tiada kuasa,
ada ke senang-senang orang nak berikan kita wang,
encik, ambik wang ni,
pergi belanja anak bini kamu,
makan boss, makan boss saya belanja,
pilih,pilih apa lu mau,
jam ni 3,000 ringgit , mahal ni, tak pa, tak pa...angkat jee,
anak-anak gembira keriangan,
bila ayah mereka membawa pulang mainan baru, makanan, pakaian yang berjenama,
(SPRM) malam tadi menahan seorang pegawai kanan dan merampas wang tunai RM720,000 ketika menyerbu rumah lelaki itu
SPRM turut menemui beberapa akaun saham amanah atas nama ahli keluarganya yang nilai pelaburannya mencecah RM4 juta."Kesemua wang tunai yang ditemui di rumah itu, disorokkan di dalam lipatan kain telekung serta di bahagian dapur dan ruang tamu.
Apakah hadiah atau cenderahati boleh digolongkan sebagai rasuah?
Hadiah, termasuk cenderahati, adalah merupakan salah satu bentuk suapan rasuah. Dengan demikan jika sesuatu hadiah atau cenderahati tersebut diberikan atau diterima secara rasuah atau dengan niat rasuah, maka pemberian dan / atau penerimaan hadiah/cenderahati itu merupakan kesalahan jenayah.
Seseorang pegawai awam tidak boleh menerima sebarang hadiah daripada mana-mana pihak sekiranya penerimaan hadiah itu ada kaitannya dengan tugas rasmi pegawai awam itu dan bentuk, amaun dan nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah diberikan. Kesalahan ini dinyatakan dalam Peraturan 8, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993.
Walau bagaimanapun, seseorang pegawai awam boleh menerima cenderahati dan hadiah dengan nilai yang sepadan jika hadiah atau cenderahati diberikan atau diterima bukan secara rasuah. Pegawai awam itu dikehendaki melaporkan dan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya sebagaimana dalam Pekeliling Bil.3 1998 (Penerimaan Hadiah dan Keraian Pegawai Awam). .. dari laman SPRM
Kalaulah amanah sudah dikhianati tunggulah saat kehancurannya.
baca tajuknya ingatkan acara suap2an kawin orang dulu-dulu .. hehe.
BalasPadamSALAM,
BalasPadamLF tak simpati dgn orang2 yg macam ini ..... kalau dah berani buat, maka bersedialah tanggung akibatnya . Hentikan amalan ini kerana yg menanggung akibatnya bukan sahaja individu yg melakukannya tetapi juga masyarakat dan negara. Pemberi juga perlu dikenakan tindakan
Mcm2 kaedah org nak suap peg krjn.. biasanya yg mengenakan .. (kalo mmg tamak tu.. mmg patut..bgmana yg terkena?) Hubby & sy amat sensitif pkara ni..
BalasPadamCth : kirim & tinggalkn hadiah pd waktu peg tiada di tempat.. org lain tahu sblm peg itu sendiri tahu.. sblm sempat mengetahui hujung pangkal kisah.. dh sampai kabar angin ke SPRM.. bg SPRM kabar angin jg bole diambil kes utk siasatan..
Sblm kes disebut.. belum tahu salah atau tidak.. nama & reputasi bkenaan dh tercemar..
Kdg2 tidak adil bg peg bkenaan..