Pengikut

Rabu, 9 Januari 2013

Islam itu rahmat ....








Saya membaca satu tulisan mengenai satu ucapan baginda Rasulullah s.a.w di Haji Wida' iaitu haji selamat tinggal. Ucapannya dalam khutbah yang panjang, terkandung di dalamnya wasiat dan pesanan kepada umatnya sehingga hari kiamat.

Hadis di atas ialah diantara ayat yang disebut di dalam khutbah baginda itu yang bermaksud '

 "Jangan kamu kembali menyeleweng (kufur) selepas aku (meninggal dunia) . Nanti kamu akan memancung leher sesama kamu".

Ia adalah satu amaran supaya umat Islam tidak sekali-kali meninggalkan ajaran Islam yang merupakan rahmat dari Allah swt yang telah menyatu padukan umat . Telah terbukti Islamlah yang menyatukan bangsa arab yang tersangat keras hatinya di dalam dunia. Tiada bangsa lain barangkali yang lebih keras hatinya dari bangsa Arab. Bangsa yang sanggup membunuh anak perempuan mereka sendiri.

Kehidupan mereka di padang pasir yang kering kontang menjadikan mereka bengis dan garang. Mereka berperang antara satu sama lain. Tetapi sedarkah kita bahawa bangsa yang keras, bengis dan garang inilah yang mendapat nikmat Allah dengan Islam menjadi umat yang hebat, penegak negara Islam, menundukkan kuasa - kuasa besar Rom dan Parsi dan menarik pelbagai bangsa kepada Islam.

Bila orang Arab ini mula meninggalkan ajaran Islam sebaik saja hilangnya pemerintahan khilafah Arrasyidin, bila timbul semangat kekeluargaan dan qabilah bangsa itu menjadi lemah sedikit demi sedikit.

Ingat mulianya kita ialah bila kita  berpegang teguh dengan Islam. Kalau Melayu selamat tetapi Islam tidak  selamat maka ia  tidak berguna. Islam  ia datang dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dalam keadaan dagang.

Berbahgialah orang-orang yang dagang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan