Pengikut

Jumaat, 15 Oktober 2010

terima kasih PM....dapat pakai seluar dalam branded






seronok dengar pembentangan bajet 2011 tadi. berbillion peruntukan untuk pelbagai projek. berbelit lidah orang kampung menyebut billion ringgit ini.
aku tak tahu banyak mana billion ni.... tinggi Cameron Highlandke, setinggi Gunung Everest... tak tau aku.

yang confirm tersenggih tok batin , pak imam, pengerusi jkkk ....

satu projek mega akan dibina aku dengar tadi.... "Projek Menara Warisan". tingginya satu ratus tingkat.... tinggi gillerrr.... kalau berlaku gempa atau tsunami macam mana nak lari ? kita tunggulah para kontraktor mengerumuninya nanti. ... doa aku janganlah siap nanti lantainya runtuh pula .


dan satu lagi yang PM umum tadi ialah pemansuhan duti impot ke atas barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan.
300 barangan yang PM sebut antaranya beg tangan,sut,baju, dompet, pakaian malam, seluar, seluar dalam, baju dalam, wangi-wangian, kelambu..... entah apa-apa lagilah.

akhirnya dapatlah mek nab, kak piah, yati memakai pakaian dalam yang berjenama dari luar negara.... terima kasih PM.

16 ulasan:

  1. tak de ke potongan cukai untuk notebook, mesin dialisis buah pinggang, kerusi roda bermotor atau diskaun rawatan jantung bagi warga pra emas macam IM ni?

    IM terlepas dari dengar bajet.

    BalasPadam
  2. ...ingatkang orang kampung macam kawang ni, dapat internet free...

    BalasPadam
  3. ala.....untuk students mcm ila cmna lak eh..hehehhe

    BalasPadam
  4. SALAM,
    SELUAR DALAM PUN TERMASUK DALAM ITEM PEMANSUHAN DUTI IMPOT ! SETUJU KE ?

    BalasPadam
  5. Elok beli kelambu..sebab sekaranng musim nyamuk mengawan..

    BalasPadam
  6. Boleh lah kita pakai sehari 3-4 helai :)

    BalasPadam
  7. akuanakpahang : eloklah tuuu... barang impot.

    BalasPadam
  8. relevan : macam mana tuan tahu nyamuk sudah mula mengawan ni!!!!!

    BalasPadam
  9. luahfikiran :itulah yang semua orang dengar semalam...ramai yang tersenggih.

    BalasPadam
  10. HonEyBuNNy :kesiannya awak.... tu la lama sangat jadi student

    BalasPadam
  11. yohteh: orang kampung tak main .

    BalasPadam
  12. Insan Marhaen : tu tak masuk bajet ... tak glemer.

    BalasPadam
  13. Tahniah kepada PM dan barisan sekutunya yang berjaya 'membunuh' kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, sekaligus membunuh industri kecil dan sederhana di dalam negara.

    Tahniah!

    BalasPadam
  14. hahA,..sejak sekian lama x singgah blog ini,,hr ini bwtkn sy ketawa sakan.lawak2.hehe

    BalasPadam