Minggu ini aku asyik melihat pelbagai rakaman video tsunami yang melanda Jepun. Rasa betapa kerdilnya kita sebagai makhluk illahi ini.
Waktu tsunami melanda Aceh kita kekurangan gambar dan rakaman peristiwa tersebut. Oleh kerana Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi sudah tentulah banyak rakaman yang dapat mereka lakukan.
Ketabahan dan disiplin rakyatnya sangat tinggi. Ada rakaman gambar yang menunjukkan mereka bertafakur di pusat-pusat pemindahan . Rakyat kita di pusat pemindahan banjir ada yang tak peduli pun bila laungan azan berkumandang.
Beratur menunggu ketika makanan dibahagi-bahagikan adalah sesuatu yang menyayat hati. Sangat sabar berbanding rakyat kita berebut-rebut beras dari lori yang berlanggar dan membiarkan pemandu dan kelindannya cedera dan mati.
Disebalik itu semua ialah kebimbangan pencemaran radioaktif. Aku membaca, melihat pelbagai gambar peristiwa Chernobyl yang berlaku 20 tahun yang lalu.
Kesannya masih dirasai hingga kini . Bandar yang gah itu ditinggalkan bagai bandar berhantu.
Idea untuk membina loji nuklear di negara kita sangat merbahaya. Bukan saja nuklear itu bahaya bahkan idea itu juga cukup merbahaya.
Janganlah kerana pulus kita sanggup untuk mengorbankan kebahgiaan anak cucu kita akan datang.
Kalau tidak kerana tsunami melanda Jepun aku sendiri pun tidak tahu peristiwa Chernobyl yang sangat menyayat hati itu.
betul tu, tak setuju la dorang nk buat loji nuklear tu, merosak kan lam sekitar, yg jd mangsa nnti hidupan jgk..
BalasPadamSaya membantah sekeras-kerasnya pembinaan logi tersebut jgn kerna keuntungan sedikit derita sepanjang hayat.
BalasPadamyg memusnahkan alam ni, manusia jugak...
BalasPadammemang kagum dengan disiplin dan semangat orang jepun
BalasPadamtahu kisah tentang chernobyl melalui blog gak...dasyat yer...
BalasPadamsaya suke entry ni =p
BalasPadam