Pengikut

Sabtu, 5 Disember 2009

selamat pengantin baru........

bukan perkahwinan jenis ini maksud tulisan niii...

Sekarang musim orang berkahwin (ada kawan-kawan memanggilnya musim mengawan). Walaupun banjir melanda majlis yang sudah terjadual lama ini mesti diteruskan juga. Majlis yang meriah ini agak muram bila hujan turun dengan lebat. Wajah gusar tuan rumah ketara benar bila khemah-khemah dibocori air .Nak buat macam mana dah memang musimnya. Musim tengkujuh.

Kepada pengantin baru anda kini sedang memasuki fasal baru . Zaman cinta-cinta gila anda akan mulai berubah sedikit demi sedikit. Apa pun sebagai suami anda kena terus belajar bagaimana memenangi wanita kekasih anda itu yang kini sudah bergelar isteri. Ingat wanita sentiasa mahukan perhatian.

1.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

2.Bantulah dia bila dia merasa penat dan letih.

3.Jika perasaannya tersinggung tunjukkan rasa simpati anda dan katakan padanya 'saya sedih awak tersinggung'. Diam, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

4.Bila anda berjalan jauh,telepon dia biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telepon tempat itu.

5.Selalulah urut belakang , tengkuk dan kakinya.

6.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

7.Solat bersama dan doa bersama.

Petua ini pun barangkali masih sesuai untuk diguna pakai juga oleh pengantin-pengantin veteran dan hampir veteran.

Apa pun selamat pengantin baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan dalam cuti sekolah sekarang ini.Moga kekal hingga keakhir hayat.

27 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz, awat pilih gambaq 18sx? Menggigil babah tengok...Cerita pasal kahwin ada apa-apa ke? Seronok juga bersanding ni. Yang tak syok nak buat, lafaz nikah je!

    BalasPadam
  2. sana sini ada kenduri kawin..esok nak pegi rawang nak mkn nasi kenduri...sepupu kawin. Selamat pengantin baru..:))

    BalasPadam
  3. bila fasa kehidupan ke 3 bermula Cik Cookie jadi takut.blh ke Cik Cookie tempuhi.
    wahhhh...berangan.bf pun xde.
    ehhh,bila blh knal anak abah nih:"?
    lalalalalla

    BalasPadam
  4. hehe..nasihat dr orng yg prnh melaluinya..
    :)

    BalasPadam
  5. petua baik tu.. buat bakal2 pengantin

    BalasPadam
  6. salam tuan,

    selaamt pengantin baru yg akan melangsungkan perkahwinan moga kekal hingga ke akhirat

    BalasPadam
  7. Salam..:)
    Tips yg berguna utk bakal pengantin...
    Yg menarik ...utk pengantin vateren..atau hampir vateren yaa..:):)

    Yg tak suka kenduri bila hujan...tanah becak lak!then 'jem' lak bila nak ambil lauknya..aduhai..sabar jek lah..:):)

    BalasPadam
  8. Salam Abu Muaz:

    nak kenduri kendara musim hujan mmg agak kelam kabut sedikit.

    moga bakal pengantin baca tips yang abu muaz utarakan ini ye.. bagus sangat!!!

    BalasPadam
  9. Bulan 8 dan bulan 9 nanti ramailah bayi yang dilahirkan... :)

    BalasPadam
  10. Salam...

    Moga yang baru mendirikan rumah tangga mengambil manfaat dari apa yang diutarakan di sini...

    BalasPadam
  11. Salam Abu Muaz,

    Mudah2an semua pengantin baru mendapat manfaat daripada penulisan ini, dan semoga mereka menyedari bahawa keserasian antara keluarga : ibu bapa, ibu bapa mertua ipar duai juga turut perlu diambil kira.

    Mudah2an semua pengantin berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat.. hidup dalam mawaddatan wa rahmah.. amin

    BalasPadam
  12. salam hormat..
    selamat menjadi raja sehari kpd depa2 yg nak kawin..tak kira kali pertama atau
    kali kedua atau keberapa pun..selagi boleh dan berkemampuan kawin je..SUNNAH lah katakan..
    Hhmm..Opp..maximum tu 4 je ok..hee

    BalasPadam
  13. Salam en..asal musim hujan je ramai lah orang kahwin..

    BalasPadam
  14. orang yg kawin te, bapok le sedapnya....yg dah kawin ni, berangan nak kawin lagi....gamoknya...

    BalasPadam
  15. wah...terkejut tengok gamba LELAKI pakai gaun tu!ingatkan abang nak cerita pasal dia.haha

    BalasPadam
  16. MyBabah : gambar luar biasa ke babah?

    BalasPadam
  17. fadzilah :memang ramai orang kahwin cikgu. Kalau ada jemputan sehari 5 kali..... sepuluh ringgit kali lima jadi berapa cikgu??

    BalasPadam
  18. CikCookie :
    lalallaalaaaaaaaaaaaaa..................

    BalasPadam
  19. maiyah : betul kata puan maiyah ni...

    anak laut : tuan bila lagi? cuti tahun depan!!!!

    Pn.Kartini : terima kasih....t.kasih.Silalah pakai mana yang perlu..

    BalasPadam
  20. mamamin : t.kasih mama. Nasihat untuk anak-anak muda kita nii mama.

    BalasPadam
  21. kakcik : nanti pada bulan - bulan tuuu.... semua orang susah.(doktor, jururawat,bidan,driver ambulan....dll...

    BalasPadam
  22. Abd Razak :benar sekali tuan.

    werdah : insyaAllah puan.

    BalasPadam
  23. Lana: ha,ha, jangan terlajak tuan sampai lima.

    BalasPadam
  24. relevan : musim hujan je relevan untuk kahwin.

    BalasPadam
  25. cikgu jang : setia pada yang satu cikgu.

    BalasPadam
  26. iqbal : ha, ha, haaaaaa.... jangan ikut tuuu...

    BalasPadam