Apa aku nak tulis hari ini? Dari pagi aku melayari internet membaca pelbagai pandangan mengenai krisis Perak.Ubat mata sudah 3 hingga 4 kali dititik .Aku nak lupakan sejenak mengenai pergolakan politik sambil menunggu ucapan Tok Guru mengenai 13 Mei jam 11.30 pagi nanti.
Berita akhbar banyak juga cerita pasal nikah kahwin. Kes Jamal Abdillah pun tak kurang menariknya.Roslin Hasyim pun ada juga ni. Jadi aku nak tulis tentang kahwin mengawin la. Cuti sekolah pun sudah hampir bermakna musim orang kahwin pun tak lama lagi.
Dalam perkahwinan usaha menyesuaikan diri itu lebih penting dan mustahak dari usaha mencari pasangan yang sesuai.Tiap-tiap manusia mesti ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.Jadi kerja mencari seorang teman hidup yang benar-benar sesuai itu ialah kerja yang sia-sia kerana lagi banyak kita menyelidik tentang diri seseorang lagi banyak kelemahan dan kekurangan akan terdapat dan akhirnya kita akan terasa sukar mendapat seseorang teman yang sesuai.
Orang-orang moden sekarang ini lebih mengutamakan kerja mencari rakan yang sesuai dari kerja menyesuaikan diri dan bekerjasama.Sebab itulah banyak penceraian berlaku.Orang -orang dahulu menerima saja siapa-siapa yang dipersetujui untuk mereka dan oleh kerana masing-masing percaya jodoh petemuan memang ditakdirkan dari azali masing-masing merasa mereka tidak dapat lari dari itu dan semuanya bersungguh-sungguh menyesuaikan diri dengan pasangan.
Suami menutup kelemahan isteri dan isteri melupakan kekurangan suami.Hasilnya mereka menjadi pasangan yang sesuai dan bekerjasama dalam sebuah rumahtangga yang berjaya dan sepakat.
Begitupun usaha mencari pasangan yang sesuai sebelum berkahwin adalah usaha yang bijak tetapi ini bukanlah bermakna bahawa guru mesti kahwin guru,pengarang sama dengan pengarang atau enggang sama enggangdan pipit sama pipit.Mencari pasangan yang sesuai ialah mencari seseorang yang betul-betul ikhlas hati mengasihi kita . Senang sama dirasa susah sama dideritai.Disinilah letak sebenar-benarnya penyesuaian hidup rumahtangga.
Pengikut
Rabu, 13 Mei 2009
Selasa, 12 Mei 2009
Aku mau kuasa
Kita mesti percaya bahawa kehidupan hanya diperolehi menerusi kecekalan dan kesungguhan.Orang yang pernah ada kuasa mereka akan risau dan berduka bila kehilangannya.Mereka jadi bingung bila mereka tiada kuasa.Inilah satu perkara yang kita mesti jauhi dalam hidup.Kebingungan hanya menambahkan kesukaran dalam hidup.Kerisauan kerana kehilangan kuasa menyebabkan kita menempuh hidup yang sukar.
Berusaha untuk memperolehi kekuasaan memerlukan jiwa yang besar.Cerdik tidak ternilai harganya tetapi tidak berguna jika tidak dibantu oleh usaha dan amal.
Maka sebab itulah segala kecerdikan dan tipu muslihat diguna dalam memastikan pilihan rakyat diPerak ditumbangkan. Orang-orang yang cerdik diperbodoh supaya semua cita-cita terlaksana.
Hidup-hidup, hidup rakyat.
Berusaha untuk memperolehi kekuasaan memerlukan jiwa yang besar.Cerdik tidak ternilai harganya tetapi tidak berguna jika tidak dibantu oleh usaha dan amal.
Maka sebab itulah segala kecerdikan dan tipu muslihat diguna dalam memastikan pilihan rakyat diPerak ditumbangkan. Orang-orang yang cerdik diperbodoh supaya semua cita-cita terlaksana.
Hidup-hidup, hidup rakyat.
Jangan jadi pemalas......
Letih bila melihat gelagat orang berpolitik.Semalam lain hari ini lain jadinya.Patutlah jiwa orang-orang yang menyertai politik mesti berjiwa besar. Kalau kecil-kecil punya jiwa tak akan kemanalah.Rumit memang rumit. Tafsiran pelbagai tafsiran ada. Bagi orang yang tak minat politik mereka jadi bingung. Sudahlah tak minat berpolitik membaca pun malas. Rugi jadi orang yang malas.
Sifat malas mesti dibuang jauh-jauh.Semua agama mencela kemalasan.Islam menganggap kemalasan sebagai penyakit. Kristian memandangnya nifaq.Budha menyifatkannya sebesar-besar dosa dalam dunia ini.
Malas mendengar dan membaca pelbagai pandangan mengenai apa yang berlaku dikeliling kita hari ini menyebabkan kita tertinggal jauh dengan pelbagai maklumat.Mari kita buang segera sifat malas ini. Malu kita kalau kita bercakap atau bersembang kita tiada maklumat tentang sesuatu perkara. Kita akan ditertawakan.
Sifat malas mesti dibuang jauh-jauh.Semua agama mencela kemalasan.Islam menganggap kemalasan sebagai penyakit. Kristian memandangnya nifaq.Budha menyifatkannya sebesar-besar dosa dalam dunia ini.
Malas mendengar dan membaca pelbagai pandangan mengenai apa yang berlaku dikeliling kita hari ini menyebabkan kita tertinggal jauh dengan pelbagai maklumat.Mari kita buang segera sifat malas ini. Malu kita kalau kita bercakap atau bersembang kita tiada maklumat tentang sesuatu perkara. Kita akan ditertawakan.
Isnin, 11 Mei 2009
Sakit mata dan hati
Apa yang menarik minggu ini ialah isu penawanan DUN Perak oleh kumpulan pengganas yang bertali leher dan berkemeja putih.Banyak laman yang menceritakan peristiwa tersebut. Minggu inilah aku paling lama melayari internet untuk mengikuti perkembangan diPerak.Banyak keping juga kad prabayar terpaksa dibeli untuk mendapat cerita segera dari sana. Nak harapkan berita RTM ,TV3 samalah seperti harapkan pagar, pagar makan padi.Waktu PAS perintah Terengganu dulu pertembungan dengan polis sudah jadi alah bisa tegal biasa.Mana ada dinegeri pakatan rakyat perintah Ketua Polisnya boleh berceramah dipentas menghentam PAS. DiTerengganu CPOnya naik pentas menghentam hudud yang dilulus PAS didewan negeri. Boleh dikatakan Terengganulah negeri terawal yang merasai pahit maung ini semua. Sekarang apa yang tuan-puan rasai baru permulaan.Yang pastinya banyak lagi ganggu gugat yang akan dilakukan sehinggalah kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL ditumbangkan.Peristiwa Perak menyebabkan mataku pedih tak tahan membaca pelbagai berita diinternet tapi menyakitkan hati kerana demokrasi telah mati.
Rabu, 6 Mei 2009
Kematian ia pasti akan datang tepat pada saat dan ketikanya.Jodoh,ajal semuanya ketentuan illahi.Hari ini aku kehilangan seorang sahabat yang banyak mengajar aku tentang erti kehidupan.Saat terakhir aku menemuinya kira-kira seminggu yang lalu dikaunter pendaftaran kecemasan Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu.Waktu itu aku sempat menyapanya tetapi isterinya memberitahuku ia sudah tidak dapat melihat hanya mengenali melalui panggilan suara sahaja.
Semalam 5 mei jam 4.30 petang aku dikejutkan dengan panggilan yang memaklumkan beliau telah pulang dijemput oleh Yang Maha Esa. Sesungguhnya masa sangat pantas berlalu. 6 mei jam 9 pagi tadi semua teman-teman yang rapat dengan almarhum menyembahyangkan solat jenazahnya dimasjid kolam kuala ibai dan sekali lagi diimamkan oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi dimasjid rusila.
Dalam kumpulan sahabat-sahabat aku beliaulah orang yang pertama dijemput oleh Allah untuk menemuinya dialam barzakh.Tinggallah kita yang masih hidup ini untuk meneruskan kehidupan dan menambahkan amal bagi bertemu dengan Allah jua nanti.
Muga-muga rohnya diletakkan didalam taman roh orang-orang yang beriman.TABIK untuk mu POK JO.
Langgan:
Catatan (Atom)