Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

sudah pulang dari musafir...

Alhamdulillah , selamat kembali ke bumi bertuah Terengganu , DarulIman setelah meredah hujan dan angin kencang sepanjang perjalanan.

Terima kasih atas doa teman-teman maya.

Nanti kita cerita panjang-panjang, sudah hampir waktu solat jumaat sekarang.

Selasa, 4 Januari 2011

hargailah kurniaan illahi...

Kisah ini berlaku ketika siaran langsung piala AFF Suzuki baru-baru ini. Aku menonton siaran tersebut di kedai urut kaki.... orang panggil apa tu? reflexologi.

Bersama aku malam itu dua tukang urut yang cacat penglihatan. Kebetulan tiada pelanggan lain yang memasuki premis mereka. Mungkin semuanya sedang menonton siaran langsung ditempat masing-masing.


Aku sentiasa bersorak keseorangan bila melihat aksi-aksi menarik perlawanan itu hinggalah Safee Sali menjaringkan gol pertama.

Bersorak aku.... kegembiraan.
tiba-tiba seorang tukang urut yang cacat penglihatan itu bertanya, pakcik jaringan tu menarik ke? bola yang ditendang safee sebelah atas keatau meleret?

senyap seketika aku,
betapa nikmatnya aku masih dapat melihat hingga kini,
walaupun semakin dimamah usia,
tapi yang pasti nikmat yang aku perolehi itu tidak sama dengan mereka berdua.

syukur atas nikmat penglihatan yang engkau kurniakan ini .... ya Allah.


mulai pagi ini akan bermusafir lagi .... ke selatan dan tengah tanahair.
doakan semoga aku selamat dalam perjalanan.

Isnin, 3 Januari 2011

satu peratus rahmat.....

Pagi ini aku bangun awal ...... rasa sangat segar , alhamdulillah . Angin pula bertiup agak kencang tapi tiada hujan turun.

Semua itu adalah tanda kebesaran illahi .

Hari ini kita melihat betapa kesusahan hidup dialami oleh manusia. walaupun ada dikalangan manusia yang hidup mewah, kaya raya,senang, mempunyai kuasa namun hidup dipenuhi oleh keresahan, jenayah serta amalan yang jahat.

Kemewahan dan harta kebendaan melimpah ruah tidak memberi apa-apa makna . Seringkali diperdengarkan oleh para pemikir bagaimana hendak menyelesaikan segala masalah masyarakat yang merebak seperti pembunuhan, kekejaman sehingga manusia kini lebih ganas dan jahat dari binatang buas.


Disebut dalam hadis Qudsi iaitu Allah membahagikan nikmatnya kepada seratus bahagian. Satu bahagian diberi kepada makhluk di dunia ini, sembilan puluh sembilan bahagian lagi disimpan disisinya untuk dikurniakan kepada hamba-hambanya pada hari akhirat nanti.

Satu peratus daripada rahmat itulah menjadikan binatang yang buas tidak ganas terhadap anak-anaknya.

Hari ini hilangnya kasih sayang di dalam diri manusia sehingga menjadikan manusia itu lebih jahat dan ganas dari binatang.


Wahai anak-anak bangsaku yang mula bersekolah hari ini,
ambillah peluang rahmat satu peratus itu untuk menjadi manusia baik, hormati guru, ibubapa dan tidak meletakkan diri kamu dalam golongan pelajar yang ganas.

Selamat kembali ke sekolah dan selamat bertugas dengan penuh kasih sayang wahai para guru.




Ahad, 2 Januari 2011

dua haribulan dah...

sudah dua haribulan hari ni...
cepatnya masa berlalu,
aku rasa malas pula nak menulis,
orang lain bila tahun baru rajinnya,
banyak sangat cuti kot,
jadi begini.

kena tukar gear nampaknya.