Pengikut

Ahad, 24 Mei 2009

Harapan pada PAS Kawasan K.Terengganu


Tahniah kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu yang selamat bersidang pada 16 Mei lalu. Tahniah dan selamat berjuang untuk semua ajk yang memenangi pencalunan tempoh hari. Tiada gelombang besar yang melanda PAS Kuala Terengganu. Pertukaran jawatan memang perkara biasa. Orang Terengganu kata 'kemas rumoh' sudah tentulah berlaku pertukaran jawatan sedikit sebanyak dalam usaha memperkemaskan jentera parti.

Yang muda diberi kesempatan untuk mencari pengalaman yang tua tidak lokek memberi pandangan. Gabungan muda dan tua atau lama dan baru ini perlu dalam memastikan PAS Kawasan terus mempertahankan parlimen Kuala Terengganu .

Kepada ketua pemudanya anda perlu banyak membuat kerja untuk mengekalkan sokongan pengundi muda pada PRU 13 akan datang. Dengan tenaga baru PAS K.Terengganu dan gabungan para ustaz muda dari dewan pemuda ,insyaAllah tidak mustahil UMNO Kuala Terengganu disungkurkan dengan agereget 4 kosong pada PRU akan datang.

Didesa pun boleh hidup kalau ada kemahuan.


Kalau kita hidup didesa soal makan minum mudah diselesaikan. Kebanyakan orang kampung semiskin-miskin pun ada juga sebidang tanah, sebuah rumah usang, seekor lembu atau kerbau dipadang, dua tiga ekor ayam itik bawah rumah. Semua ini cukup untuk dijadikan modal menambah rezeki.




Sebidang tanah boleh dihijaukan dengan menanam pelbagai sayuran. Tanamlah lima enam batang anak lada, kankung, serai ,terung anak pisang dan pergilah menjualnya dipasar-pasar minggu. Hijaukan tanah-tanah tuan dengan pelbagai sayuran. Kalau rajin semua boleh jadi. Berapa ramai orang kampung yang rajin dapat menyekolahkan anak-anak mereka hingga ke universiti hanya dengan memakmurkan tanah mereka.




Dari merempat meminta-minta lebih baik membanting tulang empat kerat menambah rezeki. Allahpun suka pada orang yang berusaha kerana rezeki akan dikurnia kepada siapa saja yang rajin berusaha.




Sebarang usaha yang dilakukan 'kemahuan' lah yang menjadikan jiwa kita hidup. Bila ia hidup pupuklah pula dengan 'keyakinan'. Dikampung keadaannya lebih baik. Dugaan dan perkara yang merbahaya kepada keselamatan moral masih kurang jika dibanding dengan kotaraya.

Sabtu, 23 Mei 2009


Kelmarin 22 mei selepas solat jumaat aku tertidur. Jam 3.49 petang telepon ku berbunyi. Soalan yang keluar "guane keputusan nizar". Oh! baru aku teringat jam 3.30 penghakiman kes Nizar akan dibuat. Aku terus melayari internet. Laman yang mula sekali dibuka sudah tentulah kepunyaan MisbahulMunir. Tapi masih belum tercatat apa-apa. Harakahdaily pun masih belum menyiarkan keputusannya.


Hati aku sangat kuat meyakini bahawa Nizar akan kalah. Tapi taklah sampai 3-0 paling tidakpun 2-1. Hampir jam 4 petang Malaysiakini mengesahkan Zambry sah Menteri Besar Perak.


Benar telahan aku tapi aku sangat tak menyangka bahawa keputusannya sampai 3-0. Walau apa pun aku pun dah lama hilang keyakinan terhadap sistem pengadilan di Malaysia ini. Kes Yang Arif Tun Salleh banyak mengajar bahawa kuasa politik akan mencengkam, mengigit ,membalun , mengoyak apa saja yang menghalang Sang Penguasa.

Isnin, 18 Mei 2009

Orang miskin tidak hina

Nabi dan kebanyakan rasul-rasul kebanyakannya miskin.Nabi Muhammad pernah mengikat perut dengan batu kerana menahan kelaparan.Nabi Isa a.s pernah tidak makan beberapa hari.Ada nabi yang tidak berumahtangga.Apakah rahsia disebalik kemiskinan ini?Tentulah rahsianya besar. Kemiskinan ialah sebuah mataair yang akan mengalir darinya kebijaksanaan , tenaga berfikir dan pengalaman serta pengajaran-pengajaran yang telah meninggikan tamadun dunia hingga apa yang kita dapat lihat pada hari ini.

Kemiskinan jangan dihina sebagai suatu kecelakaan.Kemiskinan boleh jadi kaya atau kalau untung secupak takkan dapat jadi segantang Malangnya kerana ia menjadi kebudayaan orang melayu. Sebenarnya pandangan ini terlampau silap.Tuhan tidak sezalim itu. Dalam pembahagian rezekinya Allah tidak tentukan rezeki hanya kepada kelompok atau golongan tertentu saja.

Siapa yang kuat berusaha dan berikhtiar maka ia berhak membolot rezeki Allah itu. Rasulullah ada berkata siapa yang rajin berusaha maka ia akan memperolehi apa yang diusahakan itu. Carilah kekayaan seolah-olah kamu nak hidup selama-lamanya dan beribadatlah kepadaku seolah-olah esok kamu akan mati.

Maka kita mesti bangun bekerja dari sekarang. Jangan jadi orang lelaki yang tidak bekerja. Tuan juga boleh jadi kaya dengan syarat tuan betul-betul berazam mahu mencapai kekayaan.Orang jepun ada pepatahnya berbunyi "Segeralah jadi kaya". dan kita juga boleh mengguna pepatah ini supaya tuan juga termasuk dikalangan orang-orang yang mengeluarkan zakat dari harta kekayaan tuan.

Sabtu, 16 Mei 2009

Kekayaan didapati beransur-ansur

Jangan lupa pada pepatah melayu "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Orang tidak segera kaya dengan membuat banyak wang dalam satu kira bicara perniagaan.Tetapi mereka jadi kaya raya dengan mengumpul sedikit-sedikit wang yang mereka dapat dalam perniagaan yang dilakukan dari semasa kesemasa.

Jika tuan mengharapkan keuntungan yang besar dalam sesuatu perniagaan yang dilakukan sekali tuan tidak ubah seperti seorang pembeli tiket loteri . Jika tuan fikir tuan dapat bermilion-milion ringgit dengan berjudi tuan jangan lupa sebanyak itu juga wang terbang dari poket tuan.Silap haribulan rumah dan harta tuan boleh melayang.

Perniagaan yang sebenar bukan dengan berpasaran gelap bukan dengan perjudian . Perniagaan yang sebenar ialah merais sedikit-sedikit wang dan mengandakan pendapatan itu dengan berusaha untuk menjadikan bilangannya puluh,ratus,ribu dan seterusnya.

Oh ya! Selamat Hari Guru pada semua para guru.