Pengikut

Selasa, 17 Mei 2011

Piala FA milik siapa?





Semalam perlawanan separuh akhir piala FA.
Penuh sesak Stadium Nasiruddin Shah Kuala Terengganu.... malang sekali kerana stadium yang runtuh bumbungnya di Gong Badak itu sampai ke hari ini masih belum dapat digunakan lagi.

Tahniah untuk Terengganu dan Kelantan, dua gergasi Pantai Timur yang berjaya keperlawanan akhir pada Jun nanti.

Ahad, 15 Mei 2011

Terima kasih, cikgu...

Hari Guru tiba lagi. Rasanya baru saja mengucapkan selamat hari guru pada rakan-rakanku yang bergelar guru. Memang cepatnya masa berlalu .

Sempena hari guru aku ingin coretkan sesuatu untuk mereka.....

Guru tidak pernah mengajar untuk melakukan kejahatan,
Guru tidak pernah sekalipun menyuruh mengaibkan sesama insan,
Guru tidak pernah mengajar rasuah itu satu kebaikan,
Guru mengajar untuk aku hormati hak insan,
Guru mengajar aku untuk melakukan kebaikan.
Terima kasih cikgu.

Selamat Hari guru....
untuk semua bekas-bekas guruku,
guru kepada anak-anakku,
dan semua kenalan serta rakan taulan yang bergelar guru.

Selasa, 10 Mei 2011

ukur baju .....



dia mendakwa prestasinya merosot.....
dia rasa tak layak untuk menerima gaji itu....

kalaulah ahli sukan kita atau para pekerja kita bersikap begitu ......



tempat kita profesor yang tak layak pun menerajui institusi pendidikan tinggi...
itulah yang jadinya ranking universiti merudum .....


dunia hari ini sudah sukar hendak ditemui orang seperti ini...

Sabtu, 7 Mei 2011

Anwar di Kuala Terengganu...

Menghadiri ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu semalam.


ketibaannya di pentas utama



ribuan manusia menunggu , penuh sabar.


sempat bertanya khabar





berebut manusia nak bersalam....




penuh sesak....

anak-anak muda membersihkan kawasan
ceramah tanpa sebarang upah...




antara ucapannya.......
pelbagai bintang dan pingat dia sudah ada,
pelbagai baju dia sudah pakai,
pelbagai jamuan di raja dia sudah nikmati,

baju lokap pun dia sudah pakai,
bahkan ditelanjang tanpa belas kasihan,
makanan dilontar semasa dilokap pun dia sudah rasai,


lawan tetap lawan.

Rabu, 4 Mei 2011

ziarah anak bujangku....



Waktu anak-anak kita kecil dulu kita diserabutkan dengan pelbagai kerenah nakalnya.
Waktu mereka meningkat remaja makin pening kepala kita dibuatnya.
Waktu mereka semua dewasa dan mula meninggalkan kita , kita pula yang mula merasa kehilangan . Itulah lumrah alam dan semuanya akan merasai pusingan dan kitaran hidup ini.




Minggu lepas melawat anak ketiga yang akan menamatkan pengajiannya di UPNM Sg Besi . Sekejap je masa berlalu .. sudah empat tahun rupanya beliau di sana .

asrama inilah yang menjadi rumahnya selama empat tahun dan sudah pasti banyak pahit manisnya di situ.

bergambar dengan enam dari sembilan anak-anakku.... inilah kali pertama ibunya menjejakkan kaki ke sini ... sewaktu pendaftarannya empat tahun yang lalu ibunya tidak bersama


jauhnya perbezaan usia... muaz bongsu yang kenit tu berusia 2 tahun ..

melayan kerenah adik-adiknya...




sukar sekali untuk berkumpul begini sekarang....



mentang-mentang la motor kamu besar.... kereta aku kecil.
dirakam ketika di lebuh raya pantai timur