Pengikut

Selasa, 20 Oktober 2009

tolong lamar zaharah anak cik maimun.................


ku harap ibu segera lamarkan

pada zaharah anak cik maimon
walau dia tak pandai berdandan
asal saja pandai di dapur

ku ingat namanya zaharah
kata tetangga dia rajin di dapur
ibu takkan bersusah punya menantu zaharah
gadisnya rajin berumahtangga




Hari ini kalau orang pilih bakal menantu kriteria apa yang akan diguna pakai ? Soalan apa yang akan ditanya? Mungkin ..... kerja apa? kereta jenama apa? Umur berapa? Janda ke dara orang sudah tidak mahu ambil cakna lagi .

Pandai memasak dan kemas - mengemas tak mainlah sekarang? Semuanya nanti bisa diurus bibik. Makan minum suami? Oh bibik kan ada.

Tapi kalaulah ada seperti sizaharah ni aku rasa aman sentosa rumahtangga. Taklah sebulan kahwin cerai. Setahun kahwin sudah mula perang besar. Hingga yang sudah sepuluh tahun kahwin pun sedang sibuk turun naik mahkamah.

Zaharah berdandan pun tak pandai. Takapalah . ... tak perlu dia memakai seluar yang sendat-sendat. Pusatnya tertutup rapat tak siapa dapat melihat.

Mungkin aku kolot dan tergolong dalam manusia yang tercicir dalam zaman canggih ini. Apa pun syabas pada penulis lirik lagu ini ...... Oh Ibu ! tolong lamarkan. Mungkin zaharah ini adalah Fatimah AzZahrah.... mungkin, mungkin .Siapa yang tahu .... maksud penulis itu.

27 ulasan:

  1. Aderk ! Tak larat nak tulis balik. Dah komen berjela2 tadi, tapi tak lepas jugak.

    Kak tie pun kolot gak. Susah nak cari gadis2 yang pandai mengurus rumah dan memasak. Ramai yang pemalas...

    BalasPadam
  2. Dulu lain, sekarang lain..hehehe..tapi saya pun kalau nak pilih menantu, mesti jadi kolot jugak..Tapi gadis yang kolot sekarang ni tak ramai kot.

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz,

    Zaman dah berubah.. lirik lagu tupun sezaman dengannya.. namun kak percaya jika ada org mahu mengubah dan kembali kpd yg baik2 dp segi agama dan budaya insyaAllah, Allah akan tolong.

    BalasPadam
  4. Zaharah ni anak Cik Maimun calon Bebas Parlimen K. Trg yang dulu tu ke..???

    BalasPadam
  5. secantik2 mnusia dilihat dari budinya..
    just like me hahahk..
    **promot sket

    BalasPadam
  6. Yohteh: ha ha ha ha haaaaaaaaaaaaaa...... jangan masuk tanjung rambutan dah aku malam ni.

    BalasPadam
  7. sLapme :
    memanglah budi pekerti tu penting. Nabi kita diutus untuk apa? Untuk baiki budi pekerti manusia Arab ketika itu. Bangsa Arab sebelum nabi muhammad diutus adalah satu bangsa yang ganas. Anak perempuan bila lahir dibunuh..... sangat kejam... tapi bangsa melayu tak kira anak tu lelaki ke atau perempuan semuanya dihumban kedalam sungai, tepi parit, longkang, pintu masjid dll. Siapa yg kejam terlebih kejam ya?

    BalasPadam
  8. Kak Tie : kenapa jadi begini pada anak-anak gadis sekarang?

    Tirana : betul tu biarlah kolot asal selamat.

    Werdah : tapi penulisnya seorang yang hebat seperti dia sudah dapat merasai apa yang akan kita alami kini.

    BalasPadam
  9. Hjh Nafisah : terima kasih .... jemput datang lagi . Boleh bertukar cerita dan pengalaman.

    BalasPadam
  10. Salam,
    Maknanya diri ini tergolong dalam golongan ibu yang kolot sebab didik anak supaya jadi zaharah tapi anak kini tak mau jadi zaharah, mau jadi zety lagi glamour...

    BalasPadam
  11. Untung yang berkahwin awal. Zety sekarang tak macam Zaharah dahulu. Zack sekarang tak macam Zakaria dahulu..Alhamdulillah siapa yang dapat..

    Tapi wang hantaran sekarang mengikut arus zaman. Ada yang tolak perkahwinan kalau pihak lelaki tak dapat bagi wang hantaran yang cecah 50 Ribu. Kesian..

    Berita-berita lepas sampai ada yang merompak sebab nak kahwin.. Minta jauh.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  12. ckg rash : setakat bertukar nama tak apa cikgu jangan semuanya ditukar kerana mengejar glamour.

    Izzuddin : Masih ada lagi saki-bakinya tuuu.... cepat-cepatlah mencarinya.Berusahalah disamping berdoa agar bertemu dengan si zaharah ini.

    BalasPadam
  13. eh lirik ni cam kena je...ahaks!!!perasan...
    tapi anak2 zaman sekarang memang liat nak ke dapor x mcm zaman kita!!

    BalasPadam
  14. Salam, Syekh;
    Sebagai ayah, kita mengharapkan gadis yang "perfect" sebagai menantu. Tetapi, kadang-kadang ada gadis yang ketara pandai memasak, mengemas, mengurus rumah tangga tetapi apabila keluar masih mahu tunjuk tundun dan pangkal buntut pangkal dada, buat apa? Ternyata dia tidak pandai mengurus agamanya.

    Apa-apa pun siaran yang menarik untuk difikir-fikirkan. Lagu tu lagu nyanyian Othman Hamzah, kan!

    BalasPadam
  15. salam en abu muaz,
    heeeeeeeeee

    jangan risao
    ramai lagi wanita yg pandai didapur
    pandai berdandan
    pandai memasak
    pendai menjahit
    agama pun cukup
    cuma mungkin jarang jarang bak kata p ramlee
    heeeeeeeeeeee

    aku kah wanita itu?
    haaaaaaaaaaaaaa

    ps:
    biru memang hijau
    lalalala

    BalasPadam
  16. Bagaimanalah agakanya menantu-menantu kakcik nanti ya? Apakah akan memabantu kakcik di dapur atau pun kakcik yang terpakas masak untuk mereka?? Memang kalau boleh, kita mahukan yang terbaik buat anak-anak dan buat diri kita juga...

    Tapi.. dunia dah maju, zaman dah berubah!

    BalasPadam
  17. zaharah...satu rahmat untuk memilikinya.. tapi hanya agama dan jalan je arahnya yang aku punya... dunia sekarang kaabah tidak lagi menjadi kiblat utama...wang dan harta yang disembah2... mampukah aku untuk memiliki wanita sehebat zaharah... yang dapat memudahkan urusan agamaku dan wanita yang dapat mendekatkn aku kpada khalidku..

    BalasPadam
  18. erm..pertama kai jengah ke blog nie,..rasa best nak bagi pendapat...

    jgn ingat yang bertudung litup nampak kolot itu bagus..hehehehe..saya pernah melihat dan mengalami sendiri kawan baik saya punya kakak ipar..nampak sopan..pijak semut pun tak mati...
    tapi pemalas...malas masak...yang satu tu..nampak muslimah..tapi rupanya tak la sangat... nak laki memanjakan diri dia sedangkan mak laki tu sendiri makan hati berulam jantung..sampai nangis2...

    tapi tak dinafikanla..yang terlampau update2 pun ade yang tak boleh pakai...

    yang penting siapa kita yang sebenar dalam diri...

    BalasPadam
  19. Zaharah pernah bertakhta dihati ku dulu..hehe..Salam en Abu Muaz..

    BalasPadam
  20. bunga bukan hanya perlu sedap baunya, tapi rupanya kena juga perlu sedap di pandang !

    BalasPadam
  21. salam...tuan,

    anaklaut tak memilih..:)
    bila dah suka..kwin saja.

    tq pada tuan yg singgah anaklaut.:))

    BalasPadam
  22. kesimpulannya anak bujang PakCik tuh bujang solo lg ke?mehh laa kita rapat2 hubungan kekeluargaan.lalalallalalalala

    BalasPadam
  23. saya dulupun tak pandai memasak sbb masa persekolahan banyak dihabiskan diasrama, lepas kahwin baru belajar memasak tetapi yg bertuahnya dapat kakak2 ipar yg pandai memasak belaka..dari merekalah saya belajar utk menjadi seorang isteri yg sempurna..

    Terhutang budi sangat2 pada semua kakak ipar yg baik hati dan bertuah pula dapat suami yg langsung tak cerewet..alhamdulilah..

    Kita semua belajar dari kesilapan dulu kan..

    BalasPadam
  24. kumbang mencari bunga. Kumbang inginkan bunga yang banyak dan manis madunya. Tapi bunga tidak boleh memilih kumbang, hanya menunggu untuk dihinggapi :)

    BalasPadam
  25. adekah Zaharah yang emacam itu? nak juga dibuat menantu tapi masalahnya anak dah ada pilihan sendiri ish ish ish

    BalasPadam
  26. salam..tuan,

    terima kasih singgah anaklaut.

    banyak dugaan saya..kalau berlaku pada tuan,saya pun tak tahu nak kata apa..moga tak berlaku lah ya.

    BalasPadam