aku ini. Sepatutnya aku sudah menulis peristiwa ini pada julai yang lalu. Tapi oleh kerana banyak sangat peristiwa yang menarik berlaku dalam tanahair maka tertangguhlah hasrat itu.

Bila melihat majlis konvokesyen Yuna di UiTM dilaman Prof.Abdul Wahab Arbain baru aku teringat majlis konvo anak kedua aku itu. Istiadat konvokesyen kali Pertama Universiti Darul Iman yang diadakan pada bulan Julai yang lalu.



Apa pun tahniah diatas kejayaan anakanda. Usaha gigih dan belajar dengan smart akhirnya dapat juga mencapai impian ini.

Moga-moga yang kecil-kecil ini mengikut jejak abang dan kakaknya untuk menjadi manusia yang dapat menyumbang pada agama dan negara pada masa akan datang.

Tidak ada hadiah yang mahal-mahal untuk meraikan kejayaan itu cuma membeli satu laptop baru untuk mengantikan yang lama yang sudah keuzuran.

mak n ayah...
thanks a lot 4 da laptop.... i promises 2 stdy hard n smart... he..he .. luv both of u.
Catatan sms pd 28 julai 09 ini masih tersimpan hingga kini.

Rabu, 28 Oktober 2009

Syabas anak muda...............

Membawa anak bongsu kekedai gunting rambut. Kebetulan kedai niii baru dibuka dengan rasminya pada hari itu (27 oktober 2009). Tuan punya kedai seorang anak muda yang berani menyahut cabaran dalam dunia perniagaan.



Menjadi pelanggan yang pertama memasuki kedai tersebut.



Relax jee.... tak menangis. Rambut pun dah jadi macam punk geng.



Tenang menahan mesin gunting rambut berligar-ligar dikepala.


Berakhirnya satu episod dari kehidupan. Kepala dibotakkan supaya senang untuk memikirkan masalah kehidupan yang penuh berliku pada masa hadapan. Oleh kerana aku pelanggan yang pertama maka tiada bayaran dikenakan. Terima KASIH banyak-banyak.Semoga perniagaan anak muda ini dilimpahi barokah oleh Allah swt. Syabas kerana berani menyahut cabaran bahawa sembilan persepuluh rezeki itu adalah dari perniagaan. Selamat berjaya.

Selasa, 27 Oktober 2009

Runtuh lagi... gila,gila bukan gila biasa tapi gila babi.....

tercabut bongkah simen ni.... banyak manala kau letak simen ni wahai kontraktor...



keadaan jambatan yang runtuh

Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang
GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.


Kaum keluarga setia menunggu sehingga jam 5 pagi untuk mengetahui keadaan anak mereka
Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.


Terkini ; 19 pelajar selamat. Yang meninggal seorang murid perempuan berbangsa india bernama Dina Deve a/p Nathan. Mayatnya dijumpai jam 8.40 pagi tadi.


Dengar cerita puncanya kerana budak lompat melompat tulah runtuh jambatan..... kuang,kuang,kuang...... budak pula yang bersalah.

Jangan berlagak sombonglah wahai manusia.....

Ahad, 25 Oktober 2009

Syabas pasukan bola Terengganu......

TERENGGANU layak keseparuh akhir piala malaysia menumpaskan selangor dengan tendangan penalti...... 5-4.

Itulah bola yang sifatnya bulat. Main bola tidak sama rentaknya dengan orang berpolitik. Apapun tahniah juga untuk pasukan selangor yang mempamerkan persembahan yang menarik. Cuba lagi tahun depan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Terengganu dua Selangor satu...... malam ini.

Banyak perkara menarik sepanjang minggu ini. Tak tahu aku hendak mulai menulis mengenai apa.Politik, ekonomi,sosial semuanya ada dan menarik perhatian.

Kes sidang DUN Perak pada 28 oktober ini tak kurang gemparnya. Perbicaraan dua ADUN yang dituduh menerima sogokan rasuah sedang berjalan.

Perbicaraan saman malu Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap mantan PM Tun Mahathir sudah berlalu. Mahkamah telah menolaknya kerana menggunakan bahasa inggeris dalam memorendum rayuan tersebut.

Dalam PAS pula berlaku pertelingkahan baru. Ada cadangan diadakan EGM macam MCA. Apa sebenarnya sedang berlaku ni?

Dan perhimpunan agong UMNO pun baru berlalu. Berdayakah UMNO untuk memerangi rasuah yang sudah berakar umbi dalam parti itu?

Juga tak kurang menarik sejadah berdiri dibeberapa buah masjid dan sekolah dalam tanahair kita.

Perbahasan rang undang-undang mengenai anggota tentera yang menerima pingat keberanian untuk kenaikan elaun menarik juga. Bagus juga diberikan kenaikan manalah cukup kalau sekadar empat ratus ringgit sahaja. Peluru yang melekat dibadan, kaki yang terpaksa dipotong dengan elaun yang sangat rendah itu menjadikan bekas anggota keselamatan kita seolah-olah tiada nilai dalam masyarakat. Mereka berjuang suatu ketika dulu menentang komunis demi keselamatan kita semua. Kalau dapat seribu dua sebulan berbaloilah juga.

Kelmarin pembentangan bajet 2010 oleh YAB PM. Cukai rokok dan arak tak dinaikkan. Apa pasal tak naik niiii...... !!!!!!!!! Bergembiralah kamu wahai kaki - kaki mabuk.

Dan hari ini perlawanan suku akhir kedua piala malaysia bermula antara Selangor dan negeri aku Terengganu. Tiket sudah habis dijual .... tempat perlawanan ialah distadium lama. Maklumlah stadium baru yang runtuh itu masih tersadai bagai bangkai busuk. Apapun aku yakin Terengganu akan menang. Maafkan aku TanSri Khalid ......


Team Terengganu bersama YAB MB Terengganu

Semoga pasukan bolasepak Terengganu dapat mengulangi kejayaan seperti zaman Tuan Guru Haji Hadi menjadi Menteri Besar ketika itu. Hadiah lot tanah kepada para pemain dan jurulatih Mat Zain Mat Aris masih segar dalam ingatan. Untuk perlawanan malam ini Selangor akan tersungkur ditangan terengganu dua gol berbalas satu.

Selasa, 20 Oktober 2009

tolong lamar zaharah anak cik maimun.................


ku harap ibu segera lamarkan

pada zaharah anak cik maimon
walau dia tak pandai berdandan
asal saja pandai di dapur

ku ingat namanya zaharah
kata tetangga dia rajin di dapur
ibu takkan bersusah punya menantu zaharah
gadisnya rajin berumahtangga




Hari ini kalau orang pilih bakal menantu kriteria apa yang akan diguna pakai ? Soalan apa yang akan ditanya? Mungkin ..... kerja apa? kereta jenama apa? Umur berapa? Janda ke dara orang sudah tidak mahu ambil cakna lagi .

Pandai memasak dan kemas - mengemas tak mainlah sekarang? Semuanya nanti bisa diurus bibik. Makan minum suami? Oh bibik kan ada.

Tapi kalaulah ada seperti sizaharah ni aku rasa aman sentosa rumahtangga. Taklah sebulan kahwin cerai. Setahun kahwin sudah mula perang besar. Hingga yang sudah sepuluh tahun kahwin pun sedang sibuk turun naik mahkamah.

Zaharah berdandan pun tak pandai. Takapalah . ... tak perlu dia memakai seluar yang sendat-sendat. Pusatnya tertutup rapat tak siapa dapat melihat.

Mungkin aku kolot dan tergolong dalam manusia yang tercicir dalam zaman canggih ini. Apa pun syabas pada penulis lirik lagu ini ...... Oh Ibu ! tolong lamarkan. Mungkin zaharah ini adalah Fatimah AzZahrah.... mungkin, mungkin .Siapa yang tahu .... maksud penulis itu.

Isnin, 19 Oktober 2009

Ingin kaya dan kesenangan?? ..... cubalah resepi ini.

Salam dan semoga semuanya berada dalam limpah rahmat Allah swt.

Sesungguhnya semua orang inginkan hartanya menimbun. Pendapatan yang banyak. Rumah-rumah mewah yang mengalahkan istana . Kereta berbaris tersusun dilaman rumah.Semua itu menjadi kegilaan manusia dalam mengejar nikmat dunia yang sementara ini.

Tetapi ada juga kumpulan manusia yang hidupnya menderita. Kais pagi makan pagi.Timbunan sampah sarap menjadi tempatnya mencari rezeki. Bahan buangan orang dikutip untuk menampung kehidupan.

Dalam alquran terdapat satu surah yang terkenal dalam masyarakat sebagai surah yang penuh berkat dan melenyapkan kefaqiran serta memurahkan rezeki para pengamalnya. Ramai orang membacanya kerana surah ini dapat memerangi kemiskinan kerana kemiskinan itu adalah musuh tiap insan didunia ini.

Suratul Waqi'ah ...... diturunkan di Makkah mengandungi sembilan puluh enam ayat. Dalam kitab albaihaqy dari Ibnu Mas'ud r.a berkata : Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesiapa yang membaca suratul waqi'ah setiap malam maka dia tidak akan
ditimpa kemiskinan selama-lamanya."


Ibn Asakir meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. daripada baginda s.a.w. bersabda :

"Surah al Waqi'ah adalah surah pembawa kecukupan, maka bacalah dan
ajarkan kepada anak-anakmu."


Walaupun surah ini adalah surah kekayaan tetapi ia turut mengandungi ancaman-ancaman kepada orang yang berbuat maksiat dan pembawa khabar gembira kepada orang-orang bertaqwa.

Ketika Bilal ibn Rabah r.a. sakit menghadapi sakarotulmaut ada seorang yang hadir mencadangkan untuk dipanggil doktor tetapi bilal berkata doktor akan menambahkan lagi sakitku ini.

Orang itu berkata lagi: "Tidakkah engkau wasiatkan sesuatu kepada anak-anak perempuan mu sebelum wafat?'"

Bilal berkata:"Aku wasiatkan mereka untuk membaca surotulwaqi'ah setiap malam kerana ia akan mencukupkan mereka daripada kemiskinan"

Oleh itu marilah kita beramal dengannya supaya kita tidak termasuk kedalam golongan orang -orang yang meminta-minta dari orang lain. Juga supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang salah disisi syariat Allah swt.

Dan ingatlah kekayaan itu bukan hanya memiliki harta yang banyak semata-mata tetapi ia sangat luas maknanya disisi Alllah swt.

Ahad, 18 Oktober 2009

Ya Allah, sayangilah kami........

Ya Allah, sayangilah kami.

Ya Allah, sayangilah kami pada hari di mana wajah-wajah menjadi putih dan yang lain menjadi hitam.

Ya Allah, sayangilah kami di mana harta dan anak tiada dapat menolong kecuali sesiapa yang datang menghadapmu dengan hati yang lurus.

Ya Allah, sayangilah kami pada hari rakan sejawat tidak dapat menolong.

Ya Allah, sayangilah kami pada hari dikatakan kepada neraka jahannam , apakah engkau sudah penuh?Dan neraka jahanam menjawab: apakah ada tambahan?

Ya Allah, sayangilah kami.... pada hari langit dan bumi hancur binasa.

Ya Allah, sayangilah kami pada masa langit bergerak dengan cepat.

Ya Allah, sayangilah kami ketika bumi bergoncang.

Ya Allah, sayangilah kami ketika bukit-bukit berhamburan seperti debu.

Ya Allah, sayangilah kami ketika pandangan mata ketakutan,ketika gerhana dan bulan dengan matahari dikumpulkan jadi satu.

Ya Allah, sayangilah kami..... ya Allah.

Musibah ..........

Ada pelbagai musibah yang menimpa manusia. Ada musibah berupa rasa takut kepada musuh atau penguasa yang zalim atau daripada binatang buas. Ada juga musibah ditimpa kelaparan kerana kemiskinan atau kerana hujan yang tidak turun-turun. Ada juga manusia ditimpa musibah ditimpa jatuh miskin setelah hidup bermewah-mewah. Ada juga yang sakit setelah sebelumnya sihat.Dan ada yang bercucuk tanam tetapi buahnya tidak menjadi kerana rosak atau dimakan binatang.

Semua ini adalah cabaran yang menimpa manusia di dunia. Dunia ini secara tabiatnya adalah tempat musibah dan cabaran , tempat bersusah payah dan berbagai kesukaran.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Seronoknya bersama kamu semua........


Waktu untuk bersama dengan kesemua anak-anak sangat sukar diperolehi kini. Masing-masing dengan kesibukan tersendiri . Kesempatan mandi-manda bersama dengan mereka semua pada syawal yang lalu sangat menyeronokkan. Waktu sangat cepat berlalu. Kini mereka semua sudah mulai meninggalkan kita bersendirian dirumah. Barangkali inilah juga perasaan yang dirasai oleh ibu dan bapa kita selama ini.











Kami ketaman pertanian sekayu Kuala Brang Terengganu pada 5 syawal yang lalu. Kejernihan air terjun dan kehijauan alamnya menyejukkan mata memandang. Tempatnya pula jauh dari kesibukan dan kebisingan kota.




Keindahannya masih kekal . Biarlah ia terus kekal begini untuk anak-anak kita akan datang. Janganlah zikir pembangunan meragut kesemua tempat-tempat menarik ini.





Semua balatentera aku berkumpul pada syawal tahun ini.
(sembilan campur dua samajuga satu team bola)


Yang kecil ini pun tumpang sekaki berseronok.






Anak dara aku sibuk bergaya, pantang ada kamera ......





yang niii..... sudah kebekuan..... dari pagi duduk menyelam.




Semuanya sudah kesejukkan.




Awas!!! disebalik keseronokan ada bahaya menanti. Fenomena Kepala air. Sudah banyak nyawa melayang. Tapi jika anda mendengar nasihat insyaAllah semuanya selamat. Apalagi jemputlah bertandang bersama keluarga. Chalet pun banyak terdapat disini. Daripada menghabiskan wang keluar negara lebih baik melancung dan berehat dalam negeri sendiri tetapi waktu sekarang sudah tidak sesuai lagi untuk kesini kerana musim tengkujuh sudah bermula.


Kepada anda semua yang masih mempunyai ibu dan bapa hargailah mereka sementara mereka masih bernyawa. Jadilah anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka jika mereka sudah meninggalkan alam ini. Kepada ibu bapa pula sayangilah anak-anak anda kerana ia adalah amanah dari Allah untuk kita .

Selasa, 13 Oktober 2009

Selamat tinggal Bagan Pinang............


Penulis didepan markas induk PAS di Bagan Pinang



kanak-kanak kedewasa ni...... antara yang sempat dirakam. Kesian adik-adik kecil ini......



ni pun nampak macam muda lagi...... sekolah lagi ni....




bolehke mereka ini terlibat dengan pilihanraya....... dijadikan kumpulan sorak, semua ditanggung beres.....



sempat merakam gambar seorang remaja ditahan polis.... pada pagi hari membuang undi



lagi ditahan polis.....



pelbagai jenis t-shirt dipakai....... berkolar kuning.....




remaja perempuan pun tak kurang hebat.......dilengan tuu...... diikat reben merah...



tengok tuuu.... sempat bawa kayu lagi.... beraninya mereka......kumpulan reben merah


mangsa lontaran batu...............



kereta ini cerminnya dipukul dengan kayu........

semua ini tak disiar oleh rangkaian utama berita tanahair.....adakah kita ingin melahirkan kumpulan remaja seperti ini.???? Siapa dibelakang mereka? Siapa sebenarnya samseng politik jalanan?????

Isnin, 12 Oktober 2009

Pengumuman : Ibu bulan tidak kelihatan di teluk kemang..



Tahniah untuk Tan Sri Isa. Langkah seterusnya ialah menjadi MB kembali atau mungkin dilantik menjadi menteri pusat semula. Kalau dikatakan rakyat mula menolak pembangkang apakah kekalahan BN di beberapa pilihanraya kecil yang lalu boleh dikaitkan juga bahawa BN telah ditolak rakyat.......... walau apapun teluk kemang terus kekal sebagai tempat melihat ANAK BULAN sahaja.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Tinggal sehari lagi ,,,,,,,, Bagan Pinang

Salam. Tinggal satu hari lagi rakyat Bagan Pinang akan membuat pilihan. Pengundi-pengundi pos telah selamat menunaikan tanggungjawab mereka. Pelbagai janji sudah ditaburkan. Rakyat sudah tahu parti dan calon mana menjadi pilihan.

Persoalannya adakah janji-janji pembangunan mampu mempengaruhi minda pengguna? Apakah persoalan moral dipandang serius oleh pengundi dikawasan ini? Sudah lebih seminggu rakyat dikawasan ini agak terganggu kehidupan harian mereka.

Apa pun para peniaga bertepuk tangan dan senyum melebar dengan kedatangan ramai pengunjung dari luar. Kedai-kedai makan masih rancak walaupun jam menghampiri 3 pagi. Rezeki jangan ditolak tapi harga janganlah melampau sangat. Wa tolong lu , lu tolonglah sama gua juga.

Selamat membuang undi dan didoakan semoga semuanya berfikir dalam kewarasan semoga tiada perkara buruk berlaku. Duda atau terunakah yang jadi pilihan????

Khamis, 8 Oktober 2009

diari usang............



Ini adalah diari usang milik aku tersimpan sudah 30tahun yang lalu . Ia ditemui kembali sewaktu mengemas rumah sempena hariraya baru-baru ini.


Diari ini adalah catatan hidup aku sewaktu alam persekolahan tahun 1979. Sewaktu aku berada ditingkatan lima.Macam-macam hal aku catat......



tarikh 14 disember 1979....... tercatat aku mengikuti lawatan sekolah selepas selesai mengambil spm ke singapura.



aku mengeluarkan simpanan biasiswa kecil sebanyak rm160 untuk dibuat belanja di singapura.Zaman tu biasiswa sebanyak 25 ringgit sebulan.Kira oklah. tercatat juga ibu memberikan wang kepada ku lima puloh ringgit dan dua ibu saudara ku memberikan sepuluh ringgit seorang untuk aku berbelanja diperjalanan...... jadi aku mempunyai wang sebanyak dua ratus dua puloh ringgit ke singapura....... nilai ringgit kita hebat waktu tu.... wang biasiswa ketika itu sangat-sangat dihargai dan cermat berbelanja. Maklumlah bukan senang nak dapatkannya. Aku terbayang pada anak-anak kita hari ini sangat mudah berbelanja menghabiskan wang pinjaman mereka.... beli handphone yg mahal, makan direstoran besar-besar..... keputusan peperiksaan habuk pun tak ada. Menghabiskan duit mak bapak sahaja.






helaian ini mencatitkan aku tidak solat subuh ........ bertarikh 1 julai.....






ini pula catatan perbelanjaan sebulan aku. Tak percaya bila aku membacanya semula. Belanja bulan tuuuu (jun 1979) sebanyak rm19.50..... aiskerim 40 sen....je sebatang. Air kotak dutchlady 50 sen je....




14 disember ..... jumaat kali pertama menjejakkan kaki ke singapura. solat subuh dan zohor dimasjid sultan . Dan itulah kali terakhir aku ke singapura.... sampai sekarang tak pernah pergi semula.



ini pula catatan perbelanjaan setahun aku berjumlah rm246.85 sen. Bukan dua ribu tuuuuu. .... dua ratus lebih sahaja...... kiralah setahun ada 365 hari.... tak sampai seringgit sehari.Waktu tu kesekolah menunggang basikal. Tingkatan lima pun berbasikal.... sekarang niii.... malulah semuanya naik bas atau bermotosikal.... atau mak bapak hantar dengan kereta.

..... wayang pergi juga tengok sekali-sekala.... harga tiketnya $1.25...... ada ditulis dengan nama cerita pula .... it a holy.....holiday.


yang ni pula rekod perbelanjaan aku ke singapura. Waktu tuuu berebut-rebutlah beli kasut jenama adidas. Aku beli juga sepasang berharga empat puluh lapan ringgit.
Dan tiket masuk zoo negara hanyalah 2 ringgit saja.
Catatan belanja bulan disember juga ada tertulis bayaran cabut gigi sebatang sebanyak 7 ringgit ...... hari ni berapa ringgit kalau sebatang gigi dicabut?



Dan aku memang peminat kumpulan Alleycat dan alicesound..... bulan tuuu.... aku beli keset mereka berharga 4 ringgit... sekeping.







Ini adalah catatan yang dibuat oleh manusia .....catatan yang mengembirakan saja banyak tertulis. Suatu hari nanti kita akan dibentangkan pula catatan amal oleh Allah yang maha penyayang dan maha pemurah itu. Apakah kita bersedia untuk menerimanya dengan tangan kanan kita? Catatan yang tidak dapat ditokok tambah lagi.......

Selasa, 6 Oktober 2009

berfesyen biar kena pada tempatnya.....
















Tak dapat aku bayangkan kalau isteri aku memakai kasut-kasut berfesyen ini. Nasib baik katalognya tidak dilihat sebelum raya lalu.

Berfesyen pun kena sepadan dengan empunya diri. Ada yang bertubuh gempal tapi mengenakan jeans yang sendat dan ber-T singkat pula. Geli pula kita melihatnya.

Ada yang kurus t-shirtnya pula pendek. Nampak pusat pula.

Dan ada yang bertudung rambut pula berjuntai. Bertudung pula tak ditutupnya dua gunung yang meninggi tu. Betulke bertudung cara begitu?

Kalau guru perempuan memakai kasut diatas pula macam mana ya? Riuh satu sekolah dengan bunyi kasut mungkin!