Pengikut

Isnin, 3 Januari 2011

satu peratus rahmat.....

Pagi ini aku bangun awal ...... rasa sangat segar , alhamdulillah . Angin pula bertiup agak kencang tapi tiada hujan turun.

Semua itu adalah tanda kebesaran illahi .

Hari ini kita melihat betapa kesusahan hidup dialami oleh manusia. walaupun ada dikalangan manusia yang hidup mewah, kaya raya,senang, mempunyai kuasa namun hidup dipenuhi oleh keresahan, jenayah serta amalan yang jahat.

Kemewahan dan harta kebendaan melimpah ruah tidak memberi apa-apa makna . Seringkali diperdengarkan oleh para pemikir bagaimana hendak menyelesaikan segala masalah masyarakat yang merebak seperti pembunuhan, kekejaman sehingga manusia kini lebih ganas dan jahat dari binatang buas.


Disebut dalam hadis Qudsi iaitu Allah membahagikan nikmatnya kepada seratus bahagian. Satu bahagian diberi kepada makhluk di dunia ini, sembilan puluh sembilan bahagian lagi disimpan disisinya untuk dikurniakan kepada hamba-hambanya pada hari akhirat nanti.

Satu peratus daripada rahmat itulah menjadikan binatang yang buas tidak ganas terhadap anak-anaknya.

Hari ini hilangnya kasih sayang di dalam diri manusia sehingga menjadikan manusia itu lebih jahat dan ganas dari binatang.


Wahai anak-anak bangsaku yang mula bersekolah hari ini,
ambillah peluang rahmat satu peratus itu untuk menjadi manusia baik, hormati guru, ibubapa dan tidak meletakkan diri kamu dalam golongan pelajar yang ganas.

Selamat kembali ke sekolah dan selamat bertugas dengan penuh kasih sayang wahai para guru.




10 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz

    Selamat kembali bertugas..

    BalasPadam
  2. AsSalam AM...

    semoga para guru akan menyayangi anak didik bagaikan anak sendiri dan anak didik menerima teguran para guru dengan suci hati demi kecemerlangan di kemudian hari....

    BalasPadam
  3. Amin.....selamat bertugas kepada semua guru di malaysia termasuk my mum..;-)

    BalasPadam
  4. moga anak bangsa mnjd berjaya hndaknya

    BalasPadam
  5. salam..tuan,

    hari pertama sekolah yg menyeronokkan..:)

    BalasPadam
  6. sekamar rindu :pasi banyak yang menarik cikgu

    BalasPadam
  7. maiyah:begitulah hendaknya maiyah.

    BalasPadam
  8. HonEyBuNNy : moga your mum gembira dan bertugas dengan penuh semangat.

    BalasPadam
  9. Werdah : bertugas dengan penuh dedikasi.

    BalasPadam