Pengikut

Sabtu, 7 Januari 2012

size berapa ni?

Allah....
macam mana ni ...
yang besar sangat gambar aku ni..

macam mana pula nak kecilkan gambar ni?
lupa pula aku ni,

gambar blog 2011 tahu pula caranya.
gambar tahun 2012 ni jadi begini pula,

sudah tiga, empat kali cuba masih gagal,
adakah petanda bahwa aku makin tua,

mudah lupa...

Jumaat, 6 Januari 2012

suapan...

Kalau kita tiada pangkat,
tiada kuasa,

ada ke senang-senang orang nak berikan kita wang,
encik, ambik wang ni,
pergi belanja anak bini kamu,

makan boss, makan boss saya belanja,
pilih,pilih apa lu mau,
jam ni 3,000 ringgit , mahal ni, tak pa, tak pa...angkat jee,

anak-anak gembira keriangan,
bila ayah mereka membawa pulang mainan baru, makanan, pakaian yang berjenama,


(SPRM) malam tadi menahan seorang pegawai kanan dan merampas wang tunai RM720,000 ketika menyerbu rumah lelaki itu

SPRM turut menemui beberapa akaun saham amanah atas nama ahli keluarganya yang nilai pelaburannya mencecah RM4 juta."Kesemua wang tunai yang ditemui di rumah itu, disorokkan di dalam lipatan kain telekung serta di bahagian dapur dan ruang tamu.



Apakah hadiah atau cenderahati boleh digolongkan sebagai rasuah?

Hadiah, termasuk cenderahati, adalah merupakan salah satu bentuk suapan rasuah. Dengan demikan jika sesuatu hadiah atau cenderahati tersebut diberikan atau diterima secara rasuah atau dengan niat rasuah, maka pemberian dan / atau penerimaan hadiah/cenderahati itu merupakan kesalahan jenayah.
Seseorang pegawai awam tidak boleh menerima sebarang hadiah daripada mana-mana pihak sekiranya penerimaan hadiah itu ada kaitannya dengan tugas rasmi pegawai awam itu dan bentuk, amaun dan nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah diberikan. Kesalahan ini dinyatakan dalam Peraturan 8, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993.
Walau bagaimanapun, seseorang pegawai awam boleh menerima cenderahati dan hadiah dengan nilai yang sepadan jika hadiah atau cenderahati diberikan atau diterima bukan secara rasuah. Pegawai awam itu dikehendaki melaporkan dan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya sebagaimana dalam Pekeliling Bil.3 1998 (Penerimaan Hadiah dan Keraian Pegawai Awam). .. dari laman SPRM


Kalaulah amanah sudah dikhianati tunggulah saat kehancurannya.

Khamis, 5 Januari 2012

lawan ... jangan tak lawan.

Pihak pendakwa perbicaraan Hosni Mubarak semalam membuat kesimpulan bahawa bekas presiden Mesir, ketua keselamatan dan enam pegawai polis tertingginya menjadi ‘dalang utama’ lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika protes menggulingkan pemerintahan diktator itu berlangsung tahun lalu.

Semua ini setelah tumbangnya mereka ditangan rakyat.
Kalaulah penentangan terhadap Husni gagal sudah tentu mahkamah tidak berani untuk mengeluarkan keputusan ini.

Waktu Suharto berkuasa dahulu semua tanah,gedung menjadi milik keluarganya. Anak-anak serta keluarganya sangat kaya raya dan bermaharajalela.. Rakyat papa kedana.

Itulah tabiat mana-mana pemerintah yang terlalu lama berkuasa. Marcos juga begitu di Filipina.
Shah Iran raja segala raja .... akhirnya terbuang dari negara sendiri. Berapa ramai terkorban dalam peristiwa Black Friday di Tehran?

Bukan sedikit jiwa yang terkorban dalam memastikan golongan feudal ini dinyahkan dari negaranya sendiri.

Lawan tetap lawan.

Isnin, 2 Januari 2012

2 Januari 2012 ...

Pejam celik, pejam celik ,,,, sudah dua Januari 2012 bersamaan 8 Safar 1433H.
pejam, celik,pejam , celik, nasib tak pejam, pejam lagi setakat ni...... alhamdulillah.

Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan kerana sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah.

Inilah pesanan yang kita dengari tiap minggu dari mimbar-mimbar jumaat sebagai pesanan kepada semua orang-orang Islam.

Janganlah kita tergolong dalam kumpulan yang berpaling dari ingatan Allah walau sehebat mana kita, sekaya mana pun kita . Mohon dijauhkan dari kehidupan yang pincang.

Moga kita tidak dibangkitkan nanti dalam keadaan buta walaupun kita celek di dunia.

Ya Allah jauhkan semua perilaku buruk ini dalam diriku, anak-anakku, ibu bapaku, rakan-rakan taulanku ...


amin., insyaAllah.

Sabtu, 31 Disember 2011

bye 2011

Sudah seminggu tidak menconteng blog ni.
Bukan menconteng arang di muka ... bahaya tu.

hari terakhir 2011 .. mesti kena conteng sesuatu ni ... tapi aku nak conteng apa ... buntu.


tapi elok juga dingatkan bahawa hari ini 31 Disember 2011
esok 1 Januari 2012 ...

Sebelum 12 tengahmalam ni aku mesti conteng sesuatu yang menarik sepanjang tahun ini.
(kalau masih panjang umur)