Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

bersenamlah ....

Pagi ni mengayuh basikal 12 km .
Pusing-pusing bandar Kuala Terengganu dan Pantai Batu Burok . Seronok berpeluh sakang (kata orang Terengganu ... sakang ni kalau tak faham maknanya boleh tanya Cheqna ...

Sekarang semuanya canggih manggih . Basikal pun ada meter. Mudah sungguh mengukur jarak kayuhan .. Yang penting dalam usia lagi setahun lima puloh ini senaman mesti dilakukan. Berbuih mulut doktor memberi nasihat, jaga makan pakcik, bersenam ... jangan lupa tu pakcik bersenam . Bukan lama pun setengah jam saja sehari sudah memadai .

Cuma yang tak terlawan oleh kita adalah perasaan. Adakalanya rasa malas melanda . Tapi kalau kita lihat bangsa cina , pagi-pagi lagi mereka sudah keluar ke taman-taman . Kalau di pantai Batu Burok jam 6 pagi mereka sudah berada di situ.

Apapun ... bersenam adalah baik untuk kesihatan.
kalau sakit bawa apapun makanan hanya mampu dijeling oleh mata.

Ahad, 5 Februari 2012

12 Rabiul awal ...

12 Rabiul awal,
pelbagai acara sambutan diadakan,

perarakan, seminar ,
ceramah dan pelbagai lagi yang sempat difikir oleh otak manusia,

semuanya hendak mengambarkan kasih dan ingat kita pada baginda junjungan besar s.a.w

cuma adakah nanti kita mampu mendapat kasih baginda !!!!!

Selasa, 31 Januari 2012

ruangan komen ... apa jadi ni?

Sudah sebulan berlalu ....
Januari 31 hari ini,

cepat sungguh masa berlalu,
masa atau waktu ini tidak akan kembali lagi,
jika tersia sangat-sangatlah rugi,

tahun baru ini azamku ialah hendak menulis hari-hari diblog,
malang menimpa ,
bila ruangan komen ku ditimpa bencana,
dan aku tidak tahu bagaimana hendak membaikinya,

aku takut nanti bagai tikus baiki labu,
ada sesiapa rakan blogger sudi mencurah bakti.


@ cheqna
t.kasih sudi respon.
bila kita tekan ruang komentar blog terus hilang
tok leh nok tulis dan baca komen.
.. alahai

musafir ...

Baru pulang dari bermusafir .
K.Terengganu - Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur - Melaka - Pahang ......

kembali semula ke tanah air kelahiranku.
kuala terengganu.

mesti banyak cerita ,
letih,
memandu seorang,
yang lain semua tidur.... siap dengan berdengkur sekali.

Sabtu, 21 Januari 2012

al Isra' 32 .....

membiarkan anak gadis keluar rumah dengan kawan-kawan,
aku melihat ini sebagai gejala yang makin parah,
ibu-bapa sudah tidak berani menegur,
ada pula yang berkata : ibubapa kamu kolot,
mempunyai pandangan lama mendidik anak.

kawan-kawan ....
kawan lelaki la, .... mula-mula kawan,
kemudian teman , kemudian entah apa-apa lagi,

perzinaan, berzina .....
suka sama suka,
dirogol,
diratah,
entah apa lagi tajuk akhbar dan media sekarang.

perzinaan .....
adalah satu cara penyaluran tenaga jantina yang menyeleweng,
ianya pasti membawa kepada,
kekacauan keturunan,
runtuh susunan keluarga dan masyarakat,
tersebar penyakit,
sikap hina berleluasa,
sikap mulia musnah,

sebab itu Allah mendatangkan peringatan yang sangat keras terhadapnya.

firman Allah Taala:
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. dan satu jalan yang buruk."
(al Isra' 32)

Nabi juga berpesan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ada enam perkara (buruk), tiga di dunia dan tiga di akhirat. ada pun di dunia itu ialah : Hilang seri pada wajahnya, pendek umur dan sentiasa miskin .....
Adapun yang di khirat : mendapat kemurkaan Allah Taala, buruk perkiraan di Masyar dan mendapat azab neraka".

moga kita, anak dan keluarga dijauhi bala bencana ini.