Pengikut

Jumaat, 11 Januari 2013

ngo R .... tuntut hak rakyat dua negeri.

Petang Khamis 10 Januari lalu satu konvoi dari Terengganu yang dikenali sebagi NGO R berlepas ke Kuala Lumpur. Mereka akan menghantar satu memorandum kepada petronas mengenai hal-hal yang berkaitan dengan tuntutan royalti minyak Terengganu yang tidak berkesudahan.... antaranya mengenai medan minyak BERTAM PM 307 yang ia adalah hak Terengganu tetapi jadi milik Pahang.

 


 
ucapan dari ustaz Azhar Idrus pada peserta konvoi,



 
bacaan doa dari ustaz azhar , moga semuanya dipermudahkan.


 
 upacara melepaskan konvoi R ,
selamat berjuang menuntut hak.





 
 gabungan dua R ,
satu dari Terengganu ,
satu dari Kelantan.
dihadapan Menara Petronas sebentar tadi



pemimpin dari ngo R  sebelum  menyerahkan  memorandum mereka
 terus berjuang demi anak cucu cicit kita akan datang.

Rabu, 9 Januari 2013

Islam itu rahmat ....








Saya membaca satu tulisan mengenai satu ucapan baginda Rasulullah s.a.w di Haji Wida' iaitu haji selamat tinggal. Ucapannya dalam khutbah yang panjang, terkandung di dalamnya wasiat dan pesanan kepada umatnya sehingga hari kiamat.

Hadis di atas ialah diantara ayat yang disebut di dalam khutbah baginda itu yang bermaksud '

 "Jangan kamu kembali menyeleweng (kufur) selepas aku (meninggal dunia) . Nanti kamu akan memancung leher sesama kamu".

Ia adalah satu amaran supaya umat Islam tidak sekali-kali meninggalkan ajaran Islam yang merupakan rahmat dari Allah swt yang telah menyatu padukan umat . Telah terbukti Islamlah yang menyatukan bangsa arab yang tersangat keras hatinya di dalam dunia. Tiada bangsa lain barangkali yang lebih keras hatinya dari bangsa Arab. Bangsa yang sanggup membunuh anak perempuan mereka sendiri.

Kehidupan mereka di padang pasir yang kering kontang menjadikan mereka bengis dan garang. Mereka berperang antara satu sama lain. Tetapi sedarkah kita bahawa bangsa yang keras, bengis dan garang inilah yang mendapat nikmat Allah dengan Islam menjadi umat yang hebat, penegak negara Islam, menundukkan kuasa - kuasa besar Rom dan Parsi dan menarik pelbagai bangsa kepada Islam.

Bila orang Arab ini mula meninggalkan ajaran Islam sebaik saja hilangnya pemerintahan khilafah Arrasyidin, bila timbul semangat kekeluargaan dan qabilah bangsa itu menjadi lemah sedikit demi sedikit.

Ingat mulianya kita ialah bila kita  berpegang teguh dengan Islam. Kalau Melayu selamat tetapi Islam tidak  selamat maka ia  tidak berguna. Islam  ia datang dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dalam keadaan dagang.

Berbahgialah orang-orang yang dagang.





Selasa, 8 Januari 2013

ancaman Sonamu ....

kecuh bila mendengar lapuran dari jabatan metrologi mengenai ancaman ribut SONAMU yang akan melanda Pantai Timur, 

gambar di atas dirakam pagi tadi sekitar jam 8 di Pantai Baru Burok,

angin yang bertiup agak kencang, 
seronok juga mendengar alunan ombak yang membadai pantai,
ketinggian ombak tidaklah menakutkan,

kita hanya merancang, 
ang menentukan semuanya adalah Allah swt.
moga semuanya selamat, insyaAllah. 


Ahad, 6 Januari 2013

tolong, tolong .....

Ya Allah apahal la pula ni?

tak dapat nak upload gambar ,
macam mana hamba nak selesaikannya, tak tahu.

bila tekan jee dekat mesuk imej tuuu , keluarlah pilih fail,
tak bergerak langsung.

ada siapa siapa yang arif tentang masalah ini.
sudah menghancurkan azam tahun baru.

tolog, tolong, tolong

Khamis, 3 Januari 2013

melangkah gagah ke PASTI

I Januari 2013 bersamaan 18 Safar 1434 H .
Negeri Terengganu memulakan sesi persekolahannya untuk tahun 2013.

Dalam kedinginan pagi anak-anak di Terengganu dan Kelantan bangun untuk mencari ilmu tetapi ada juga yang tidak ke sekolah kerana sekolah ditutup akibat banjir kali kedua .




Ini cerita anak bongsu ku yang berusia 3 tahun lebih.  Beria-ria benar dia hendak ke pusat asuhannya.Bangunan ini adalah sumbangan dari seorang hamba Allah untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak (PASTI). Beliau masih hidup , moga sumbangan ini menjadi amalan kebajikannya selepas beliau tiada nanti.


Muaz sibongsu ku dari sembilan adik beradik..... melangkah gagah di hari pertama mendaftar diri.

sebahagian dari ibu-bapa yang hadir, lebih teruja bila melihat ibu bapa yang menghantar anak sulong mereka ke sini.








ibu Muaz mengisi borang daftar ....


bergerak ketempat duduknya ....





sudah mula ada kawan baru ....





peace dari Muaz ... katanya : mak baliklah dulu , nanti mak ambillah muaz.
bravo,bravo Muaz.




selesai hari pertama muaz di sini.
melangkah untuk pulang ke rumah kerana merindui botol susu dan bantal busuknya.