Pengikut
Rabu, 27 Julai 2011
selamat kembali.................
Jenguk tapi tak masuk ke dalamnya. Rupanya sudah hampir sebulan rumah buruk ku ini tak diusik. Debu dan bersawang.
Gara-gara kaki yang membengkak sebulan lalu hilang segala mood. Alhamdulillah kini semuanya kembali sihat. Tapi banyak pengajaran untuk aku .... dengarlah nasihat supaya kita makan dan mengawal cara pemakanan. Bersenamlah sementara Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan lagi pada kita.
Nasib baik aku ini tiada kencing manis... kalau tidak luka sekecil itu bisa merebak dan alangkah deritanya bagi mereka yang mengidapnya. Luka sekecil ini pun bukan main sakitnya , bayangkanlah kalau pesakit yang hari-hari kena dicuci kudis dan lukanya... adusssss.
Bila lama tidak membebel sukar juga untuk mengembalikan mood berblog ini. Hilang bait-bait indah yang hendak dicoret.
oklah ... seminggu lagi menjelang Ramadhan aku nak kongsikan ini pada semua rakan-rakan maya ku.... jom kita pakat-pakat tinggalkan benda ini.... moga berjaya pada tahun ini, insyaAllah
fikirkan boleh.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alhamdulillah dah sihat. Selamat berblogging kembali dan selamat menyambut Ramdahan.
BalasPadamsalam pakcik..
BalasPadamohh patut la lama tidak nampak...
semoga sihat selalu ok...
katakan tidak kepada merokok..hehe
Kunang-Kunang:t.kasih dan selamat menyambut ramadhan jua
BalasPadamLA HonEyBuNNy: selamat menyambut ramadhan
BalasPadam1. lepas habis raya nanti, saya janji pada diri sendiri untuk bersenam,
BalasPadam2. saya juga tidak merokok. bahkan asap rokok pun saya tak tahan.
selamat menyambut bulan Ramadhan.
salam...
BalasPadamtaun, kaki membengkak..? moga tuan sihat2 sokmo..
saya memang tak hisap rokok..