Pengikut

Isnin, 30 Mei 2011

Rabu, 25 Mei 2011

perahu, burung walid, ombak...



Seronoknya jika mengunjungi pantai terutama diwaktu pagi....
dengan deruan ombaknya, burung layang-layang yang terbang mencari makan, perahu nelayan semua ini sangat mengamit perasaan.


sungguh damai dan tenang,
hilang serabut di kepala untuk seketika.




lihatlah gambar ini, makanannya sudah kelas pertama..... tetapi minda pemakannya entah kelas keberapa?

semua ini tidak akan berlaku jika berada di negara jiran ... Singapura.

Selasa, 24 Mei 2011

taatnya sang matahari...





gambar matahari terbit ini dirakam
dengan kamera kapcai aku pagi tadi.
..

lokasinya pantai Batu Burok, K.Trg




taatnya sang matahari ini pada arahan penciptanya....



kalaulah ia engkar .... tidak terbit pada hari ini atau
naik di sebelah lain dunia ... kelam kabutlah perjalanan hidup kita


makhluk-makhluk ini sangat taat
yang paling banyak engkar dan kerenahnya ialah kita.... manusia.

Isnin, 23 Mei 2011

cuti-cuti terengganu....

Cuti hari buruh yang lalu aku mengambil kesempatan untuk makan tengahari di tepi sungai ..... cukup gembira anak-anak kecil ini.

apalah sangat makanan yang dimasak ibu mereka .... sekadar ayam masak pedas... simple.
habis nasi dan lauk pauk yang dibawa hingga menjilat jari.




makan dalam tupperware.. selamat



kita seringkali terlupa bahawa anak-anak kecil ini sangat gembira bila dapat bermain dengan keluarga mereka sendiri.

kesibukan kerja menyebabkan kita mengabaikan itu semua dan sering kita melihat di taman-taman permainan yang menemani anak-anak kecil adalah para pembantu rumah dan mungkin juga para pemandu tuan mereka.

kasih sayang ditukar ganti ... kasar ke bahasa aku?


yang ini menaikkan darah aku...
apa akan jadi pada sungai ini akan datang?



Ahad, 22 Mei 2011

tragedi tanah runtuh...








“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,”

Rabu, 18 Mei 2011

lynas....





masyarakat tidak tahu ini semua,
maklumat tidak tepat diberikan,

jangan gadaikan nyawa cucu cicit kita akan datang,
sejarah adalah pengajaran masa depan.

Selasa, 17 Mei 2011

Piala FA milik siapa?





Semalam perlawanan separuh akhir piala FA.
Penuh sesak Stadium Nasiruddin Shah Kuala Terengganu.... malang sekali kerana stadium yang runtuh bumbungnya di Gong Badak itu sampai ke hari ini masih belum dapat digunakan lagi.

Tahniah untuk Terengganu dan Kelantan, dua gergasi Pantai Timur yang berjaya keperlawanan akhir pada Jun nanti.

Ahad, 15 Mei 2011

Terima kasih, cikgu...

Hari Guru tiba lagi. Rasanya baru saja mengucapkan selamat hari guru pada rakan-rakanku yang bergelar guru. Memang cepatnya masa berlalu .

Sempena hari guru aku ingin coretkan sesuatu untuk mereka.....

Guru tidak pernah mengajar untuk melakukan kejahatan,
Guru tidak pernah sekalipun menyuruh mengaibkan sesama insan,
Guru tidak pernah mengajar rasuah itu satu kebaikan,
Guru mengajar untuk aku hormati hak insan,
Guru mengajar aku untuk melakukan kebaikan.
Terima kasih cikgu.

Selamat Hari guru....
untuk semua bekas-bekas guruku,
guru kepada anak-anakku,
dan semua kenalan serta rakan taulan yang bergelar guru.

Selasa, 10 Mei 2011

ukur baju .....



dia mendakwa prestasinya merosot.....
dia rasa tak layak untuk menerima gaji itu....

kalaulah ahli sukan kita atau para pekerja kita bersikap begitu ......



tempat kita profesor yang tak layak pun menerajui institusi pendidikan tinggi...
itulah yang jadinya ranking universiti merudum .....


dunia hari ini sudah sukar hendak ditemui orang seperti ini...

Sabtu, 7 Mei 2011

Anwar di Kuala Terengganu...

Menghadiri ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu semalam.


ketibaannya di pentas utama



ribuan manusia menunggu , penuh sabar.


sempat bertanya khabar





berebut manusia nak bersalam....




penuh sesak....

anak-anak muda membersihkan kawasan
ceramah tanpa sebarang upah...




antara ucapannya.......
pelbagai bintang dan pingat dia sudah ada,
pelbagai baju dia sudah pakai,
pelbagai jamuan di raja dia sudah nikmati,

baju lokap pun dia sudah pakai,
bahkan ditelanjang tanpa belas kasihan,
makanan dilontar semasa dilokap pun dia sudah rasai,


lawan tetap lawan.

Rabu, 4 Mei 2011

ziarah anak bujangku....



Waktu anak-anak kita kecil dulu kita diserabutkan dengan pelbagai kerenah nakalnya.
Waktu mereka meningkat remaja makin pening kepala kita dibuatnya.
Waktu mereka semua dewasa dan mula meninggalkan kita , kita pula yang mula merasa kehilangan . Itulah lumrah alam dan semuanya akan merasai pusingan dan kitaran hidup ini.




Minggu lepas melawat anak ketiga yang akan menamatkan pengajiannya di UPNM Sg Besi . Sekejap je masa berlalu .. sudah empat tahun rupanya beliau di sana .

asrama inilah yang menjadi rumahnya selama empat tahun dan sudah pasti banyak pahit manisnya di situ.

bergambar dengan enam dari sembilan anak-anakku.... inilah kali pertama ibunya menjejakkan kaki ke sini ... sewaktu pendaftarannya empat tahun yang lalu ibunya tidak bersama


jauhnya perbezaan usia... muaz bongsu yang kenit tu berusia 2 tahun ..

melayan kerenah adik-adiknya...




sukar sekali untuk berkumpul begini sekarang....



mentang-mentang la motor kamu besar.... kereta aku kecil.
dirakam ketika di lebuh raya pantai timur