Pengikut

Rabu, 17 November 2010

Ya! Wahai Tuhanku....

ucapan talbiyah ketika memakai pakian ihram bermaksud:

ya! wahai tuhanku,
ya! wahai tuhanku,
tiada sekutu bagi mu,
ya! wahai tuhanku,
sesungguhnya segala pujian , kenikmatan, perintahan adalah milikmu,
ya! wahai tuhanku tiada sekutu bagimu.

sekiranya umat islam memahami dan kembali melaksanakan semangat sebagaimana yang ditunaikan oleh jenerasi awal islam maka akan tetap terlaksana janji Allah dalam alquran.


surah anNur 55 bermaksud:

"Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu bahawa Allah akan menjadikan mereka golongan yang kuat memerintah sebagaimana Allah menunaikan janji kepada mereka yang terdahulu.

Dan Allah jadikan agama islam yang diredhai ini kuat memerintah dan berkuasa dan Allah menukarkan daripada keadaan ketakutan kepada yang penuh keamanan. Mereka mengabdi diri kepadaku (Allah) dalam keadaan mereka tidak syirik menyegutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang kufur selepas itu, mereka itulah orang-orang yang fasik".


selamat hari raya Qorban.

6 ulasan: