Assalamualaikum.
Sudah seminggu tak catat sesuatu di sini. Idea, idea, idea ... ada.
nak upload gambar lambat,
nak menaip pun jari rasa kebas.
itulah rintangan yang sentiasa menggangu.
apa pun aku mesti menaip sesuatu pagi ini ,
ideanya dari isi khutbah semalam.
syarahan khatib yang masih teringat dibenakku ini ialah:
"manusia hendaklah sedar bahawa kedudukan mereka di atas mukabumi ini tidak hanya di bumi sahaja dan tidak hanya untuk diri mereka sahaja. Bumi tempat kita berpijak ini ada hubungan dengan langit,
ada hubungan dengan seluruh alam,
ada hubungan dengan tuhan yang menjadikan seluruh alam yang kita puji dan puja pada tiap-tiap rakaat solat".
apa yang menjadi masalah ialah kita terikut-ikut dengan manusia yang sesat yang hanya menjadikan kehidupan manusia di dunia sahaja.
seolah-olah tidak ada alam akhirat,
hanya ada jasad dan hawa nafsu sahaja,
seolah-olah tiada roh,
tidak ada akal dan tiada hubungan dengan Allah swt.
Ya, kita juga hidup berTuhan.
BalasPadam