Jumaat, 2009 Disember 11

catatan hari jumaat.....

Kita apabila berbalah akan terkeluarlah segala macam perkataan yang buruk-buruk . Kata dusta yang merendahkan mertabat diri sebagai insan. Segala yang baik dilupakan atau buat-buat lupa.

Kalaulah ditakdirkan berlaku penceraian dalam rumahtangga janganlah burukkan sidia. Dulu dia dan anda saling berkasih sayang. Sekarang walaupun dia sudah tidak lagi menjadi isteri anda tentulah dia lebih baik dan lebih berharga dari semua kawan dan kenalan anda. Jika tidak tentu anda tidak memilih dia sebagai teman hidup.

Jauhilah buruk sangka terhadapnya. Jadikanlah diri anda ikhlas dan bersih hati dan jauhilah sifat busuk jiwa dan dendam.

Mengapa sekarang anda kata dia sebegitu teruk?

catatan hari jumaat.....

Khamis, 2009 Disember 10

apa khabar teman-teman maya?

Semoga semua teman-teman maya berada di dalam lindungan rahmat Allah swt.

Zaman umat Muhammad s.a.w adalah zaman di mana wanita diangkat mertabatnya seiring dengan kaum lelaki. Kaum lelaki mempunyai beberapa kelebihan dan kaum wanita pula ada kelebihannya yang tersendiri.

Maka sangat tidak wajar untuk kaum lelaki merendahkan ataupun menghina wanita akibat tidak faham dan tidak tahan akan perangai mereka. Hormati wanita sewajarnya dan dia akan hormat pada anda dengan sendirinya.

Zaman sekarang dan akan datang adalah zaman di mana peranan wanita sudah tidak sama seperti zaman dahulu lagi. Wanita sekarang telah diharuskan untuk keluar mencari rezeki membantu keluarga asalkan mereka dapat menjaga kehormatan dan berperibadi tinggi .

Sedarlah bahawa Islamlah agama yang telah membebaskan wanita dari menjadi bahan murahan diwaktu zaman jahiliyyah dahulu. Sangat rugilah wanita yang tidak menyedari hal ini semua dan bercakap kononnya atas nama persamaan hak dengan melanggar segala batasan syara' yang telah ditetapkan oleh agama.

Wanita yang baik-baik itu adalah permata yang mulia.

Selasa, 2009 Disember 08

....cinta dan cemburu......

Wanita apabila dia mencintai seseorang, cintanya sangat hebat dan dia menjadi berani melakukan apa saja. Sebab itu ada bidalan mengatakan "cinta itu mengalahkan semua perkara selain hati yang kejam".

Wanita juga menunjukkan kebijaksanaannya pada lelaki dan percaya bahawa "siapa yang tidak cemburu maka tidak cinta". Sebab itu wanita suka menduga kesetiaan lelaki dengan menimbulkan rasa cemburu dihati lelaki. Ada bidalan lama berbunyi "Tiada cinta tanpa cemburu".


Wanita selain suka lelaki cemburu (kerana dia tahu lelaki itu cinta padanya) tetapi tidak suka juga pada lelaki terlalu cemburu. Ada juga bidalan menyatakan "Lebih baik punya lelaki tanpa cinta daripada penuh cemburu".

Betulke begitu wahai wanita????????

Isnin, 2009 Disember 07

tragedi KB Mall.........

dari sini ia bermula


kereta jatuh ke bawah


sangat menyayat hati

ini yang dikatakan malang tak berbau....
sangat diluar pemikiran kita

darinya kita datang kepadanya kita dikembalikan

Ahad, 2009 Disember 06

salam ........

Kebahgiaan itu ibarat biji benih yang disemai. Bila sudah disemai , ia perlu dipupuk dan dibaja dengan baik. Hari perkahwinan itu ibarat hari menyemai benih. Bukan main gembira dan bahagianya terasa. Sesudah itulah sepatutnya kebahagiaan semakin meningkat. Jika suami isteri saling faham memahami, perkahwinan itu sudah tentunya menjadi satu mahligai syurga.

Sabtu, 2009 Disember 05

selamat pengantin baru........

bukan perkahwinan jenis ini maksud tulisan niii...

Sekarang musim orang berkahwin (ada kawan-kawan memanggilnya musim mengawan). Walaupun banjir melanda majlis yang sudah terjadual lama ini mesti diteruskan juga. Majlis yang meriah ini agak muram bila hujan turun dengan lebat. Wajah gusar tuan rumah ketara benar bila khemah-khemah dibocori air .Nak buat macam mana dah memang musimnya. Musim tengkujuh.

Kepada pengantin baru anda kini sedang memasuki fasal baru . Zaman cinta-cinta gila anda akan mulai berubah sedikit demi sedikit. Apa pun sebagai suami anda kena terus belajar bagaimana memenangi wanita kekasih anda itu yang kini sudah bergelar isteri. Ingat wanita sentiasa mahukan perhatian.

1.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

2.Bantulah dia bila dia merasa penat dan letih.

3.Jika perasaannya tersinggung tunjukkan rasa simpati anda dan katakan padanya 'saya sedih awak tersinggung'. Diam, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

4.Bila anda berjalan jauh,telepon dia biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telepon tempat itu.

5.Selalulah urut belakang , tengkuk dan kakinya.

6.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

7.Solat bersama dan doa bersama.

Petua ini pun barangkali masih sesuai untuk diguna pakai juga oleh pengantin-pengantin veteran dan hampir veteran.

Apa pun selamat pengantin baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan dalam cuti sekolah sekarang ini.Moga kekal hingga keakhir hayat.

Rabu, 2009 Disember 02

berleter........

'sampah pun tak mahu nak buang. Yang membuang dan menyepahnya ramai, yang kena bersihkan ini semua cuma saya seorang. Manalah tahan hari-hari begini. Busuk dan hanyir baunya dapur semua buat tak peduli, dibiarkan saja! Manalah hati tak geram!"


Ini adalah contoh bagaimana seorang isteri bercakap menyebabkan lelaki mengangap wanita suka berleter.

Selasa, 2009 Disember 01

niiii yang menyebabkan suami naik darah....


Isteri hanya pandai memikirkan perasaan mereka sahaja.Perasaan suami dipandang sepi. Maka lama kelamaan akan haru birulah rumahtangga tersebut.

Hari ini aku nak mengajak semua melihat perkara yang menaikkan darah sang suami.

Kalau betul tak payahlah bunyikan hon cuma angkat ibu jari sudah cukup.Italic

1. Kereta. ...... isteri hanya tahu memandu saja langsung tidak ambil tahu mengenai hal ehwalnya. Minyak brek kurangke, air bateri dah kering atau apa-apa saja mengenai kereta.... langsung tak dipedulikan. Pam tayar...... !!!!!!!!!.

2. Isteri merungut tiada baju nak dipakai sedangkan penuh satu almari pakaiannya. Suami nak cepat sedangkan isteri masih mencuba bajunya satu persatu.

3. Ketika isteri mula membebel barangan suami seperti joran kail, kasut bola,jaring ikan dilonggokkan dalam rumah...... menyemakkan.

4. Bila suami bertanya barang kesayangannya, siisteri memberitahu dia telah berikan pada saudaranya.
Italic
5.Isteri bawa pulang kawan-kawanya yang tidak disukai oleh suaminya serta berbual mengata orang lain . (mengumpatlah tuuu...)

6. Suami baru pulang dari kerja..... isteri sudah membebel mengatakan suaminya tidak membantu sedikit pun dirumah.

7. Bila suami mengajak memadu kasih isteri menolak pelawaan tersebut.

Sekianlah dulu ....... kalau ada lagi tambahan sila kemukakannya untuk disiarkan.


Isnin, 2009 November 30

seorang ibu , seorang isteri

Aku mendengar perbualan telepon dari seorang wanita ( seorang ibu ) dengan kawannya. Kebetulan kereta aku parking disebelahnya. Wanita itu bercakap dengan nada yang kuat.

awak buat apa ?

Masak....... ehhhh ibu yang baik tak mestinya pandai memasak jeee tau........ ha, ha, wanita tu... ketawa.

Betulke seorang ibu yang baik tidak perlu dan pandai memasak untuk anak dan suaminya??? (bengang aku memikirkan percakapan wanita itu!!!!!!!!!! .................... kenapa jadi begini pemikirannya ??? adakah itu lambang kebebasan wanita? atau apa ya????

Malang sungguh!.

Sabtu, 2009 November 28

niii yang isteri naik angin ..............................

Kehidupan berumahtangga banyak memberikan kita pengalaman dan pengajaran. Ilmu yang kita tidak akan perolehi dari universiti atau mana-mana sekolah. Ia datang melalui pengalaman dan pelbagai peristiwa yang menimpa. Ada lucu, sedih, manis , masam dan pahit. Lagi lama usia perkahwinan itu lagi banyak pengalaman dan ilmu diperolehi.

Antaranya ialah seperti perkara - perkara berikut.

Iaitu perkara yang menyebabkan isteri naik darah, naik angin, naik taufan atau mungkin sampai peringkat angin puting beliung menerbangkan semua sekali barangan dalam rumah.

mungkin ini diantaranyaaa seperti catatan di bawah. Kalau setuju bunyikan hon !!!!!

1. Suami bertangguh dan buat relax je...... sedangkan isteri sudah acapkali memanggil untuk makan bersama. Bukan apa mudah untuk mengemaskan meja makan dan boleh buat kerja lain pula.

2. Suami duduk seperti batu dalam rumah. Belum mandi, pakaian tidak bersalin, tidak bercukur laksana orang gila yang tak terurus.

3. Suami asyik menonton televisyen, membaca akhbar hingga tidak ada lagi muka surat yang hendak dibaca. Memerap depan komputer.


4. Isteri balik ke rumah dan mendapati rumah berselerak dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh. Suami tidak tolong mengemas.


5. Bila menyalin pakaian , suami hanya tahu mencampakkan baju kotor merata tempat bukan dalam bakul yang disediakan.


6. Suami dengan muka manis dan selamba menawarkan diri untuk membantu isteri di dapur tapi hasil kerjanya comot dan meninggalkannya dalam keadaan berselerak dan kotor.

Geeeeram. geeeraaaam janganlah engkau geram wahai sang isteri.

Jumaat, 2009 November 27

Sedutan khutbah raya qorban ........ Presiden PAS

Khamis, 2009 November 26

CARA TERBAIK MENGAGIHKAN DAGING KORBAN

Soalan; Bagaimana cara pembahagian daging korban yang sebenarnya?

Jawapan;
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Cara pengagihan daging korban tertakluk kepada status korban. Jika korban itu adalah korban wajib (yakni korban nazar), tidak harus orang yang melakukan korban dan juga keluarganya (yakni orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya) untuk makan sedikitpun dari binatang yang dikorbannya. Wajib ia mensedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin.[1]

Kalau ia telah memakannya, wajib ia membayar ganti dengan harga daging yang dimakannya atau dengan daging seumpamanya. Tidak dituntut ia menyembelih lagi binatang korban kerana ia telahpun melakukannya.[2]

Jika korban itu adalah korban sunat, maka harus ia dan ahli keluarganya untuk makan sebanyak mana yang ia kehendaki dengan syarat sebahagian darinya hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin.

Mensedekahkan daging korban kepada faqir atau miskin dari kalangan muslimin adalah wajib sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan sedekah. Dan disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehinya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya samada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan menjemput orang faqir atau miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan sebagainya.[3]

Disunatkan pengagihan daging binatang korban merangkumi tiga bahagian;[4]Satu bahagian untuk dimakan oleh dirinya dan ahli keluarganya. Satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin. Satu bahagian dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya sekalipun mereka kaya.[5]

Pemberian sebagai hadiah tidaklah wajib. Oleh itu, harus pengagihan daging korban berlegar antara dua sahaja iaitu untuk dimakan dan untuk disedekahkan. Lebih banyak bahagian yang disedekahkan adalah lebih afdhal (umpamanya separuh atau dipertiga (2/3) darinya). Paling afdhal ialah mensedekahkan ke semua daging korban kepada fakir miskin kecuali sedikit darinya yang sunat diambil untuk dimakan bagi mendapat berkat dan beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.. [6]

Terdapat hadis menceritakan;
كان النبي(صلى الله عليه وسلم) يأكل من كبد أضحيته
“Adalah Nabi s.a.w. memakan dari hati binatang korbannya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi)

Baginda juga bersabda;إذا ضحى أحدكم فليأكل من أضحيته“
Apabila seseorang kamu melakukan korban, maka makanlah dari daging korbannya”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ al-Saghir, no. 737)

Tidak harus orang yang melakukan korban menjual apapun dari binatang korban sama ada daging, kulit, tanduk, bulu, lemak atau sebagainya. Begitu juga, tidak harus menyewanya kerana sewaan termasuk dalam pengertian menjual (yakni menjual manfaat).[7]

Ketidakharusan menjual dan menyewa ini merangkumi korban wajib dan juga korban sunat.[8]

Sabda Nabi(s.a.w);من باع جلد أضحيته فلا أضحية له
“Sesiapa menjual kulit binatang korbannya, maka tiada (pahala) korban baginya”. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.)Begitu juga, tidak harus menjadikan kulit, bulu dan sebagainya sebagai upah kepada tukang sembelih. Upah hendaklah datang dari sumber lain, bukan dari binatang korban.

Diriwayatkan daripada Saidina Ali(k.w) yang menceritakan;أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- أَنْ أَقُومَ عَلَىَ بُدْنِهِ، وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا، وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ: "نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا".“Rasulullah s.a.w. memerintahku supaya menguruskan (pengembelihan) unta baginda dan mensedekahkan daging, kulit serta kain/pakaian yang diletakkan di atas belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih dari unta itu. Kata ‘Ali; kami memberi (upah) kepadanya dari harta yang ada pada kami”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Namun jika ia telah memberi upah kepada tukang sembelih dengan wang darinya, kemudian setelah itu ia memberi pula daging korban kepadanya atas dasar sedekah jika ia miskin ( (yakni bukan sebagai upah) atau memberinya sebagai hadiah (jika ia kaya), maka itu adalah harus.[9]

Harus bagi orang yang melakukan korban mengambil manfaat dari kulit dan tanduk binatang korbannya dengan segala bentuk manfaat seperti menjadikannya kasut, timba dan sebagainya sekiranya korbannya itu adalah korban sunat. Walau bagaimanapun, jika ia mensedekahkannya kepada fakir miskin adalah lebih baik.[10]

Adapun korban wajib, tidak harus orang yang melakukan korban memanfaatkan kulit binatang korbannya. Ia wajib disedekahkan kepada fakir miskin sebagaimana daging.[11]

Tidak harus sama sekali daging korban dimusnahkan walaupun sedikit. Dinyatakan di dalam Raudhah; “Tidak harus bagi orang yang melakukan korban untuk merosak/memusnahkan sebarang apapun dari korbannya, sebaliknya ia memakannnya dan ia memberi makan (kepada orang lain)….”.[12]

[1] Al-Kifayah Li Zawil-‘Inayah, hlm. 87.
[2] Kifayarul-Akhyar, hlm. 533. al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 838. al-Fiqh al-Manhaji, juz. 1, hlm. 236.
[3] Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824.
[4] Al-Muhazzab (lihat dalam kitab al-Majmu’, jil. 8, hlm. 306). Fiqh Sunnah, jil. 1, hlm. 39.
[5] Perbezaan antara sedekah dan memberi hadiah ialah; niat memberi hadiah ialah untuk memuliakan (الإكرام). Adapun sedekah niatnya adalah untuk mendapat pahala.
[6] Kifayatul-Akhyar, hlm. 533. Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 365.
[7] Ini adalah pandangan Imam Syafi’ie, Malik, Ahmad, Nakha’ie dan ‘Atha’. Bagi Abu Hanifah; “Harus menjual kulit binatang korban dan kemudian mensedekahkan harga”. (Lihat Fiqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq).
[8] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 311-312. Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824.
[9] Raudhah, jil. 2, hlm. 489.
[10] Malah disunatkan juga ia mensedekahkan pakaian/kain yang dipakaikan di belakang binatang korbannya dan juga ladamnya. Ini berdasarkan Diriwayatkan daripada Saidina Ali(k.w) yang menceritakan;أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- أَنْ أَقُومَ عَلَىَ بُدْنِهِ، وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا، وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ: "نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا".“Rasulullah s.a.w. memerintahku supaya menguruskan (pengembelihan) unta baginda dan mensedekahkan daging, kulit serta kain/pakaian yang diletakkan di atas belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih dari unta itu. Kata ‘Ali; kami memberi (upah) kepadanya dari harta yang ada pada kami”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)(Rujuk: al-Majmu’, jil. 8, hlm. 311).
[11] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 313. al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824.
[12] Raudhatut-Thalibin, jil. 2, hlm. 488.
[13] Sabilal-Muhtadin, hlm. 911-912. (Bab Aqiqah)
[14] Fiqh Sunnah, jil. 2, hlm. 41.
Oleh : USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL

Pengorbanan!!!!!!!

Firman Allah taala dalam surah as-shaffat ayat 102: bermaksud:

"Maka tatkala dia (Ismail) sampai umur boleh berjalan bersama ayahnya (Ibrahim) dan boleh membantunya , tiba-tiba Ibrahim bersabda : Wahai anak kesayanganku ! aku melihat didalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu , maka fikirkanlah apa pendapatmu. Dia ( Ismail) menjawab: wahai ayah kesayanganku ! lakukanlah apa yang diperintahkan itu , engkau akan dapati saya , insyaAllah, termasuk dikalangan orang-orang yang bersabar ".


Sedarlah kita semua bahawa mimpi seorang rasul adalah wahyu dari illahi. Perkara yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah kepada Ibrahim dan keluarganya yang beriman. Ingatlah bahawa dari zuriat keturunannyalah lahir nabi akhir zaman untuk seluruh manusia.

Sebelum itu nabi Ibrahim telah diuji untuk meletakkan isteri dan anaknya yang baru dilahirkan itu dibumi Mekkah yang kering kontang . Nabi Ibrahim menunaikan semua perintah Allah yang menjadi ujian kepada mereka . Mereka tetap beriman dan yakin kepada rahmat,kebijaksanaan dan keadilan Allah walaupun Allah telah memerintahkan perkara yang begitu rupa dan cara yang sangat sukar diterima oleh aqal biasa.

Bersempena hari raya qorban ini marilah kita menilik diri kita sendiri sejauhmanakah kita semua telah mentaati arahan dan perintah Allah dalam menjalani kehidupan harian yang terlalu sibuk ini????

Selamat hari raya AidilAdha.