Kita sudah berada di malam 1 Ramadhan.....
Ya Allah aku mohon pada mu supaya menjauhkan isteri,anak-anak,rakan taulan ku dari termasuk ke dalam golongan manusia yang hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja di bulan mulia ini.
Amin.... Ya Allah.
Pengikut
Ahad, 31 Julai 2011
sembilan julai lalu....
melepasi tol sg besi ...
jam 5 petang ketika melalui jalan ini ....
sekatan jalanraya masih dilakukan
sekatan jalanraya masih dilakukan
macam waktu warga kota pulang berhari raya....lenggang
kg. baru.... jam 2 petang
kenderaan polis ..... yang sentiasa bersedia.
antara puluhan gambar yang sempat dirakam pada peristiwa 9 julai yang lalu. banyak pengalaman baru diperolehi.
kepada cucu-cucu ku nanti ... atok kamu ini juga menyertai peristiwa bersejarah ini.... demi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih .... semua ini untuk kesejahteraan hidup kamu bila dewasa nanti.
ribuan manusia berhimpun wahai cucuku.... tapi ada yang berkata sekitar enam ribu orang sahaja dan yang ditangkap sekitar satu ribu enam ratus orang... biarkanlah
semua ini bakal jadi sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Jumaat, 29 Julai 2011
masyarakat kelas pertama ......
Rabu, 27 Julai 2011
selamat kembali.................
Jenguk tapi tak masuk ke dalamnya. Rupanya sudah hampir sebulan rumah buruk ku ini tak diusik. Debu dan bersawang.
Gara-gara kaki yang membengkak sebulan lalu hilang segala mood. Alhamdulillah kini semuanya kembali sihat. Tapi banyak pengajaran untuk aku .... dengarlah nasihat supaya kita makan dan mengawal cara pemakanan. Bersenamlah sementara Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan lagi pada kita.
Nasib baik aku ini tiada kencing manis... kalau tidak luka sekecil itu bisa merebak dan alangkah deritanya bagi mereka yang mengidapnya. Luka sekecil ini pun bukan main sakitnya , bayangkanlah kalau pesakit yang hari-hari kena dicuci kudis dan lukanya... adusssss.
Bila lama tidak membebel sukar juga untuk mengembalikan mood berblog ini. Hilang bait-bait indah yang hendak dicoret.
oklah ... seminggu lagi menjelang Ramadhan aku nak kongsikan ini pada semua rakan-rakan maya ku.... jom kita pakat-pakat tinggalkan benda ini.... moga berjaya pada tahun ini, insyaAllah
fikirkan boleh.....
Langgan:
Catatan (Atom)