Pengikut

Isnin, 6 September 2010

fikirkan.....

Hari ini dunia dilanda krisis ekonomi yang parah. Berlaku kemelesetan ekonomi yang menjadi beban kepada manusia.

Sedangkan kita melihat bumi yang dicipta Allah ini kaya dengan pelbagai hasil yang banyak serta ditambah dengan kecanggihan teknologi terkini.

Namun negara yang kaya raya ini bakhil untuk mengerjakan kebajikan sebaliknya berlumba-lumba mengerjakan maksiat dan menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing.

Maka berlakulah tanda-tanda akhir zaman yang disebut Nabi s.a.w bermaksud:

"engkau akan menyaksikan orang-orang yang hina , berkaki ayam, memakai pakaian yang carik (koyak) laksana telanjang, gembala-gembala kambing di padang pasir menjadi kaya raya, berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi dan mencakar langit"

Itulah hakikat yang berlaku.....
walaupun kekayaan melimpah ruah tetapi masih ramai lagi yang miskin,fakir. Bantuan yang sepatutnya tiba tidak kunjung tiba.

Kita dilanda bencana dunia sebelum datangnya bencana akhirat.

Allah telah menunjukkan kepada kita betapa benarnya janjinya supaya mereka yang beriman sedar dan insaf bahawa kita semua ini adalah pemegang amanah, menjadi hamba dan bukannya tuan yang boleh melakukan apa saja tanpa mengira halal dan haram , mengikut hawa nafsu, tindas menindas diantara satu sama lain.

Janganlah kerana kepentingan ekonomi yang sempit kita termasuk dikalangan manusia yang rakus dan buas.

TV 3 juga tidak terlepas dengan batasan hukum yang ada.....


3 ulasan:

  1. Sanggup mengenepikan hukum dan sensitiviti konon atas nama 'kesamarataan'..huh!

    Selamat Hari Raya Abu Muaz...

    BalasPadam
  2. Salam Abu Muaz.

    Beginilah jika nafsu menjadi tunggangan.

    BalasPadam
  3. salam,

    ramai yg kata, tak perlu nak beri bantuan kepada yg jauh2, beri dulu bantuan pada jiran dan sekampong, padahal org yg byk bercakap itu tak beri apa2 sumbangan pun, hanya memperlekah2 usha org lain yg ingin membantu sesama islam dan tahu sejarah dan tuntutan agama..

    ramai juga yg berkata, bersyukur kita berada didlm negara yg aman damai cukup makan cukup pakai tanpa merasa apa yg saudara islam lain rasa...

    bukankah antara hikmah puasa adalah merasa bagaimana golongan fakir miskin, golongan yg kurang bernasib baik rasa erti berlapar dan dahaga?

    tv tiga suku tetap tv3suku, hehehe...

    BalasPadam