Pengikut

Rabu, 13 Jun 2012

ustaz kata 9

Assalamualaikum,
Musim orang tengok bola sampai pagi.
Sudah tentu tidur lewat maka solat subuh pun terlewatlah.

Ada orang guna pakai istilah subuh gajah.
Gajah pun sebelum subuh sudah bangun mencari rezeki.

Solat ini memang  satu perkara yang sukar hendak dilakukan.
Pelbagai alasan diberikan.
Baju kotorlah, tak selesalah kalau tak mandi,.. dan entah apa-apa lagi.

Untuk anak-anakku ini pesan aku.
Solat itu adalah tiang agama.
Kalau tiang rosak , maka rosaklah satu-satu bangunan.
Janganlah kita termasuk dalam kelompok yang merosakkan bangunan.
Bila bangunan runtuh sukar hendak dibaik pulih semula.
Ratusan juta ringgit diperlukan.

Solat adalah amal yang paling mudah sekali diperintah Allah.
Solat tak perlukan wang ringgit yang banyak.
Tak perlu masa yang panjang.
Tak perlu pakaian khusus, syaratnya biar menutup aurat.

Kalau nak dibanding dengan puasa, sebulan waktunya.
Nak banding dengan ibadat haji setidaknya empat puloh hari.
Ibadat haji kena ada wang.


Maka ... solatlah wahai anak-anakku .
Gunalah masa muda ini sebaik-baiknya.


2 ulasan:

  1. Tapi malam ni IM tidur lewat bukan sebab bola tapi sebab nak balas dendam lama tak bw.

    harap-harap tak terlajak subuh...

    BalasPadam