Pengikut

Rabu, 28 Mac 2012

yes .... saaaayang ayah.

inilah ragam anak bongsu ku,
Muaz,.. kini berusia tiga tahun
dialah yang terbongsu setakat ini,
dari jumlah keseluruhan anak ku seramai sembilan orang SAHAJA.



semua benda yang aku pakai semasa aktiviti berbasikal ku,
semuanya hendak dibeli,
sarung tangan aku beli, dia nak beli,
cermin mata aku satu, dia satu,
kasut dia sepasang aku pun sepasang,
helmet ... pun dia nak juga,

suatu hari dia beritahu aku,
ayah, basikal muaz ni dah tak muat,
ada kamu faham maksudnya tu?
sudah tentu dia mahukan basikal baru,
fixie memang kegilaannya,
tapi mana ada fixie yang seusianya,



untuk tidak menghampakannya satu peruntukan segera diluluskan,
bila dibawa ke kedai basikal ,



dia sudah jadi rambang matanya,
sekejap nak yang ni,
sekejap nak yang tu.


seronoknya bila dia tunjukkan basikal besar yang tergantung tu,
anak bapak.


akhirnya inilah basikal barunya,
selamat bergohek wahai muaz ku.

Ahad, 18 Mac 2012

catatan musafir 7

jumpa kedai basikal mesti singgah, (kedai basikal di Ipoh)
tak beli tak mengapa,
janji puas bila lihat basikal dan alat-alatnya yang canggih manggih.

si muaz ni dah merajuk ,
bukan tak nak beli basikal hijau tu, tapi tiada saiz sepadan usianya.



makan pagi,
sayur apa tu?
sayur lemak rebung...

kalau tiada papan-papan tanda begini,
haru biru jugalah,


UTP .... sepatutnya universiti ini dibina ditempat aku,
Terengganu Darul Minyak,



akhirnya tiba juga tempat yang nak dituju,
julung kali tiba di kawasan ini.
pasti banyak tempat menarik untuk dilawati.

Sabtu, 17 Mac 2012

bumi ini ada tuannya,

Assalamualaikum.
Sudah seminggu tak catat sesuatu di sini. Idea, idea, idea ... ada.

nak upload gambar lambat,
nak menaip pun jari rasa kebas.
itulah rintangan yang sentiasa menggangu.

apa pun aku mesti menaip sesuatu pagi ini ,
ideanya dari isi khutbah semalam.
syarahan khatib yang masih teringat dibenakku ini ialah:

"manusia hendaklah sedar bahawa kedudukan mereka di atas mukabumi ini tidak hanya di bumi sahaja dan tidak hanya untuk diri mereka sahaja. Bumi tempat kita berpijak ini ada hubungan dengan langit,

ada hubungan dengan seluruh alam,
ada hubungan dengan tuhan yang menjadikan seluruh alam yang kita puji dan puja pada tiap-tiap rakaat solat".

apa yang menjadi masalah ialah kita terikut-ikut dengan manusia yang sesat yang hanya menjadikan kehidupan manusia di dunia sahaja.

seolah-olah tidak ada alam akhirat,
hanya ada jasad dan hawa nafsu sahaja,
seolah-olah tiada roh,

tidak ada akal dan tiada hubungan dengan Allah swt.

Khamis, 8 Mac 2012

catatan musafir 6 ,,,,

setelah berehat satu jam di Tanah Rata,
menuju pula ke Simpang Pulai,




tiba di sini ,
Ipoh ... Bersih Hijau Membangun




apalagi,
usai solat pusing-pusing cari restoran,
perut dah mula menyanyi.




jumpa restoran ni, ..
sedap juga masakannya,
harga pun berpatutan.

Selasa, 6 Mac 2012

catatan musafir 5 ,,,,

seterusnya .....
maka cerita pun bermula lagi.


jumpalah papantanda ni ,
belok ke kiri,
Brinchang, Tanah Rata ...


Brinchang....
waktu mendaki tadi sudah keluar signal ....
nasib baik sempat tiba di sini,
di sini ada petrol pam .. shell dan petronas.








alahai,
mana perginya para pegawai yang bertugas,
keluarlah tender baru,
tahun baru dah ni,
tanah TA ... entah perkampungan mana la pula.



ni antara apartment yang boleh di sewa,
maaf saya tak tanya pula berapa kosnya untuk semalam.





muaz dan abangnya ,


deretan bangsal-bangsal buruk,
sakit mata memandang,
kalau tempat lain confirm PBT dah mengamuk ni.


ok ... cukup sampai di sini dulu,
bye,bye

Isnin, 5 Mac 2012

catatan musafir 4 ,,,,


sambungan .....
macam cerita bersiri korea..


dari Gua Musang ...
pemanduan perlu berhemah, jalan berliku ,





mendaki ke arah Lojing , Kelantan.
pemandangan juga menarik di sni,
jalanrayanya lebar,






terpegun melihat deretan bangsal-bangsal putih,
tinggi di puncak bukit,
puncak bukit yang telah digondolkan,
bukit yang dibotakkan,





melalui sebuah sekolah yang tertera nama ,
SK Pos Broke,
ingat nak berhenti bergambar di situ tapi sudah ada satu keluarga yang sedang berposing,

bertemu papantanda ini,
projek D'Raja Lojing,
baru aku faham,


deretan memutih bangsal-bangsal putih,
milik siapa sebenarnya?





menemuinya di tengah belantara,
di kemuncak banjaran titiwangsa,
mungkin dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.




tiba di sini hampir jam 12 tengahari,
anakku berkata,
alang-alang sudah lalu ikut sini,
baik kita singgah sekejap,

ok ... kita memecut ke CH,
Cameron Highland,... Tanah Rata 30km, makan strawberry dan minum teh dulu,
cuti-cuti Malaysia.....

Ahad, 4 Mac 2012

catatan musafir 3


payah benar sekarang nak berblog,
suntuknya waktu,
idea ada , mood pula tiada,

ini kisah sambungan musafir aku ke Kelantan ... rakaman ini adalah perjalanan dari Felda Aring ke Gua Musang.

antara penyebab pengguna jalanraya tidak mahu melalui jalan ini,
banyak yang rosak,
rakan ku pernah bocor dua tayar vannya ketika merempuh jalan ini,
kalau waktu malam tak payahlah memandu di sini,

nama taman ini pernah dengar tapi tak pernah mengunjunginya lagi,

lori lori pengangkut kelapa sawit antara punca jalan rosak,
tapi nak buat macam mana ,
namanya pun kawasan felda.


kawasan Gua Musang yang rancak dengan pembangunan,


banyak rumah kedai dan bangunan dalam pembinaan,
kalau negeri Kelantan miskin siapa yang nak beli itu semua?
dan bodoh sungguhlah para pelabur ...
melabur di negeri yang rakyatnya tiada wang,




Gua Musang ....
nama yang gah ,

Khamis, 1 Mac 2012

catatan musafir 2




gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Gua Musang, Kelantan.

keindahan tasik kenyir hingga kini ,
bukit bukau yang masih menghijau,

harap-harap ia kekal begitu,