Islam tidak pernah membezakan diantara orang-orang yang beribadat di mehrab-mehrab masjid mengeluarkan airmata kyusu' dan tawwaduk kepada Allah dengan penulis yang mengalirkan dakwat penanya kerana Islam.
Islam tidak membezakan antara peluh yang melilih di badan, darah yang mengalir kerana menegakkan kalimah Allah.
AlImam Abdullah bin Al Mubarak pernah menulis kepada para sahabatnya yang beriktikaf di Mekah dengan meninggalkan tugas jihad:
Wahai saudara ku yang sedang beribadat di tanah suci,
kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui,
saudara hanya bermain dengan ibadat,
siapa yang pipinya berlumuran airmata,
maka leher kami berlumuran darah,
kalau kuda mu penat di dalam kebatilan,
Maka Kuda kami penat di medan perang,
Sesungguhnya membezakan diantara orang-orang yang beriktikaf di masjid dengan mereka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara Islam adalah perbezaan yang ditonjol oleh musuh musuh Islam. Maka sangat jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan perbezaan itu.
Golongan yang beriktikaf itu dipanggil orang dakwah, manakala yang kedua itu dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi.
bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan