Pengikut

Rabu, 4 Mei 2011

ziarah anak bujangku....



Waktu anak-anak kita kecil dulu kita diserabutkan dengan pelbagai kerenah nakalnya.
Waktu mereka meningkat remaja makin pening kepala kita dibuatnya.
Waktu mereka semua dewasa dan mula meninggalkan kita , kita pula yang mula merasa kehilangan . Itulah lumrah alam dan semuanya akan merasai pusingan dan kitaran hidup ini.




Minggu lepas melawat anak ketiga yang akan menamatkan pengajiannya di UPNM Sg Besi . Sekejap je masa berlalu .. sudah empat tahun rupanya beliau di sana .

asrama inilah yang menjadi rumahnya selama empat tahun dan sudah pasti banyak pahit manisnya di situ.

bergambar dengan enam dari sembilan anak-anakku.... inilah kali pertama ibunya menjejakkan kaki ke sini ... sewaktu pendaftarannya empat tahun yang lalu ibunya tidak bersama


jauhnya perbezaan usia... muaz bongsu yang kenit tu berusia 2 tahun ..

melayan kerenah adik-adiknya...




sukar sekali untuk berkumpul begini sekarang....



mentang-mentang la motor kamu besar.... kereta aku kecil.
dirakam ketika di lebuh raya pantai timur



12 ulasan:

  1. alhamdulillah...

    berjaya semua anak-anak uncle ya....

    ish moto tu...suka sangat bawa laju kan..kalau gadis macam ila bawa lagi la...siap usik2 lagi..

    BalasPadam
  2. tahniah... sudah ada anak yg berjaya dalam pelajaran

    comelnya si kenit Muaz tu.., menjadi tumpuan tentunya

    BalasPadam
  3. alhamdulilah...9 org ye...wah saya pun nak ikut jejak camni..eheheh

    BalasPadam
  4. suarasepi :elok la ikut perkara baik ni

    BalasPadam
  5. ibuintan: he, he bukan saja jadi tumpuan sikenit tuuu ... tapi siap kenan ragging sekali

    BalasPadam
  6. salam.... semoga anak2 uncle akn lebih berjaya dunia dan akhirat....

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...tuan,

    saya dari jauh mendoakan kejayaan anak sulung tuan...berjaya di dunia dan di akhirat ..amin..

    BalasPadam
  8. Salam, gembira bila lihat anak-anak berjaya.

    BalasPadam
  9. Sekamar Rindu :yang ketiga tu... bukan sulong SR

    BalasPadam
  10. Memang rindu dengan kenangan semasa anak-anak masih kecil.

    Seronoknya saat itu. Bila masak makanan pun semua habis. Sekarang bila masing2 dah besar, bila suruh makan, sikit jer ambik, alasan diet. Akhirnya mak jugak yang habiskan, macam mana mak nak kurus.

    BalasPadam